Memandu ketika musim salji

20121203_074251

Salam,

Kali ni aku nak share pengalaman memandu semasa musim sejuk. Pengalaman pertama aku memandu di atas salji dan dikelilingi salji. Umumnya orang semua tahu, dekat Germany saja yang ada highway yang tak ada limit. Kita boleh memandu selaju yang kita suka. Tapi, bila dah ada highway yang tak ada limit tambah pulak dengan keadaan bersalji dan ais, mau tahu la macam mana keadaan jalanraya kat sana. Takut!

Kena besihkan ais

Sebelum nak naik kereta, kena pastikan kereta tu tak diselaputi oleh ais. Kali ni aku tinggal di hotel yang tak ada parking berbumbung, so kena la parking kereta dekat luar. Bila parking dekat luar, faham faham la jadi macam mana.

Aku bersihkan semua ais di atas permukaan kereta macam ni

Kemalangan

Masa aku dekat sana, aku ada nampak dua tiga kemalangan diatas lebuh raya Autobahn. Biasalah, kalau dah boleh bawak kereta selaju mungkin, kemalangan mestilah dahsyat gilababeng!

Basically, faktor yang menjadikan kemalangan diatas lebuh raya di negara bersalji adalah disebabkan oleh black ice. Info, boleh baca lebih kat sini. Info ni diberitahu oleh kawan aku yang mana ikut sekali masa di Germany. Dia nasihatkan aku kalau boleh pastikan drive dekat belah lorong kiri iaitu lorong laju. Kalau dah drive kat lorong laju tu kena pastikan drive lelaju la kan. Sebab itulah aku berjaya pecahkan rekod memandu aku dan dah memandu selaju 230km/j.

Black ice

Sejujurnya, drive atas ais sememangnya merbahaya dan memerlukan fokus yang sangat sangat tinggi. Semuanya nak pastikan tak terlanggar black ice dan kereta masih dalam kawalan. Mana nya tidak, kalau tak fokus bawak kereta tetiba langgar ice tu tak ke kereta boleh melelong. Satu lagi, kalau dah melelong tu jangan pegi tarik hand brake takut takut kereta tu lagi menggelongsor kehadapan, kiri ataupun kanan.

Ikut peraturan

Masa salji kena jadi manusia yang tertib dan ikut peraturan. Jangan sesekali letak kereta ditempat yang cerun sebab tayar tak boleh nak grip permukaan yang condong. Nanti jadi macam dalam video dekat bawah ni. Aku cuak gila sebab kereta tak boleh keluar. Nasib baik la ada seorang mat saleh tu tolong tarik kereta dengan sambungkan tali dekat hook belakang. hahahaa

Leave a Reply