Pengalaman memandu dari Jerman ke Belanda!

image

Peta perjalanan kami dari Kassel, Germany ke Amsterdam, Netherlands. Jumlah perjalanan mengambil masa 4 jam

Aku nak kongsi pengalaman terbaharu aku September tahun lepas masa seminggu aku di Jerman buat kali ke lima. Aku bekersempatan untuk memandu ke Amsterdam, Belanda daripada tempat kerja.

Memandu di eropah bukan satu yang asing bagi aku. Boarder crossing di negara – negara EU sangat menarik sebab tak ada pun istilah “boarder” sebab tak ada pun check point macam kat negara kita dengan Singapura, Indonesia, Thailand dan lain lain lagi.

Pelaksanaan free boarder untuk keseluruhan negara EU sangat sangat memudahkan, bukan dari segi keluar masuk tambahan sistem pengankutan dan jalanraya yang sangat mudah!

Perjalanan

Aku dah kawan mengambil keputusan untuk muka perjalanan pada petang hari lepas habs kerja. Tak mau nak keluar lambat, sebab kebanyakkan jalan di Autobahn Jerman diturap. So, tak mau jem kami aktifkan Waze yang ditetapkan tujuan perjalanan kami ke Amsterdam, Belanda.

Nak kemana sebenarnya? Ke Belanda ke? Ke Amsterdam ke? Ke Netherland ataupun ke Holland? Sebenarnya, semua tu tempat yang sama. Hehe

Terima kasih kepada teknologi, sebab dengan teknologi ia memudahkan perjalanan yang asing bagi kita.

image
Fadhil Basri bawa kereta sementara aku duduk rilex menjadi co-pilot

Mengantuk

Oleh kerana atas highway jarang ada roadblock, aku minta kawan aku si Fadhil tolong bawak dulu. So, dia guna kesempatan ni untuk bawak kereta belah kiri dalam perjalanan yang panjang. Lebih kurang 2 jam kami memandu, kami berhenti di tempat rehat untuk tidur.

Kalau nak dibandingkan trip kali ni dengan yang lepas, aku rasa kali ni dah tak larat nak memandu non-stop macam dulu. Sekarang ni mudah mengantuk dan letih sebab apa pun tak tau! Hehe

Masalah betul. Untuk keselamatan, lebih baik tidur daripada terus lawan mengantuk sebab mengantuk ni ubatnya tidur.

image
Berhenti di Raestate iaitu tempat rehat untuk lelapkan mata. Cuaca tak panas, so mudah nak pejamkan mata

Sambung perjalanan

Lepas dah puas tidur, kami teruskan perjalanan ke Belanda. Nasib ada R&R, boleh mandi dan siapkan diri dekat situ, Bukan kat Malaysia je benda yang baik harga, kat Jerman pun sama! Dulu nak masuk tandas 0.50 EUR je, sekarang ni dah jadi 0.70 EUR! Makan tak payah cakapla sebab mahal. Hehe

Lepas dua jam perjalanan, kami singgah di R&R lagi untuk sarapan. Trip kali ni memang selalu dok berhenti makan sebab kami tak rushing pun kemana mana. Baik ikut je perjalanan dan mata. Ikut suka. Senang buat trip macam ni, tambahan kami berdua. Lagi senang nak buat keputusan.

image
Serius betul nampak

Boarder crossing Germany – Netherlands

Aku excited nak cross boarder kali ni sebab aku tak pernah lagi ke Netherlands. Selama ni hanya dengar kawan – kawan dok cerita pasal Belanda.

Untuk sesiapa yang memandu dari Autobahn Jerman nak ke Autosnelweg Belanda kena hati hati Sebab apa? Sebab, masuk je sempadan negara Belanda, lebuhraya Belanda ada tetapkan had laju berbanding di Jerman! Kalau dari Jerman speeding 160km/j, masuk je sempadan lebuhraya Belanda kena bawa 120km/j sahaja!!

Ramai diantara kawan kawan aku kantoi dengan kamera had laju Autosnelweg Belanda sebab memandu terlalu laju dari Jerman. Sebab tu aku sangat berhati – hati bila ada di Belanda.

