Perjalanan kali ketiga ke Jerman!

Ucapkan bye bye sebelum masuk dalam perut kapal terbang!
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Dah lama rasanya aku tak update blog ni. Entry yang lepas pada bulan lepas, 12 haribulan Januari. Hehe nampak sangat aku sibuk dan pinggirkan blog ni. Walaubagaimanapun sekarang aku tetap nak update blog kesayangan aku nih. Berkaitan perjalanan kali ketiga aku ke bumi Jerman pada minggu lepas, 1 hb Febuari 2013. Alhamdulillah, dah tiga kali aku berpeluang ke negera Jerman, itu pun atas urusan kerja. Nak pergi pakai duit sendiri mungkin takkan sampai. Maklumlahkan, pendapatan tak mencukupi. Huhuhu.

Pertama kali di Lapangan Terbang Antarabangsa Frankfurt

Aku sampai di Lapangan Terbang Frankfurt (FRA) pada jam 6;30 pagi waktu German setelah melalui perjalanan suka duka selama 12 jam didalam perut kapal terbang Malaysia Airline (MAS). Ini merupakan kali pertama aku menaiki penerbangan terus dari Kuala Lumpur (KUL), sejak perjalanan pertama dan kedua dulu, aku menaiki pesawat Emirates, yang melalui Dubai, United Arab Emirates dan berpeluang transit selama beberapa jam di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai. Perjalanan enam jam transit di Dubai lebih menyeronokkan daripada 12 jam penerbangan terus. Azab!!

Bersama dengan Shahrin, travel partnet untuk kali ini

Perjalanan menaiki pesawat MAS agak menarik dengan diserikan oleh pramugari Melayu, Cina dan India yang sangat ramah. Tapi, kalau nak dibandingkan dengan pesawat Emirates yang turut jua mempunyai kepelbagaian kaum diatas kapal terbang, mereka jauh lebih muda dan lebih segar daripada peramugari MAS yang agak tua. (Sorry to say, its fact okey). Walaubagaimanapun, aku tetap suka MAS sebab makanan yang disajikan (2x semasa dalam perjalanan) sangat sedap dan menyelerakan. Maklumlahkan, tekak Melayu ni pergi mana mana sekali pun tetap nak makan makanan Melayu!

Makanan di dalam pesawat Mas

Sesampai je di Airport FRA, kami terus pergi ke Imigresen German. Soalan lazim yang ditanya ialah Buat apa datang ke Germany?, atas urusan apa datang sini?, Tinggal dimana?, dan lain lain lagi. Nasib baik la aku ni sangat comel dan mesra. So, selalu lepas dan tak banyak delay disitu. Heheh. Lepas ambil luggage, kami terus ke kaunter kereta sewa Sixt. Kali ni, aku diberikan BMW X1 Sport untuk tempoh masa seminggu.

Perjalanan kami ke tempat kerja yang mengambil masa selama sejam lebih dengan menggunakan BMW X1 sangat mengujakan! Yelah, ni kan kali pertama aku di Frankfurt, sebelum ni bawa kereta pada musim sejuk yang sangat stress tu!

Memandu ke Melsungen!

So, lepas je sejam lebih aku memandu di Autobahn A5 kam sampai di pekan kecil Melsungen yang mana terletak tempat HQ aku bekerja.

Kami menginap di Hotel Sonnenhof yang terletak di tengah pekan. Hmm, agak menarik hotel ni sebab kali ni aku minta duduk di hotel yang ada kemudahan memasak. Dah datang tempat orang ni, aku memang tak tau nak makan apa lagi selain daripada makan makanan sendiri kan?

Aku ada la bawak beberapa makanan yang rasa cukup untuk seminggu.

Sinki
Dapur untuk memasak

Dekat Jerman ni memang mudah untuk dapat hotel yang ada kemudahan memasak. Ermm tentang kebersihan bekas dan pekakas tu, aku tawakkal je la. Dah tak ada pilihan lain untuk guna, takkan nak beli barang pekakas baharu kot? Tak pasal – pasal nak beli lepastu nak bawak balik. Sorry lah!

Oklah, ni je la yang aku kongsi. Aku akan tulis lagi entry akan datang!

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge