Pengalaman memandu di lebuhraya Autobahn, Jerman!

Salam,

Tiba tiba aku nak tulis dan kongsi pengalaman memandu aku. Untuk pengetahuan, aku memang suka sangat memandu terutamanya perjalanan jauh (long distance). Buat masa ni, aku pernah memandu di lima buah negara eropah iaitu Jerman, Itali, Switzerland, Perancis dan juga Vatican City (hehe). Memandu di eropah, pengalamannya sama seperti di mana mana negara eropah. Permandangan dan cara pemanduan hampir sama cuma mungkin undang- undang jalanraya yang berbeza, tak macam memandu di negara asia.

Untuk entri kali ini, aku nak tulis pasal pemanduan di negara Jerman terlebih dahulu.
Menurut Wikipedia, lingkaran lebuhraya Autobahn mempunyai jarak sejauh 12,917 km dan mempunyai nama yang dilabel bermula dari “Ax” yakni x mewakili nama lebuhraya. Contohnya, A1, A2, A3 dan lain lain lagi.

Pertama kali aku memandu di bumi eropah adalah pada September 2012 bersama dengan kawan untuk urusan kerja. Ya, pada usia semuda 22 tahun aku memandu ditempat orang yang sangat asing bagi aku. Apa yang aku syukur sangat, aku ditemani oleh kawan yang sangat supportive yang membantu aku bagi tunjuk arah merangkap co-driver lah kiranya.

Video: Kali pertama memandu di bumi Jerman

So, bila orang cakap pasal Autobahn mesti dalam kepala otak terus je bagi isyarat; Autobahn merupakan lebuhraya tanpa had limit. Boleh bawa kereta selaju mungkin dan sesuka hati.

Masa aku jejakkan kaki, ambik kunci kereta dan terus cari ke kereta dalam fikiran aku macam mana nak memandu kat negara asing yang segalanya berlainan dari cara pemanduan aku di Malaysia. Dah la aku tak pernah ke luar negara. First time ke luar negara, terus dapat memandu disana. Nasib baik aku dan belajar sikit daripada Google. Perkhidmatan Google sangat membantu dan memberi manfaat kepada sapa yang rajin explore!.

Perkara yang perlu dan ditegah semasa di Autobahn

Aku nak kongsi juga apa benda yang boleh dilakukan dan tak boleh dilakukan semasa memandu di Autoban. Yalahkan, semua tempat ada undang – undang dan peraturan yang tersendiri. Perkara Do and donts bila memandu di lebuhraya Autobahn, Jerman antaranya adalah :

1) Jangan sesekali mengekori belakang kenderaan terlalu dekat

2) Jangan sesekali berhenti di lorong kecemasan, melainkan kecemasan!

Apa yang perlu hampa buat adalah menyalakan lampu kecemasan, pakai vest keselamatan dan laporkan masalah kepada pihak berkuasa. Selain dari tu, pemilik kereta harus berada dibelakang palang divider. Aku pernah sendiri lihat beberapa insiden kecemasan di Autobahn. Kebanyakkan daripada rakyat Jerman mematuhi undang – undang ni. 

3)  Jangan sesekali memotong di lorong kanan

4) Bagi lampu isyarat bila nak tukar lorong dan lampu tinggi jika nak drive laju tapi kereta depan bawa perlahan

5) Ikut had laju yang ditetapkan. Bukan semua tempat boleh memandu secara membabi buta tanpa had laju. Had laju yang disarankan adalah 130km/j dan kena ingat, had laju minimum adalah 60km/j

6) Jangan bawa kereta secara biadap, asyik tukar lorong dan macam macam lagi lah macam hampa memandu di Malaysia

Pengalaman kali pertama memandu ketika musim salji. Gambar ketika kesesakan teruk akibat kemalangan di Autobahn A96 menuju ke Munich, Bayern selatan Jerman – Disember 2012

Had laju paaaaaaling laju aku pernah bawa di Autobahn

Aku ni bukannya seorang pemandu laju pun. Kalau kat Malaysia, aku tak pernah nak memandu laju laju sangat, sebab aku ni jenis penakut sikit.

Menurut pengalaman aku, aku hanya pernah drive selaju 240km/j sahaja! Tak berani nak bawa laju sangat melainkan kereta yang hampa bawak tu memang betul betul laju. Masa aku bawa 240km/j tu pun habis laju sebab bawa BMW 5 series pada Disember 2012, BMW X1 pada Febuari tahun 2013 dan laju yang sama aku bawa pada April 2014, masa tu drive Mercedes-Benz A class.

Bayangkan masa hampa tengah speeding 240km/j, tiba tiba ada kereta yang meluru laju dari belakang dah angkat lampu minta beri laluan. What the tutttttt?

Kincir Angin. Antara permandangan yang boleh dilihat ketika memandu di Autobahn – May 2014 via iPhone 5
Deretan gunung cantik di negeri Bayren selatan Jerman – September 2012

Apa yang aku suka pasal Autobahn?

Dalam banyak – banyak lebuhraya yang aku pernah bawa, aku tak pun rasa Autobahn ni merupakan lebuhraya yang perfect. Sebab, banyak benda yang aku rasa Autobahn tak ada dan tak memenuhi citarasa aku.

1) Masuk jamban kena bayar

Walaupun semua orang tahu yang memandu Autobahn ni tak dikenakan sebarang tol, tapi hampa masih lagi kena bayar duit bila masuk ke tandas! Haha. Tak banyak tandas percuma di lebuhraya Autobahn, dan tak semua tandas percuma ni bersih! Aku rasa hampa paham apa yang aku maksudkan ye. Bila masuk ke tandas, kena bayar EUR0.50 dan kemudian dapat voucher untuk minum secawan kopi di mana mana R&R / Raststätte di Jerman.

2) Sistem lebuhraya yang sangat efficient

Apa yang aku suka pasal Autoban ni adalah sistem lebuhraya itu sendiri. Kebanyakkan lebuhraya yang aku lalui sangatlah mudah dan stratergik. Kalau hampa guna lebuhraya A1 nak ke tempat yang ditujui, selalunya lebuhraya lah yang sangat pantas dan memudahkan perjalanan hampa. Macam kat Malaysia ni kadang – kadang exit tu jauh sangat dengan tempat yang kita nak tujui. Apa – apa pun masih subject to tempat – tempat yang hampa nak pergi.

3) Parkplatz, Raststätte dan Rasthaus

Kalau dalam bahasa kita yang popular, kita panggil R&R. Nak dibandingkan resthouse atau service area typical eropah, Jerman ada R&R yang sangat cantik dan lengkap dengan pelbagai benda. Setiap kali aku memandu di Autobahn, aku pasti akan berhenti sekejap di mana – mana R&R yang ada untuk menikmati Bretzel dan secawan kopi panas. Ada diantara R&R menawarkan tempat menginap untuk pemandu yang letih memandu yang disebut “Rasthaus”.

Bukan semua tempat berhenti ada kemudahan, ada tempat hanya menawarkan tempat untuk berhenti – “Parkplatz”, ada tempat hanya ada tempat berhenti dan tandas dan “Raststätte” selalunya mempunyai cafe, perkhidmatan tambah nilai, bank dan pelbagai lagi seperti di Malaysia juga.

Untuk pengetahuan, pemandu trak dan lori yang melalui negara Jerman harus berhenti rehat setelah beberapa jam memandu. Ini adalah salah satu undang – undang yang ditetapkan dan jadi satu kesalahan kalau memandu tanpa rehat dan melebihi masa yang ditetapkan. So, R&R atau rasthaus menjadi tempat untuk pemandu lori berehat sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.

Permandangan cantik di Rasthaus A5 arah Bad Homburg – Febuari 2013 via iPhone 4
Saya di Rosengarten Parkplatz menghala ke Colonge – Febuari 2013 via iPhone 4

Pengalaman memandu 

Buat masa ni, aku pernah memandu di lebuhraya Autobahn di selatan Jerman melalui Munich, tengah Jerman dari Frankfurt dan Timur Jerman ke utara dari Berlin ke Hamburg.

Aku pernah buat satu Weekend tour yang merentasi 1569 km, bermula dari Melsungen  ke Berlin sejauh 403 km kemudian dari Berlin ke Hamburg sejauh 288 km, dari Hamburg ke Düsseldorf sejauh 417 km, Düsseldorf ke Dortmund je dekat sejauh 70km, lepastu dari Dortmund ke Koeln sejauh 100 km dan balik ke Melsungen mengambil jarak sejauh 291 km.

Ramai kawan kawan cakap aku gila sebab pusing sejauh 1569 km dalam masa dua hari, tak banyak tempat aku dapat explore cuma pergi ke tempat – tempat tumpuan orang ramai je dan agak rushing. Tapi, bagi aku tak la rasa rugi sebab dapat memandu di tempat – tempat yang aku nak sangat pergi sebelum ni. Hehe

Alhamdulillah, dah lebih dari 4 kali aku ke bumi Jerman tak pernah lagi la kena saman sebab aku sangat hati – hati bila dok kat sana. Bukan murah nak bayar saman kat sana, apa pun kena darab empat.

Screenshot dari Apple Maps, merancang perjalanan dari Hamburg ke Amsterdam. Oleh kerana jarak perjalanan yang jauh terpaksa batal dan hanya ke Dusseldorf  – Febuari 2013 via iPhone 4

Kesimpulannya, memandu di Jerman sangat best terutamanya di Autobahn yang jadi kenyataan. Tak salah kalau nak cuba memandu kat sana, cuma kena bawa lesen memandu Malaysia yang masih lagi sah, salinan lesen memandu antarabangsa tu satu bonus dan bawa duit sahaja.

Kalau pandai cari syarikat sewa kereta yang murah, boleh dapat sewa kereta pada kadar yang rendah dan boleh la cari pengalaman memandu disana. Untuk entri yang akan datang, aku akan kongsi pengalaman memandu di negara lain pulak ok!

Luthfi
06.07.2015

Leave a Reply