Pengalaman berpuasa di luar Malaysia!

Salam,

Tahun lepas, aku diberi kesempatan untuk berpuasa diluar negara. Untuk pertama kali, aku keluar dari Malaysia di bulan Ramadan yang mana kebanyakkan daripada kita menyambutnya dengan kawan dan keluarga. Aku berlepas ke Italy pada tanggal 30hb Jun 2013 dan mula berpuasa seminggu selepas itu.

Rupanya, perasaan berpuasa di luar dari Malaysia tak seindah khabar.

Perbezaan waktu

Kita sudah biasa dengan sahur pada jam 530 pagi, dan berbuka puasa pada jam 730 petang. Tapi, apa yang aku alami disini merupakan puasa yang luar biasa bagi diri aku sendiri! Berpuasa pada musim panas (summer) merupakan tempoh puasa yang paling mencabar kerana matahari terbit pada awal pagi seawal jam 4 pagi dan matahari terbenam pada hampir jam 10 malam!

Aku kena bangun seawal jam 2 pagi untuk bersahur, dan lepas tu kena tidur balik untuk bangun pergi kerja pada jam 8 pagi. Lepas balik kerja, 530 petang ada lebih kurang 4 jam untuk berbuka puasa. Nak buat apa!?

Sahur nasi kosong, telur goreng dan kicap. Tu pun sedap!

Keseorangan 

Sebab? Aku keseorangan di tempat orang yang mana majoritinya merupakan penganut Krisitan Katolik, menjadi seorang muslim minoriti di negara orang sangatlah menyedihkan. Ramadan macam bulan biasa, hari hari biasa dan tak nampak langsung dimata masyarakat tempatan. Kalau ada pun, seorang dua perempuan muslim yang lalu lalang di hadapan kedai pada waktu hampir  buka puasa.

Nak berbuka puasa pun tak ada semangat, selalunya aku berbuka puasa dengan masak sendiri. Paling kuat aku beli lauk kat kedai Turki, balik masak nasi sendiri. Kalau dah tak larat nak masak, aku pergi cari kedai kebab yang aku tak pernah pergi lagi. Fuh…

Nasi, lauk daging dan air kosong untuk berbuka

Itu je la cabaran yang aku rasa semasa berpuasa di luar negara.

Errr, macam mana sembahyang tarawikh? Hmmm, sukar aku nak cakap pasal ni sebab cuba bayangkan. Kalau maghrib masuk pun dah hampir jam 10 malam, isyak lebih kurang 11 lebih dan subuh dalam jam 3 pagi memang aku tak ada peluang nak join masyarakat tempatan tunaikan solat sunat tarawikh! Lepas je berbuka terus tidur untuk bangun awal pagi esok. Fuhhhh..

Masak

Oleh kerana aku keseorangan dan tak familiar dengan keadaan sekeliling, aku memang dah bawak siap siap semua bahan untuk masak. Sebelum fly lagi mak dah pesan untuk beli benda masak, nanti nak sahur dan berbuka senang. Aku pun tak nak cakap banyak, terus beli sahaja.

Untuk rekod, aku purposely beli electrical induction cooker untuk bawa ke Itali. Ala, untuk masak je. Bukan nak masak hebat hebat. Hanya masak masakan yang biasa je. Hehehe

Induction cooker saya tengah beraksi bersama sama mee megi

Aku share beberapa gambar menarik ketika Ramadan 2013 di Itali :

Berjaya cari sebuah kedai Kebab yang baru, sempoi punya!

 

Masa sembang dengan taukey kedai tu, dia tanya “U nak buka puasa ke? Meh i bagi buah. Free”
Semasa ekspidisi mencari kedai makan halal, terjumpa sebuah halal store yang dimiliki oleh orang Bangladesh. Semua garenti halal. Bro yang belah kanan tu pernah tinggal di Malaysia selama 10 tahun. Rasa gembira sangat dapat cakap bahasa Melayu di bumi Itali. Yang bestnya cakap Melayu dengan orang bukan Melayu 😀
Bekalan mee sedap yang menjadi juadah berbuka. Sedap!!
Sosej Tunisia kegemaran saya! Makan benda ni pun dah kenyang!

 

Makan di restoran Turki
Makan roti dan nutella je. Tak rajin!
Ayam sembelih halal, setengah ekor EUR 3.50
Kebab lazat

 

Pizza Frutti di Mare bermaksud Pizza Lautan
Itu saja yang aku boleh kongsi buat masa ni. 🙂

 

Leave a Reply