Oh, gemok sudah!

Salam,

Nak tergelak bila aku scroll entry lama berkaitan dengan diri aku, terutamanya entry yang melucukan seperti ni ; Tulang oh tulang.

Haha, ya masa sekolah asrama dulu aku memang dikenali sebagai seorang yang sangat kurus dikalangan kawan kawan satu dorm. Aku suka sangat panggil kawan kawan dengan pelbagai nama sampai terlekat nama panggilan tersebut. Biasalah, bila dok kata kat orang kat diri sendiri pun akan secara automatik terpalit jua. Haha!

Berkaitan dengan diri aku, si Tulang yang kuruih kedekiang (atau orang KL kata Kurus Keding) kini aku rasa nama dan panggilan tu tak boleh diguna pakai sama sekali. Kenapa?!

Luthfi, tahun 2010

Dengan ketinggian mencecah 1.75m, berat badan ketika itu 45kg memang bukannya berat badan yang ideal. Yakni, kalau nak refer kepada BMI, aku menang diletakkan dikalangan orang yang kurang berat badan ataupun underweight.

Ada sekali masa kat sekolah menengah, aku tak dinasihatkan untuk derma darah sebab berat badan aku tak dibenarkan untuk derma. Sebab tu la aku kecewa, dan seterusnya berjaya juga derma darah untuk kali pertama pada usia 17 tahun. Hebat kan!!

Kemudian, lepas SPM aku lanjutkan pelajaran ke Politeknik. Masa tu pun berat badan masih lingkungan 50kg ke 55kg. Tak hairan la sebab masa tu banyak sangat aktiviti dan kadar metabolisma badan sangat tinggi walaupun aku makan banyak!!

Lepas masuk kerja, berat badan aku naik dengan jayanya (la kot?) dari petengahan 50kg ke hampir ke 60kg. Tapi untuk masa tu aku dah tak ada masalah untuk derma darah sebab berat badan dah steady.

Tahun lepas, aku tinggal di Itali atas urusan kerja selama sebulan. Berat badan aku naik mendadak dari 60kg ke 65kg. Dari bacaan meter penimbang berat memang boleh nampak, sama la dengan bentul fizikal aku yang menunjukkan ciri ciri berisi!

Luthfi, Feb 2014 (kiri) dan Sep 2010 (kanan)

Dah setahun aku balik dari Itali, dan ada dua trip yang menyusur kemudian menyebabkan aku makin lama makin chubby! Ya, sekarang ni memang sibuk kerja, so memanglah kerja aku dok makan je. Apa lagi benda yang aku boleh buat untuk seronokkan diri sendiri selain makan? Ye dak?

Up to date, sekarang ni berat badan aku dah mencecah 73kg dan naik mendadak sejak setahun yang lepas. Hmmmm, ciri fizikal memang dah ketara nampak kekembangannya! Tak boleh dah panggil aku tulang, kena panggil aku “Luthfi Chubby”.

So, dengan makan aku happy dan dengan makan juga aku happy! Nak tips macam mana nak tambah berat badan? Follow below!

1) Tambah frekuensi (kekerapan) makan

Kalau selalu makan 3kali sehari, cuba tambah jadi 6kali sehari. Boleh? Haha

2) Tukar cara pemakanan dari ringan ke berat

Bagi aku, amalkan makan nasi selalu pagi petang siang malam, insyaAllah badan naik.

3) Kena happy dalam hidup

Ada orang (eh macam aku je) kalau happy bahagia pun boleh naik berat badan. Yela, dah tak payah nak fikir benda yang menderitakan! So enjoy sahajalah!

4) Sibuk? Terapi diri dengan makan!

Lagi sibuk, lagi lapaq dan lagi kuat makan. Sampai tak sedar dah gemuk. Tapi kena ingat, jangan lupa senaman!

Okeylah, itu sahaja yang aku nak kongsi kali ini. Ciao!!

Luthfi
7:28AM , 23 Oktober 2014

Leave a Reply