Nasib pekerja asing

Assalamualaikum!
Sejak dua menjak ni, aku rajin bersembang dengan orang asing yang bekerja di Malaysia. Rata rata bekerja disini atas satu tujuan, untuk mengumpul duit bagi menyara anak bini dikampung halaman. Itu merupakan tujuan utama para pedagang dan orang asing yang datang ke negara kita dari zaman berzaman dan juga ke negara lain diserata dunia. 
Aku ingat, dunia makin maju dan manusia makin senang. Rupa rupanya tidak! Kebanyakkan warga asing yang bekerja di Malaysia bekerja secara terpaksa a.k.a paksarela. Ya lah, majoriti daripada mereka ditipu oleh agen ataupun sindiket pekerjaan yang mengaut untung atas angin tanpa mengira perasaan dan keringat si pekerja asing. 
Dengan modal yang tinggi, mereka harus bayar wang deposit di negara mereka dan baki daripada bayaran tersebut ditolak daripada gaji bulanan yang diterima daripada majikan di Malaysia. 
Lebih teruk dari itu lagi, banyak daripada mereka ditipu setelah sampai di Malaysia. Mereka dijanjikan pekerjaan yang mudah, gaji yang tinggi sebelum datang kesini tapi apabila sampai janji tinggal janji.
Apa mahu buat, kita hanya boleh simpati. 

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge