Menarik pada Sidang Parlimen Penggal Ketiga Parlimen Ketiga Belas, 2015

Akhirnya, saat yang ditunggu tunggu untuk penggiat dan pemerhati politik tanah air sudah tentu pada sidang parlimen penggal ketiga untuk Parlimen ke 13 ni. Banyak cerita, topik dan isu yang akan diketengahkan pada sesi parlimen kali ini.

Apa yang menarik, pagi tadi aku ada baca di macam – macam tentang sidang parlimen penggal ketiga ni. Antaranya adalah :

1) Tempat duduk ahli parlimen ditukar mengikut senario politik semasa

Oleh kerana kebanyakkan ahli parlimen Pas sudah pun keluar parti dan menyertai parti baharu serpihan Pas iaitu parti AMANAH, kebanyakkan tempat duduk depa dah ditukar. Asalnya, Pas ada 21 orang ahli parlimen tapi sekarang ni hanya tinggal 14 orang sahaja.

Presiden Pas telah pun dipindahkan ke blok kerusi G sebab dah tak sepakat dengan Pakatan Rakyat (yang dah arwah diganti oleh Pakatan Harapan) yang diketuai oleh Timbalan Presidennya, YB Muhajid Yusuf Rawa duduk bersama sama dengan Ketua Pembangkang YB Wan Azizah dan DAP iaitu YB Lim Kit Siang.

Selain daripada keluar Pas masuk AMANAH, sidang yang menarik kali ini juga pada kem kerajaan yang diketuai oleh PM Najib Razak selepas Rombakan Kabinet Julai lepas. YB Muhyiddin Yasin sebagai Timabalan Perdana Menteri telah pun digantikan oleh YB Zahid Hamidi, kebanyakkan menteri telah pun ditukar dan ramai muka baharu telah duduk dikawasan kerusi A dan yang dah keluar duduk di kerusi E. Sumber

2) Usul undi tak percaya kepada YB Perdana Menteri, Najib Razak
Dalam tempoh 6 bulan lepas (untuk lebih tepat dari awal tahun), PM Najib Razak diserang oleh pelbagai pihak termasuk dalam parti dia sendiri, UMNO untuk gulingkan dia dari kerusi Perdana Menteri. Kalau dulu, pembangkang je yang dok taruk Najib tapi kini gunting dalam lipatan dah terang – terang nampak dan mengaku untuk menjatuhkan Najib.
Pengakuan bekas PM, Mahathir Mohamad secara terang terangan meminta Najib untuk turun disuarakan sejak dulu lagi, terbaharu ketika demonstrasi Bersih 4. Sebelum itu, isu 1MDB telah menjadi topik hangat tentang ketirisan dan kegagalan 1MDB dalam perniagaan depa, konon rugi sampai berbilion – bilion, kona sana sini dan akhirnya masuk pula topik baharu iaitu duit sebanyak RM2.6 bilion masuk kedalam akaun peribadi Najib.
Aku ada baca banyak cerita yang berlegar – legar dialam maya, tanpa mempercayainya satu pun tapi aku selalu baca dan lebih yakin hasil tulisan Raja Petra yang mengatakan konspirasi menjatuhkan Najib sudah pun dirancang satu masa dahulu dan kali ini depa tak dapat nak jatuhkan Najib dengan mudah seperti yang dilakukan pada bekas PM ke 6, Abdullah Ahmad Badawi. Sumber
Ok, cukup dua isu diatas yang dapat dikongsi untuk debat di Sidang Parliment Penggal Ketiga nanti. Jom sama sama nantikan!

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge