Teknologi mendekatkan dan menjauhkan kita!

Salam,

Sekarang ni dah jadi satu keperluan untuk semua orang untuk memiliki gajet pintar didalam poket. Harga sebuah teknologi yang ada didalam poket makin lama makin murah, sesuai dengan bajet masing masing. Bukannya didalam poket sahaja, lambakan pelbagai jenis tablet dari semurah murah jenama dan semahal mahal yang anda mampu. Tak ada masalah, janji ada wangnya.

Bila cakap pasal mampu, semua orang dah ada smartphone. Tak ada lagi telefon 3310 ataupun Nokia Torchlight yang jadi idaman setiap remaja pada tahun awal 2000. Jauh sekali teknologi yang telah ketinggalan zaman seperti Nokia “sabun”, Nokia “sembilu” dan macam macam lagi. Sekarang ni nak cakap pasal telefon, bagitahu saja bajet berapa. Mereka akan tunjukkan kepada kita macam mana rupa dan gaya.

Oleh kerana setiap orang mampu memiliki gajet pintar bersama sama, semua informasi yang dipinta pasti akan berjaya. Sejauh mana pun kita berada pasti bukan alasannya, tiada sempadan janji kena ada sambungan Internet. Lambakan pelbagai aplikasi yang semestinya percuma boleh buat rambang mata dibuatnya. Tak tahu nak pilih mana satu, tapi yang trending dan popular akan tetap berada didalam senarai 10 aplikasi wajib untuk dipasang.

Hubungan makin erat

Bercinta pada masa dulu (dalam awal tahun 2000) memerlukan bajet yang tinggi. Untuk komunikasi saja pun kosnya tinggi sebab hanya guna SMS yang berharga 20sen per SMS.Sekarang? Tidak lagi, dengan langganan internet semurah RM10/seminggu atau RM18 sebulan dah boleh berbalasan mesej tanpa jemu.

Yang jauh rasa dekat, yang dekat makin rapat. Kita mudah mendekati satu sama lain. Kita mudah berhubung tanpa rasa terhalang. Indah kan?

Bila dekat rasa jauh

Sekarang ni hampa semua ada rasa macam tu tak? Bila berjauhan, bukan main lagi minta untuk berjumpa. Minta untuk bertentang mata dan bersua muka. Bila jumpa je, masing masing senyap. Tak gunakan masa dan kesempatan yang ada untuk betul betul bersemuka. Kalau berjumpa tapi telefon tak lekang dari tangan. Sentiasa ada bersama. Mulut saja bercakap tapi mata di kaca telefon.

Aku pun tak faham kenapa situasi ni berlaku dan makin meruncing. Bila kata, mereka salahkan perkataan “generasi”. Masa kita dulu dulu tak macam ni, zaman ni zaman depa. Macam ni la gaya depa bersosial dan bersama sama? Macam inikah dikatakan manusia?

Kembali ke lumrah manusia sebenar

Aku rindu zaman kita manusia yang sebenarnya. Yelah, kita tak ada satu alat penghubung pun yang menghubungkan sesama kita sedekat sekarang. Bila kita dah mudah untuk didekati dan dihubungi, nilai perhubungan itu dianggap remeh dan kadangkala disia siakan.

Teringat pada masa dulu, kita gigih untuk berhubung. Guna apa cara sekalipun, lambat tak jadi masalah tapi nilai “pesanan” atau mesej sangat penting. Kita gigih ke pondok telefon untuk bertanya khabar, dengar suara dan ghairah untuk bersama didepan mata.

Masih belum terlambat untuk mengubah gaya hidup kita. Target tahun 2015 untuk kurangkan masa dilaman sosial, bersama dengan telefon bimbit dan nak luangkan masa bersama teman dan keluarga didepan mata.

Bila keseorangan tak kisah, boleh gunakan teknologi yang ada untuk buang rasa “kosong” dan “sunyi” untuk mencari teman. Tapi kena lah hargai bila ada didepan mata.

Ikhlas,
Luthfi
17 Disember 2014
7:24 pagi

Malaysia layak ke peringkat akhir AFF Suzuki Cup 2014!

Salam,

Aku baru saja habis menonton perlawanan separuh akhir kedua antara Malaysia menentang Vietnam untuk kelayakkan ke peringkat akhir Piala AFF Suzuki 2014.

Perlawanan yang berlangsung di HaNoi, Vietnam pada jam 8 malam waktu Malaysia di Stadium Nasional My Dinh, menyaksikan perlawanan kedua setelah pasukan Malaysia kalah pada pasukan Vietnam di gelanggang sendiri di Stadium Shah Alam pada Ahad yang lalu. [baca laporan rasmi dari AFF]

Perlawanan yang disangkakan hambar dan dilabel sebagai “mission impossible” setelah Malaysia ditundukkan ditempat sendiri sebanyak 2-1 oleh Vietnam yang menggunakan khidmat jurulatih daripada Jepun, yang membawa Vietnam untuk mempersembahan perlawanan yang penuh bertenaga dan taktikal mirip seperti pasukan Thailand bertukar kepada perlawanan yang sangat mendebarkan!

Tak senang duduk dibuatnya! Sebab apa? Sejurus sepak mula, Malaysia telah pun dihadiahkan sepakan penalti oleh kerana kekasaran pemain Vietnam kepada pemain Malaysia, Indra Putra Mahayuddin! Safiq Rahim mengambil tanggungjawab memasukkan gol pertama Malaysia pada minit ke 4!!

Aku tak boleh terus tulis kerana terlalu kagum dengan permainan yang dipersembahkan oleh Team Malaysia dan Vietnam! Jom tengok sedutan perlawanan separuh akhir kedua dari saluran Youtube rasmi AFF Suzuki Cup

Berikut merupakan jadual perlawanan akhir AFF Suzuki Cup 2014 yang menyaksikan Malaysia akan bertemu dengan Thailand. 

P/s : Jangan sokong masa Malaysia menang je, kutuk dan caci masa kalah. 
Luthfi11 Disember 201411:20 malam

Badan kurus tak semestinya sihat!

Assalamualaikum,

Semalam aku berpeluang untuk berjumpa dengan kawan yang aktif dalam bidang kesihatan untuk produk Herbalife, Cik Anis Athirah Bux. Sekarang ni banyak dah produk kesihatan yang menawarkan pelbagai jenis program untuk kekal sihat dan menawan.
Sebenarnya, tujuan asal aku ke sana ialah nak memperkenalkan Cik Mek aku kat dia untuk penjelasan lanjut akan program penurunan berat badan yang diurus dan dikawalselia oleh dia. 
Nak kurus dan sihat ni tak susah sebenarnya kerana ini semua terletak kepada diri sendiri bertapa seriusnya diri masing masing untuk mencapai apa yang dikehendaki. Oleh itu, setiap angan angan yang nak dicapai tu tak mustahil untuk kita penuhi. Cuma, nak atau tifak sahaja. 
Banyak sebenarnya benda baru yang aku pelajari masa jumpa dengan Anis masa sesi penerangan ringkas tentang program penurunan berat badan secara sihat ni. 
Secara ringkas apa yang aku nak tulis ialah :

1- Kawal makan, hanya makan makanan yang berkalori rendah, tak berminyak dll. Sebenarnya makanan kita ni menyebabkan kita tak boleh nak move on dari gemuk ke kurus

2- Gaya hidup, kebanyakkan daripada kita malas untuk bersenam (termasuk aku) sebab sibuk dengan kerjaya dan lain lain lagi. Akibatnya, badan tak bermaya sebab kurang latihan (badan manja)

3- Orang kurus tak semestinya sihat!! Walaupun badan kurus, tapi ada pelbagai benda disebaliknya seperti jumlah lemak dalam badan, kolestrol tinggi, jumlah air dalam badan kurang dan macam macam lagi. 

Dengan tiga perkara diatas membuatkan aku sedar akan pentingnya jaga kesihatan walaupun badan tak gemuk (perut ada sikit boroi) ni. Masih belum terlambat untuk terus jaga makan, jaga gaya hidup dan jaga diri untuk hidup lebih lama (InsyaAllah) dengan gembira. 
Bayan Lepas,
4 Disember 2014
10:20 Pagi

Oh, gemok sudah!

Salam,

Nak tergelak bila aku scroll entry lama berkaitan dengan diri aku, terutamanya entry yang melucukan seperti ni ; Tulang oh tulang.

Haha, ya masa sekolah asrama dulu aku memang dikenali sebagai seorang yang sangat kurus dikalangan kawan kawan satu dorm. Aku suka sangat panggil kawan kawan dengan pelbagai nama sampai terlekat nama panggilan tersebut. Biasalah, bila dok kata kat orang kat diri sendiri pun akan secara automatik terpalit jua. Haha! (more…)

Komitmen zaman sekarang

Salam,

 Jadi golongan muda zaman sekarang tak semudah zaman dahulu. Pada mulanya, orang tua kita banyak berkata tentang kekurangan dalam kesempurnaan hidup masa zaman mereka muda dan asyik berkata tentang kelebihan serta kemewahan orang muda zaman sekarang.
Ye, kalau boleh semua orang nak hidup dalam keadaan yang sempurna. Nak semua benda ada, lengkap dan sedia. Tapi, tak semua orang mampu nak sediakan keperluan apatah lagi kehendak.
Komitmen zaman sekarang, mencabar bila nak asingkan keperluan dan kehendak. Susah nak utamakan perkara yang perlu dan perkara yang tak perlu. Apa tidaknya, sekarang dah makin senang untuk tahu pasal orang lain dan trend yang terkini. Masing masing tahu cepatnya peredaran masa dan gaya. Oleh itu, perkara yang tak sepatutnya ada dikejar dan perlu dicari telah diabaikan.
Bagi saya, orang muda zaman sekarang harus pandai merancang dari segi perbelanjaan dan juga masa depan. Pandangan hidup tak boleh dijangka untuk jangkamasa 1-2 tahun tetapi terus melihat 10-20 tahun akan datang.
Zaman sekarang ni, tak kira lah lelaki atau perempuan masing masing ada komitmen tersendiri. Tak boleh nak lari dari komitment kepada diri sendiri, orang tua, adik beradik, kerjaya, masyarakat dan kerajaan. Masinh masing kena bijak.
Luthfi
7 September 2014

Tragedi pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur 17 Julai 2014

Salam,

Belum pudar lagi dari ingatan rakyat akan kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing pada Mac 2014, tragedi malang melanda penerbangan Malaysia kerana kehilangan pesawat MH17 yang baru sahaja berlepas daripada Lapangan Terbang Antarabangsa Schiphol, Amsterdam pada 17hb Julai 2014 (semalam).

Secara peribadi, aku mula tahu akan tragedi berkenaan apabila mula menyelusuri garis masa di Twitter, dalam fikiran “Apa pula yang jadi kepada pesawat MAS?” dan berharap keajaiban berlaku. Manalah nak tahu, tiba – tiba mereka dapat cari semula pesawat MH370 yang hilang tersebut.

Menurut berita AstroAwani501, pesawat malang MH17 dipercayai ditembak oleh militan di Ukraine, dan terhempas disempadan Ukraine-Rusia. Pesawat malang tersebut membawa 298 orang (termasuk 15 anak kapal dan 3 kanak – kanak) dipercayai kesemuanya maut dalam insiden yang amat menyedihkan berkenaan.

Masa aku tulis entry ni, tak ada pihak yang bertanggungjawab atas serangan keatas pesawat komersial Malaysia Airlines MH17. Tunggu dan lihat…

Berikut merupakan kenyataan media dari @Mas

The B777-200 aircraft bearing registration no. 9M-MRD that operated MH17 on 17 July, 2014 had a clean maintenance record. The aircraft’s last maintenance check was on 11 July 2014. The next check was due on 27 Aug 2014. The maintenance was conducted at Malaysia Airlines’ hangar at KLIA. The aircraft had a clean bill of health.
The aircraft was manufactured in July 1997, and so had 17 years in service.
The aircraft had recorded 75322 hours with a total of 11434 cycles.
All communication system on the aircraft were functioning normally.
The B777-200 uses the Rolls-Royce Trent-800 engine and has a 282 seat capacity.

Luthfi
Jumaat, 18.07.2014