Memandu ke Florence dan Rome!

image
Peta pemanduan solo aku dari Milan ke Rom

Sebenarnya dah lama pun perjalanan aku ke Itali, enam bulan yang lepas. Hehe baru sekarang aku nak tulis dan kongsi perjalanan aku kat sana. Apa apa pun, perjalanan aku kesana sebenarnya atas urusan kerja tapi aku dapat luangkan masa cuti hujung minggu pada Sabtu dan Ahad ke tempat yang aku idam – idamkan iaitu Florence (dalam panggilan orang Itali : Firenze) dan Rome (dalam panggilan orang Itali : Roma).

Aku tinggal di pekan kecil Caravaggio yang terletak 20 minit memandu ke bandar Milan (dalam panggilan orang Itali : Milano) untuk tugasan perniagaan selama enam minggu. Oleh kerana aku keseorangan, banyak aktiviti yang aku lakukan ditemani oleh kereta aku, Fiat 500 (atau disebut dalam panggilan orang Itali “Chinque Cento” yang bermaksud Lima Ratus) dan iPhone yang mempunyai langganan internet daripada penyedia Vodafone Italy (VodaIT).

Perjalanan solo pertama aku ke Florence dan Rome bermula pada jam 730 malam pada Jumaat, 5hb Julai 2013 selepas habis kerja aku terus balik ke hotel, mandi, bawa duit sikit dan terus keluar. Ditemani oleh GPS yang dibekalkan bersama dengan kereta, aku bawa juga Samsung Galaxy Tab aku yang telah dipasang oleh GPS Sygic Aura, dengan peta 3D untuk negara Itali.

Dengan perasaan yang bercampur baur, aku gagahkan diri untuk ke tempat yang aku sudah teringin nak pergi. Bawa baju, kain tuala, makanan untuk makan sambil memandu dan juga yang paling penting duit! Nak bawa duit banyak nanti takut kena rompak ataupun hilang, lepas tu aku bawa je duit berdasarkan pengiraan kos tol (Lebuhraya Itali kena bayar), kos minyak, makan minum dan cenderamata.

image
Lengang? Tak aih, banyak gila kereta!

Oleh kerana masa tu merupakan musim panas (summer), matahari terbenam agak lewat yakni pada jam 930 malam. Sebab itu aku harus cepat memandu sebelum malam tiba. Aku target nak sampai ke Florence sebelum jam 12 tengah malam. Jam 12 tengah malam pun rasanya dah sangat lewat bagi aku.

Dengan keberanian, aku mulakan perjalanan pertama aku di bumi Itali ke Florence. Aku guna plaza tol E35, untuk masuk ke Autostrada A1 menuju ke arah Rome. Perjalanan ke Florence dipenuhi dengan permandangan cantik bukit bukau dengan diselangi oleh terowong yang menembusi dinding gunung – ganang.

Memberanikan diri memandu kesorangan

Autostrada macam lebuhraya kita juga, atau lebih tepat dipanggil PLUS :p Tapi, sistem yang ada lebih sistematik dan canggih dari kita. Depa guna banyak mesin bayar tol automatik, ala macam mesin bayar parking dekat supermarket tu.

Dekat sini hampa boleh pilih sama ada bayar cash dekat kaunter yang ada juru-tol, ataupun bila dah habis atau lepas waktu bekerja akan ada mesin automatik nak bayar guna kad, cek dan tunai. Boleh jugak guna duit kertas ataupun siling. Mudah!

Waktu musim panas dilimpahi oleh trafik yang sangat padat di lebuhraya nasional Itali. Pelbagai kenderaan dari pelusuk Eropah datang membanjiri kawasan hentian rehat di sepanjang lebuhraya. Saat yang aku tak boleh lupa bila aku terperangkap dalam kesesakan lalulintas di kawasan Parma, hampir 1 jam bergerak dengan kelajuan 20-30 km/j!

image
Antara terowong yang menarik. satu demi satu terowong dok mai

Biasalah, bila musim panas semua orang tak nak lepaskan peluang untuk bersama keluarga, rakan rakan dan tersayang. Masa ni je la yang ada untuk boleh duduk diluar tanpa perlu pakaian tebal. Sebab tu la aku dah tau sebab apa depa semua pakai seksi meksi bila musim summer!

