Nombor plat RIMAU semperna Sukan SEA ke 29!

image

Guys, semperna Sukan SEA ke – 29,  Malaysian SEA Games Organising Committee (MASOC) dah dapat approval daripada JPJ untuk keluarkan nombor plat khas RIMAU bermula daripada nombor 1 hingga 9999.

Wah, memang menarik. Aku sebagai salah seorang penggemar nombor plat (gemar je la, nak beli memang tak mampu) nampak approach daripada pihak MASOC akan memeriahkan lagi suasana jalanraya Malaysia. Teringat dulu masa tahun 1998, kita ada tengok banyak nombor plat SUKOM dijalanraya, nanti boleh nampak RIMAU pulak!

So, kepada sesiapa yang berminat boleh ikut langkah langkah bidaan yang akan dibuka dalam tempoh 10 hari lagi (menurut tarikh posting ni ditulis) seperti dibawah

image

Mai kita tunggu dan lihat nanti siapa yang jadi pemilik nombor plat RIMAU 1 dan nombor nombor menarik yang lain. Pertanyaan boleh email kepada enquiry@rimau.org.my dan laman web rasmi e-bidaan di Rimau.org.my

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge