Pengalaman pertama kali bermain salji!

Hallo!

Dah lama rasanya tak kemas kini blog ni. Biasalah, bila masa sibuk mendatang blog pon terabai. Tapi bila dah senang tak pulak mau update blog! Haha Okey, aku nak tulis pasal pengalaman aku pertama kali bermain dengan salji pada trip ke Jerman pada dua minggu lepas. Sebenarnya, aku tak habis lagi tulis pasal trip pertama aku ke Jerman pada bulan September hari tu. Ni dah masuk trip yang kedua. Alhamdulillah, diberikan peluang untuk menjejeakkan kaki ke negeri orang yang tengah salji. Pada masa tu, suhu di selatan Jerman mencecah -10.

Aku ke selatan Jerman lagi untuk business trip. Trip pertama aku pada bulan September hari tu masa tengah musim Autumn, so keadaan disekeliling tempat kerja dan hotel sangat indah sebab semuanya hijau. Apabila dah masuk bulan Disember, keadaan disana dah bertukar wajah dari warna hijau dan biru ke putih!

Macam kapas

 

Pijak salji yang putih dan sejuk!

Semua benda disekeliling berwarna putih termasuk rumah, kereta, pokok, bukit dan yang paling besar impaknya ialah ladang gandum dan jagung yang berwarna emas tu jadi putih. Pokok pokok majoritinya dah banyak yang mati. Tinggal beberapa pokok yang boleh hidup diwaktu salji je yang masih bertahan dengan beberapa helai daun dan yang lain semua tinggal batang!

 

Last day here. Will check out

Kali ni, aku tinggal di pekan koboi yang bernama Bad Gronenbach. Sebuah pekan yang sangat kecil berdekatan dengan tempat kerja lebih kurang 5 minit menaiki kereta. Sebenarnya aku nak tinggal di bandar besar iaitu Kempten, 15minit memandu kereta tetapi atas recommendation daripada kawan kawan aku pun tak kisah dan setuju tinggal disana.

My car has been covered by Snow!

BMW 5 Series Limo

Sebenarnya, memandu diatas jalan yang diselaputi ais sangatlah bahaya! Tapi alhamdulillah kali ni aku memandu BMW 5 Series yang sangat stabil pengendaliannya. Dapat kereta hebat, drive atas ais pon macam gila lah! Kali ni, rekod memandu aku dapat dipecahkan lagi dengan pemanduan terlaju mencecah 230km/j! :P

Okeylah, ini saja yang dapat aku update.

Leave a Reply