Perjalanan malam

Perjalanan yang mengambil masa selama empat jam, aku sampai di Florence pada hampir jam 12 tengah malam. Dah tak buat apa apa booking, aku terus gamble dok tido dalam kereta. Sebab memang tak ada plan pun nak tido kat mana mana.

image
Jalan dan ronda malam – malam dekat Florence

Sampai je kat Florence, aku terus jalan – jalan tanpa arah tuju. Biasalah, dah tak plan apa pun untuk ke Florence. Sebab tu sebelum ke mana mana kena buat study sikit untuk ke mana, buat apa dll supaya tak ketinggalan untuk tengok tempat orang.

Singgah makan dekat McDonalds Florence untuk makan malam. Nak makan untuk lapik perut je ni. Lepastu, terus tidoq!

image
Hello, aku dah sampai Florence!

Ini bukan kali pertama aku tidur dalam kereta sebab kebanyakkan trip aku tak mau nak buang duit untuk accommodation yang kita guna sat sangat. Eh! Sebenarnya, aku dah masuk ke hostel. Tapi dah penuh. Apa boleh buat. Tidur la dalam kereta.

Pagi pertama di Florence

Lepas je siap siap, aku parking kereta aku ditempat yang selamat (takmau kena bayar dan kena saman sebab tak bayar parking), aku terus berjalan – jalan di bandaraya Florence. Kali ni memang tak buat apa – apa pun survey untuk kemana, buat apa dan apa yang menarik di Florence. Oleh kerana aku rasa ada banyak lagi peluang ke Florence, aku hanya ikut kemana kaki ini ingin pergi dan kemana ada daya tarikkan yang aku rasa menarik.

Sarapan pagi di Florence adalah sepotong sandwich yang sedap! Hanya 1EUR, tambah lagi 1.5EUR untuk secawan kopi. Lalu, aku terus berjalan kearah orang ramai.

Sampai sampai je dekat kawasan tumpuan ramai, aku dapati aku berdiri disebuah dataran yang besar,  Piazza della Signoria dan berdiri tegak sebuah tower yang besar iaitu Torre di Arnolfo!

Kawasan tumpuan orang ramai yang lengang
Torre di Arnolfo – menara yang besar dan tinggi di Piazza della Signoria
Fontana del Nettuno – Air pancut yang mempunyai patung Tuhan Naptune

Aku kagum dengan kehebatan senibina Itali di sekitar kawasan ni dan bandar Florence. Cantik! Kemas. Kali pertama aku berjalan kaki di bandar besar macam ni. Aku rasa teruja dengan ketamadunan bangsa Itali yang boleh membangun macam ni.

Aku tak buang masa. Aku excited nak tengok apa yang ada diatas bangunan tinggi ni. Dengan bayaran masuk 5EUR, aku terus ronda satu bangunan tu. Nampak tinggi, memang tinggi!

Tiket masuk ke dalam Torre
Tangga naik dan turun untuk setiap tingkat
Permandangan didalam torre ni. Cantik binaan. Kemas dan tersusun

Penat panjat. Tapi aku rasa sangat berbaloi. Aku dapat tengok ni.

Selfie sikit berlatarbelakangkan Duomo putih

Selepas je puas tengok permandangan keseluruhan Florence, aku pun turun dan terus merayau lagi kesekitar tempat yang menarik. Kali ni aku google untuk tengok apa yang best.

Aku terus berjalan kaki ke tempat tumpuan ramai iaitu Ponte Vecchio atau dalam bahasa Melayu “Jambatan Lama”.

Permandangan dari tepi sungai menghadap Ponte Vecchio

Bila aku tengok permandangan ni, aku terus teringatkan RnR Jejantas Sungai Buloh. Ya, beratus tahun yang lalu orang Itali dah buat jambatan berkonsepkan Jejantas Sungai Buloh. Dekat situ lah jambatan dan dekat situ lah orang dok berniaga. Ramai. Permandangan kat sini pun cantik. Masing masing menghadap sungai yang lebar ni. Standard bangunan Itali. Memang mempersonakan!

Antara barisan kedai di atas jambatan Ponte Vecchio
Permandangan di tengah tengah jambatan menghadap sungai

Aku tak mau buang masa sangat dekat sini, sambil balik ke kereta, aku sempat pusing – pusing di tempat yang menarik. Nak tulis dan share kat sini memang banyak sangat. Tak habis pun. Aku nak buat rumusan tentang Florence bagi pandangan aku :

  1. Florence ada banyak bangunan yang cantik. Sapa yang sukakan rekaan bangunan, boleh la datang tengok pelbagai jenis bangunan dekat sini.
  2. Florence ada banyak gila statue yang menarik. Dari segi artistic, boleh belajar macam mana orang dulu – dulu buat statue yang lebih kurang dengan skala manusia betul.
  3. Florence  ada banyak kedai makan muslim. Boleh google dan pilih makanan yang sedap dan tak mahal sangat. Berpatutan.
  4. Florence sangat luas dan banyak sangat muzium yang boleh diterokai. Untuk pencinta muzium macam aku, duduk 3 hari pun tak cukup untuk cover semua muzium yang dok ada. Pandai – pandai la pilih.
Cattedrale di Santa Maria del Fiore
Piazza della Repubblica
Piazzale degli Uffizi
Statua equestre di Cosimo

Lepas je sampai dekat kereta, aku terus cabut naik balik ke highway menuju ke Rome. Tak boleh tahan, dah seharian dok berjalan – jalan dekat Florence, aku pun berhenti sekejap di Autostrada untuk mandi dan rehat. Apa boleh buat, suhu ketika tu lebih kurang macam dekat Malaysia. Hampa toksah tanya la sebab apa aku koi hitam bila balik.

Antara statue yang pelik aku tengok. Apa maksud tersirat?
OK! Lets go!!
Bilik mandi – Ianya percuma! Ini la kelebihan bila bayar tol untuk guna lebuhraya. Semua kemudahan ni ada dan disediakan oleh pihak Autostrada. Cuma kena que dengan orang lain la

Perjalanan aku dari Florence ke Rome mengambil masa lebih kurang 3 jam. Alah, bagi aku Rome ni jarak dia dari Ipoh ke KL. Ermmm, lebih sikit kot. Lebih kurang macam kat semenanjung Malaysia lah. Tak kemana pun. Ingatkan masa musim panas ni tak ada masalah dengan cuaca. Tapi, harapan tu tinggal harapan je la! Tengah – tengah drive, tiba – tiba je hujan turun dengan lebat! Haru!

Menuju ke Roma Centro – Pusat bandaraya Rom
Plaza Tol Rom Utara – Untuk ke pusat bandaraya Rom

Alhamdulillah, hajat aku nak ke Rom telah pun dikabulkan oleh Allah. Lepas 3 jam memandu, aku dah sampai ke pusat bandaraya Rom. Aku berada di tengah – tengah Rom yang selama ni aku tengok dalam internet, peta dan TV!

Tanggal 6hb Julai 2013, jam 4:27 PM. Aku telah sampai di Rom!

Bila sampai je dekat sini, aku jadi hang sekejap. Nak kemana? nak buat apa? Nak dok kat mana? Macam mana ni? Aku memang tak plan nak kemana pun. Nampak gayanya nak kena tidur dalam kereta dan ronda ikut suka hati lah!

Tapi takpa, tak ada masalah. Janji kereta ada minyak dan telefon ada internet. Alhamdulillah lah sebab masa aku kat sana tak ada apa apa masalah pun dan telefon berfungsi dengan baik. kalau tidak, haru aku nak cari jalan balik.

Di persimpangan traffic light – nampak bangunan yang sangat cantik. kagum sat. macam mana depa boleh buat bangunan ni?
Haaaa, nampak tak apa tu? Nampakkkk?
Ok, rest sat dekat tengah – tengah Rom. Nak parking mana? Suka hati la. Janji Majlis perbandaran atau polis trafik tak tarik kereta aku

Masa makin pantas berlalu. Aku ronda satu kawasan tu pun dah rasa penat dan tak habis. Sebab? Bandar Rom ni sangat besar. Besar gila! Macam mana nak kampui nak tengok semua benda dan tempat menarik dekat Rom ni? Mustahil la dan aku hanya ada satu hari satu malam untuk jalan – jalan dekat Rom. Aku harap aku dapat pergi lagi untuk kali kedua dan pergi ke tempat yang aku tak pergi lagi.

Pandai depa ni menipu orang – mudah dapat duit dengan buat aksi macam ni
Selfie berlatarbelakangkan Colosseum

Malam semakin gelap dan masa berlalu pergi. So, aku dah cukup puas ronda – ronda dalam bandar Rom ni. C

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge