Fahami hak pembeli rumah elakkan penipuan

Penulis :  Dr Mona Isa

KISAH penipuan membabitkan penjualan banglo harga murah bukanlah satu perkara yang baharu.

Beberapa syarikat berpayungkan hartanah dilaporkan pernah menyebabkan kerugian jutaan ringgit.

Terkini kerugian awam sebanyak RM6.10 juta melalui penjualan banglo pada harga murah, baru-baru ini jelas menunjukkan bahawa sehingga kini tahap pengetahuan masyarakat mengenai asas pemilikan dan hak-hak sebagai pembeli hartanah kediaman masih rendah. (more…)

Mahkamah bagi peluang ibu jatuhkan hukuman terhadap anaknya

KOTA BHARU, 3 Okt — Mahkamah Majistret Kota Bharu memberi peluang kepada seorang ibu untuk menjatuhkan hukuman terhadap anaknya hari ini.

Majistret Nik Habri Muhamad memberi peluang itu kepada Rahimah Abdul Rahman, 52, sebagai pengajaran kepada anaknya, Adam Abdullah, 28, selepas tertuduh bertindak melakukan ugutan jenayah terhadap ibunya dengan mengacukan sebilah gunting bermaksud hendak menakutkan mangsa.

Adam dituduh melakukan kesalahan itu di Kampung Terap Banggu di sini, pada pukul 9.30 pagi,19 Jun lepas dan didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara selama dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan. (more…)

Bukan senang nak cari pengasuh

Ya, bukan senang nak cari pengasuh sekarang ni. Zaman sekarang ni laki bni pakat bekerja, hanya beberapa percentage yang isteri tak kerja. Bab mengasuh ni jadi bila ada pihak memerlukan, ada permintaan, dan dalam masa yang sama ada pihak yang boleh bagi pertolongan dan tawarkan perkhidmatan.

Lagi sebulan, anak aku akan masuk 12 bulan. Sekejap je. Dalam masa yang sama, sekarang ni dah pernah hantar ke dua orang pengasuh. Alhamdulillah, buat masa ni tak ada apa – apa masalah dengan pengasuh. Tapi, minggu lepas aku dan isteri dikejutkan dengan berita tentang kesihatan mengasuh sekarang yang tak berapa baik dan dia tak boleh nak mengasuh anak aku buat sementara waktu. (more…)

12 jam memandu dari Milan ke Paris melalui Zurich!

Aku saja nak kongsi kisah perjalanan 12 jam pergi dan balik aku bersama kawan – kawan dari Milan ke Paris menerusi Zurich pada 4 tahun yang lepas. Perghh, kenapa dah 4 tahun baru nak share? Alah, saja la nak kongsi pengalaman. Lagipun, dah lama sangat dok sibuk, ni baru ada masa untuk tulis satu entry lengkap macam mana aku boleh bawa kereta sejauh tu dan macam mana aku boleh sekuat tu.

Perjalanan aku dari Milan ke Paris menerusi Zurich yang memakan masa selama lebih 12 jam 😀

Untuk sekian kali, perjalanan jauh tak asing bagi diri aku, terutamanya memandu jauh di Eropah. Sebab, sebelum ni aku dah berpengalaman untuk memandu secara “gila” di Jerman dan Itali. Aku suka memandu sebab memandu ni bagi satu kepuasan yang tak boleh digambarkan.

Setiap kali ke Eropah, aku memang nak sangat berjalan – jalan di bandaraya besar. Aku dah jejakkan kaki di Berlin, Milan, Rome dan beberapa bandaraya lain dan target aku kali ini adalah Zurich dan Paris. (more…)