Masuk je Belanda, prepaid Jerman aku terus jadi Auto-roaming tapi limited untuk surf data. Lepas masuk Netherlands je aku check in Foursquare sebab takut tak boleh access data dah. Rupanya sangkaan aku betul!

image
Sampai je dekat tanah Belanda, terus hujan! Nebeng betul

Tips memandu di Belanda iaitu Bandaraya Basikal 

Belanda, typically Amsterdam sama macam mana mana bandar besar di eropah. Bagi aku, berbanding dengan Paris, Milan, Zurich ataupun Berlin, bandar metropolitan Amsterdam ni lagi “serabut”!

Menurut wikipedia, kebanyakkan jalanraya di Belanda ada laluan untuk pengguna basikal. Pengguna jalanraya selain basikal dianggap sebagai “tetamu” bila ada dijalan raya. So, hampa semua kena paham bertapa pentingnya menjaga pengguna basikal bila ada di tanah Belanda.

Tips yang aku boleh kongsi adalah :

1. Dimana mana saja tempat dipelusuk Amsterdam dipenuhi oleh pengguna basikal. So, kena pasang mata bila memandu di Amsterdam. Penunggang basikal ni sangat cepat dan laju di lorong mereka sendiri. Kena alert kanan dan kiri.

2. Selain daripada basikal, motosikal pun sangat merbahaya untuk sesiapa yang memandu di Amsterdam. Macam basikal, motosikal pun memandu laju di pekan.

3. Tempat letak kereta di Amsterdam sangat sangat terhad dan mahal. Sebab tu kalau hampa datang dari mana mana negara ataupun memandu, boleh la pergi ke pusat Park and Ride (P+R) yang berdekatan. Boleh google dan cari info pasal ni dekat Iamsterdam.com.

4. Kalau nak parking jugak dekat Amsterdam, pastikan bawak Kad Kredit sebab tempat parking di Amsterdam hanya boleh dibayar dengan Kad. No Cash!

5. Kalau nak overnite dalam kereta, pastikan parking dekat dengan pusat P+R sebab bila malam, pengankutan awam dan tak operate. So, kena pastikan dekat untuk jalan kaki.

6. Selalunya P+R datang dengan pakej tempat parking semurah 20 EUR per entry dengan diskaun kad perjalanan dalam Amsterdam.

image
Berada diantara ikon terpopular di Amsterdam

Berjalan – jalan di Amsterdam

Amsterdam merupakan satu bandaraya metropolitan yang popular didunia iaitu tempat yang boleh buat macam macam benda yang dilarang ditempat lain. Hehe Bagi aku, aku suka tengok keadaan disekeliling, iaitu bangunan, makanan, orang dan lain lain lagi. Tak ada pun niat lain nak cuba benda benda yang dilarang tu.

Seperti dirancang, dapat jugak aku kesempatan untuk merasa solat dan bersihkan diri di masjid terbesar di Amsterdam iaitu Masjid Ayasofea juga dikenali sebagai masjid Turki. Alhamdulillah, suasana di sana sangat menarik sebab masjid tu berada di tepi terusan.

image
Tiket kereta api yang dikendali oleh GVB. Apa tu GVB hang kena google sendiri la ya

 

image
Punyalah ramai orang yang berebut nak ambik gambar dengan tulisan IamSterdam ni!

 

image
Tempat biasa yang kena pergi bila jalan – jalan, Hard Rock Cafe! Beli baju untuk aku, isteri dan baby

 

image
Dihadapan Amsterdam Centraal, Amsterdam. Kami letak kereta di pusat P+R dan guna keretapi untuk terus ke pusat bandar Amsterdam

Oklah, ni saja yang aku boleh kongsi dengan hampa perjalanan aku dari Jerman ke Amsterdam. Satu perjalanan yang menarik walaupun sangat singkat. Satu hari nanti aku harap akan jejakkan lagi kaki ke sana untuk explore banyak tempat yang menarik. Mungkin.

Comments

comments

Leave a Reply