Ogos 17, Traffic jam paling teruk dalam sejarah Pulau Pinang!

Salam,

Kenyataan diatas diambil dari laman Facebook Majlis Bandaraya Pulau Pinang berikutan penutupan dan pengatifan jalan sehala di jalan utama Bayan Baru dan Bayan Lepas ekoran penutupan sebahagian daripada Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu disebabkan pembinaan jejantas ke Jambatan Kedua Pulau Pinang.

Menurut apa yang dirancang, kebanyakkan jalan utama di Bayan Baru dan Bayan Lepas ditukar menjadi sehala dan kebanykkan pengguna perlu mengambil jalan jauh ekoran penutupan jalan di LTDLCE.

Perlaksanaan ini bermula pada pagi semalam, 17 Ogos 2015 jam 630 pagi.

Menariknya, apa yang dirancang tak menjadi. Pagi semalam, puluhan ribu pengguna jalanraya di kawasan Bayan Baru dan Bayan Lepas mengalami traffic jam yang paling teruk dalam sejarah negeri Pulau Pinang. Ramai yang terkandas dalam traffic jam, ada yang terlepas penerbangan dan kebanyakkan orang lambat ke tempat kerja!

Syukur

Mujur dan syukur aku naik motor semalam. Kalau tidak, sekali dengan aku sangkut dalam traffic jam yang terburuk ni.

Rasanya dalam tempoh 24jam semalam hampir kesemua orang yang tinggal dan bekerja di Bayan Baru dan Bayan Lepas cakap pasal kes jam ni je. Semua orang tak sanggup nak hadapi kesesakan jalanraya macam ni untuk tempoh 5 bulan.

Bro, macam mana nak hadapi untuk tempoh masa yang panjang (hampir setengah tahun) kalau tak sampai sehari pun dah tak boleh nak diteruskan??

Tak buat kajian dengan betul

Ramai diantara kawan kawan aku luahkan perasaan terutamanya yang tinggal jauh dan terkandas di kesesakan jalanraya dek “kajian yang tak betul” ini. Mana tak marah, rata – rata bangun seawal jam 5 pagi dan keluar dari rumah ketempat kerja jam 530 atau 630 pagi tapi terkandas didalam kesesakan yang berpunca daripada kajian yang tak betul.

Apa yang mereka suarakan, kewajaran jalan ditutup dan dihala menjadi satu laluan. Ada jalan dua lorong dijadikan satu lorong, menjadikan ia satu kesesakan yang amat sangat.

Pengguna tak patuhi undang – undang

Kalau kita ada perlaksanaan yang baik sekalipun tapi para pengguna jalanraya tak nak bagi kerjasama dan pakat dok “besar kepala”, siapa yang nak ikut undang undang yang ada? Tak guna letak polis penuh jalan sekalipun kalau semua orang degil?

Apa yang aku dok tengok, kebanyakkan masih lagi nak ke jalan yang sudah pun ditutup. Apa hal bro? kalau dah tutup tu ikut je la jalan baru jalan lain. Ni tidak, masih lagi nak “lawan”. Akhirnya, jalan yang sepatutnya lancar jadi perlahan dan berhenti terus.

Sikap macam ni la aku dok tengok menjadi jadi diatas jalanraya Penang dan Malaysia.

Harapan

Niat kerajaan negeri dan pihak berwajib tu bagus, untuk elakkan kemalangan jalanraya dan juga kehilangan jiwa. Tapi, depa harus mengkaji dengan sedalam dalamnya untuk elak kejadian yang sama berlaku lagi.

Tanah kat Pulau Pinang ni kecik je. Jalan pun semua rapat – rapat dan berculang – caling. Wajar kajian oleh pakar untuk mendapatkan jalan penyelesaian yang dapat memuaskan hati semua orang.
Bila jadi kejadian macam ni, semua orang tak seronok. Takut kejadian yang kritikal seperti bomba dan ambulans jadi terkandas.

Luthfi
Bayan Lepas
18.08.2015

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge