Merenung kembali 365 hari untuk tahun 2017

Hari ini merupakan hari terakhir kita semua untuk tahun 2017. Cepat kan? Cepat betul masa berlalu pergi, macam semalam je baru tahun baharu 2017 tapi dalam sedar, ia dah menemui hari yang terakhir.

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”- Hadis Riwayat Termizi

Sepanjang perjalanan dalam helaian muka surat 365 hari, ada banyak sangat peristiwa suka dan duka yang terjadi dalam hidup aku, yang tersayang dan insan sekeliling. 365 hari yang lepas, merupakan hari yang sangat bermakna, yang menjadikan diri aku sekarang seorang manusia yang lebih baik daripada tahun – tahun yang lalu. Semua orang mesti ada niat untuk menjadi yang lebih baik setiap tahun, bukan? Aku pun.

365 hari yang berlalu

Tak banyak yang aku dapat recap sepanjang tahun 2017. Seperti biasa, aktiviti awal tahun ialah sambutan ulangtahun kelahiran aku ke 28 pada 6hb Januari. Terima kasih Mekna sebab buat sambutan di Taman Tasik Taiping. I love it.

Untuk tahun ni, aku berjaya jaga anak pada waktu malam. Kira bila Mekna kerja malam, aku lah yang jaga Rizqi. Pada permulaan agak mencabar tapi bila dah kenal perangai anak sendiri dan cara nak handle dia, alhamdulillah semuanya okay belaka! Abah boleh kan!?

Ulangtahun kelahiran Mekna disambut dengan gembira sebab ada Rizqi dan tak boleh lupa ulangtahun perkahwinan kami yang kedua pun ceria dan sangat bermakna sebab ada Rizqi. Semua best lah sebab ada Rizqi!

Bagi pendapat aku tentang involvement aku pada dunia alam maya, bab blogging, aku mengambil langkah untuk pindah blog aku dari Tumblr ke WordPress dan tahun ni aku dapat 1 je paid entry. Kot mana pun, aku rasa untuk tahun ni aku aktif jugak berblogging berbanding dengan tahun – tahun yang lepas.

Bab di lama sosial pulak, seperti yang aku nak, aku target untuk slow down aktif berkicau di Twitter dan di Facebook serta Instagram. Aku ada nampak perubahannya, boleh tengok la berapa je tweets, gambar yang aku upload di IG dan post yang aku tulis di FB. Dah banyak kurang, mungkin sibuk dengan kerja?

Tentang ayah, pada bulan April lepas aku bawak ayah untuk check status pacemaker ayah. Masa check tu, doktor dah sahkan pacemaker ayah hanya boleh tahan untuk beberapa bulan sahaja dan perlu diganti segera. Dah 12 tahun usia pacemaker ayah dan pada Julai, ayah telah melalui pembedahan menganti pacemaker lama kepada yang baharu. Alhamdulillah, segalanya lancar dan kini ayah sihat bersama dengan pacemaker baharu.

Segalanya tentang Muhammad Rizqi

Ini adalah tahun pertama aku dan isteri hidup dengan insan ketiga iaitu anak. Sejak dari awal tahun sampailah ke hujung tahun, semuanya tentang dia.

Pada awal tahun, kami dikejutkan dengan perangai kak pengasuh Rizqi yang buat pasal. Berkat doa dan usaha, kami bertemu dengan pengasuh baharu iaitu Mak Lang di Kampung Sungai Burung. Segalanya berjalan dengan lancar, hidup tenang dan aman tetapi tak sangka ada juga ujian untuk kami.

Mak Lang berkongsi masalah kesihatan yang dia alami dan ia menyebabkan Mak Lang tak dapat nak terus mengasuh Rizqi. Bukan mudah nak cari pengasuh, sekali lagi Allah mempermudahkan urusan kami, masuk bulan Oktober, Rizqi dihantar ke pengasuh baharu yang merupakan adik beradik kepada Mak Lang yang mana mengasuh Rizqi sekarang.

Cukup cerita pasal pengasuh, topik kemudian tentang Rizqi yang dua kali dimasukkan ke wad. Pertamanya seminggu sebelum Raya sebab kena jangkitan Influenza A dan kali kedua pada Oktober sebab demam panas.

Tahun ni lah aku dapat tengok pembesaran Rizqi depan mata, aku dapat saksikan dari melentang, pusing, menirap, menyulur, merangkak, dan sampai sekarang berjalan. Alhamdulillah, Allah bagi aku nikmat untuk lihat dan rasa kebahagiaan menjadi seorang Abah.

Rezeki

Aku rasa ni semuanya rezeki anak. Muhammad Rizqi lah yang membawa tuah dan rezeki untuk kami semua. Alhamdulillah, setelah tujuh tahun berkhidmat, aku dinaikkan pangkat dari non-executive ke executive level pada April lepas. Bermulalah aku bekerja sebagai seorang Engineer, pekerjaan yang aku idam – idamkan ketika sedang belajar di Politeknik lagi dan kini ia rasmi.

Tak lama lepas tu, aku dapat panggilan dan tawaran untuk bekerja di sebuah syarikat di Perai. Pucuk dicita ulam mendatang, pada Ogos, aku tender resignation dan notis selama tiga bulan berjalan. Pada 1 Disember, merupakan hari terakhir aku bekerja di majikan di Bayan Lepas. Sedih memang sedih, sebab tempat kerja pertama kan, tapi aku perlu kuat untuk berhijrah. Alhamdulillah, dah hampir sebulan aku kerja di tempat baharu.

Kehilangan

Tahun ni, aku kehilangan seorang mak saudara yang sangat rapat dalam hidup aku. Sekejap je masa berlalu, aku masih tak sangka yang Njang dah tak ada.

Juga, aku kehilangan abang ipar aku setelah beberapa bulan dia berhempas-pulas untuk survive dengan sakit buah pinggang. Betuah sebab arwah meninggal bulan puasa. Aku bersyukur sebab Allah bagi aku kenal dan ada abang ipar yang baik hanya 2 tahun. Sekurang-kurangnya aku dapat juga kenal dan ada abang ipar.

Kedua-dua insan yang hilang ni beri aku kesan dalam hidup aku.

Berjalan-jalan

Tahun ni tak banyak tempat yang aku terokai. Pada bulan April haritu, aku berkesempatan untuk berjalan jalan ke Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Sempat jugak jalan jalan eh. Pada Mei, aku ke Seri Iskandar untuk menghantar anak saudara yang mendaftar masuk ke Universiti Teknologi Petronas. Ni la kali pertama aku menjejakkan kaki di UTP. Harap nanti aku (dalam mimpi) dapat lanjutan pelajaran kat sini, tak pun Rizqi nanti. Huhu

Selain tu, aku balik ke kampung Mekna masa sebelum puasa haritu masa mendengar khabar abang ipar sakit tenat dan masa dia meninggal.

Kemudian, kami ke Cameron Highlands untuk menyambut ulangtahun pertama kelahiran Muhammad Rizqi. Excited betul dia tengok bunga dan pokok teh. Walaupun ia hanya short trip, tapi aku sangat enjoy masa bersama-sama keluarga kecil aku.

Baru – baru ni, sempat jugak ke Kuala Lumpur balik hari (semata-mata nak makan IKEA dan pergi Akuaria KLCC) dan Alor Star. Best jugak release tension kan?

Tabah

Berbanding tahun 2016, kehidupan pada 365 hari di tahun 2017 dihadapi dengan tabah. Kecekalan dan ketabahan ni kesemuanya didorong oleh insan tersayang, anak, isteri dan mak ayah. Setiap hari demi hari dan bulan demi bulan di lalui dengan penuh sabar dengan harapan, ada sinaran mentari yang menerangi hari. Allah kabulkan doaku, mempermudah segalanya dan aku sangat bersyukur.

Sebagai manusia biasa, kita semua tak dapat lari daripada masalah dan kot mana pun kita kena hadapi masalah tu dengan apa juga cara sekali pun. Kadang-kadang kita tak teringat akan punya masalah tu pun datang dari diri kita sendiri. Ye tak?

Tak kira lah apa jua masalah iaitu masalah dengan diri sendiri, keluarga, tempat kerja dan sekeliling, aku rasa aku gembira sebab dapat menanganinya dengan cara yang berhikmah. Bukan mudah untuk hadapi semua ni kena ada dorongan dan kesedaran. Kot mana pun aku masih tak berpuas hati dengan diri aku sendiri dan perlukan perubahan lagi.

Harapan tahun 2018

Tak banyak yang aku harapkan untuk tahun baharu 2018. Banyak tak banyak, semuanya aku tulis dibawah :

  1. Nak jadi Abah yang terbaik untuk Rizqi, nak jadi suami yang baik bagi Mekna, anak yang berguna bagi mak dan ayah dan hamba yang taat kepada penciptaNYA.
  2. Kalau boleh, nak cari pendapatan kedua, ketiga, keempat dan seterusnya. Target nak berniaga, tapi nak meniaga apa, modal dan kesemuanya pun hanya dibibir saja. Harap ia akan materialize nanti.
  3. Harap boleh pindah duduk di tempat yang lebih praktikal. Since aku dah kerja di Perai, rasanya tak praktikal untuk tinggal di Balik Pulau. Tunggu dan lihatlah macam mana.
  4. Beli rumah. Tapi, ada lagi plan jangkamasa panjang.
  5. Kurangkan buang masa tengok telefon, balas komen, merepek dan melayan di laman sosial. Tapi aku tetap bercita-cita untuk kekal istiqamah dalam berbloging

Cukuplah kot lima je harapan yang aku boleh tulis sini. Lain – lain tu aku saja yang tahu. Harap semuanya berjalan dengan lancar untuk tahun 2018. Buku untuk tahun 2017 ditutup rapat tapi, ia akan jadi satu rujukan untuk menghadapi hari – hari yang akan datang.

Memang betul kita tak perlu pandang belakang ketika maju kehadapan, tapi dengan memandang belakang adalah sangat penting supaya kita tak buat silap lagi dan gunakan kegagalan serta kesalahan lalu untuk dijadikan iktibar.

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge