Perjalanan ke Cinque Terre, Itali

image

Dua minggu lepas aku berkesempatan pergi ke tempat yang aku hajati selama ini iaitu Cinque Terre yang bermaksud lima tempat yang terletak di daerah Liguria, barat Milan dan berada di utrara Rom, Itali.

Perjalanan aku dari Milan menggunakan kereta dari Milan mengambil masa selama 3 jam. Alhamdulillah, aku sampai di Levanto, sebuah pekan yang dekat dengan Cinque Terre.

Untuk info, Cinque Terre dikenali sebagai “taman negara cinque terre” dan diiktiraf oleh UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia pad tahun 1997! Lima tanah yang dimaksudkan adalah bandar :

  1. Monterosso
  2. Vernazza
  3. Manarola
  4. Corniglia
  5. Riomaggiore

Salah satu cara untuk pergi ke bandar tersebut hanyalah menggunakan kereta api yang sangat selesa dan mudah untuk menghubungkan antara satu sama lain.

So, perjalanan aku kalini mengambil masa 5 minit pada setiap satu bandar. Okey, nanti aku share perjalanan setiap bandar yang aku telah pergi.

image
Screenshot dari Google Maps melalui phone perjalanan kami untuk hari ini

Aku mula memandu dari Milan pada jam 0530 pagi dan sampai ke Levanto, dareah Liguria. Perjalanan yang menggunakan lebuhraya ataupun dalam bahasa Itali Autostrada E33 dan E80 membawa aku ke kawasan tanah tinggi. Setelah bayar 20 EUR untuk tol, kami mula menuruni lereng bukit yang dipenuhi oleh hutan renek.

image
Aku, berlatarbelakangkan gunung ganang di R&R setelah sejam lebih memandu
image
Walaupun masih pagi tapi ramai jugak orang yang berhenti minum disini
image
Barisan kereta di Autogrill

Setiap kali aku memandu atas lebuh raya, aku betul betul excited dan enjoy tengok permandangan dikiri kanan sepanjang perjalanan. Maklumlahkan, permandangan lebuhraya Itali ni bukan macam lebuhraya PLUS kita, semuanya sawit saja. Sini ada macam macam permandangan yang mengasyikkan.

 

image
Tiket Tol semasa masuki
image
Mendekati Plaza Tol
image
Jumlah yang perlu dibayar

Keluar je dari tol, aku dan kawan ternampak ladang pokok pain. Apa lain, kami berhenti sekejap ambil gambar dengan pokok – pokok tu.

Sebenarnya, hutan dekat Itali ni tak tebal mana pun. Kalau ada pokok yang tinggi sekalipun masih boleh nampak dasar ataupun tanah dikawasan hutan tersebut. Nak dibandingkan dengan hutan hujan khatulistiwa Malaysia memang jauh berbeza!

image
Saya dan Sharon
image
Slow and steady. Enjoy driving
image
Permandangan turun bukit

Perjalanan turun dan naik lereng bukit ni diberikan oleh khidmat GPS yang dipasang dalam kereta Renault Megane yang aku pandu. Aku tak pasti berapa kapasiti enjin kereta ni, tapi yang pastinya enjin Diesel memang sedap. Pemanduan lancar dan sangat pick up. Kali ni memang sengaja aku request untuk pandu kereta Diesel pulak sebab selalu dok bawak kereta petrol.

Drive pada waktu pagi memang mengasyikkan. Dah la tak panas, tak rasa tekanan pulak tu sebab orang tak ramai. Syahdu!

Akhirnya, setelah hampir 30 minit memandu dari Plaza Tol tadi kami sampai di pekan kecil yang merupakan salah satu pintu masuk ke Taman Negara Cinque Terre ataupun dalam bahasa Itali ialah Parco Nazionale delle Cinque Terre.

image
Mercutanda di bulatan Levanto
image
Juga kawasan berbukit menuju ke Stesen Keretapi Levanto
image
Kereta kami di dalam kotak parking berwarna biru

Kebiasannya, di setiap stesen kereta api di Itali akan ada parking kereta percuma tapi dekat stesen kereta api ni aku gagal cari lot parking kereta percuma yang biasanya ditanda kotak berwarna putih, kotak yang berwarna biru bermaksud kotak parking kena bayar.

So, tak mau buang masa, mau tak mau aku terpaksa juga bayar sedikit duit parking untuk elakkan kena saman. Ntah lah sama ada kena saman ataupun tak, wallahualam. Tapi, so far memang tak ada pun dapat tiket apa apa.

Beli tiket masuk ke Cinque Terre

image
Kaunter tiket 
image
Peta 
image
Pintu keluar ke landasan kereta api 

Menurut info dari kawan kawan yang telah pun sampai ke Cinque Terre, depa banyak suggest kat aku untuk pergi menaiki kereta api kerana pengangkutan kereta api di Itali sangatlah mudah dan tepat pada masa. Oleh itu, kami buat keputusan untuk ke Cinque Terre menaiki kereta api Itali (Trenitalia) dengan membeli pakej satu hari 12EUR.

Dengan tiket sehari perjalanan di Cinque Terre, aku dapat menaiki kereta api tanpa limit, bas, dan pelbagai pengangkutan awam yang lain dengan hanya tunjuk tiket diatas kepada pemandu bas dll. Best kan? Selain itu, disertakan dengan peta perjalanan Cinque Terre dan jadual waktu perjalanan dari Levanto ke La Spezia, iaitu pekan yang terbesar selepas Cinque Terre.

image
Jadual perjalanan keretapi Levento – La Spezia
image
Keretapi Tren Italia di Stesen Keretapi Levanto

Perjalanan kami dari Levanto ke La Spezia menyusuri 5 tanah (ataupun bandar) hanya mengambil masa selama 20 minit. Rasanya kelajuan kereta api tu dalam 80km/j sahaja. Tapi rasa cepat dan laju.

La Spezia 

Kami ke La Spezia kerana ia merupakan destinasi terakhir. Kami kesana untuk makan tengah hari dan jalan jalan tengok bandar yang terbesar dikawasan tersebut.

3 jam berjalan jalan di bandar La Spezia yang biasa biasa sahaja. Bandar tipikal Itali yang mempunyai sebuah kem tentera laut sebab bandar ni terletak di pinggiran laut ataupun teluk. Suhu pada waktu tu rasanya tak berapa sejuk dan tak berapa panas. Masuk Autumn kan, so memang dingin saja dan tak perlu sangat baju yang tebal.

image
Bulatan di hadapan La Spezia Centrale
image
Permandangan perspektif di tengah bandar La Spezia
image
Statue di tengah jalan, bandar La Spezia

Kami ke Muzium Naval iaitu salah satu muzium tentera yang ada di La Spezia. Sebenarnya, kami ke sini hanya kebetulan selepas dah beberapa ratus ribu langkah kami berjalan jalan tanpa haluan kat sini. Hehe.

Dengan bayaran beberapa euro sahaja untuk tiket masuk. kami meneroka segenap penjuru muzium berkenaan. Aku memang suka sangat muzim, bila masuk je tengok rasa nak tengok dan baca semua benda yang ada dalam muzium. Memang teruja!

image
Pintu masuk Muzium Naval, La Spezia
image
Ada meriam!
image
Tugu peringatan perang

Masa kami sesat (aku suka guna takrifan sesat) dalam bandar La Spezia, kami terjumpa sebuah taman yang sangat cantik dipenuhi oleh pokok dan bunga. Ala, sekarang ni kan musim bunga. So, berkesempatanlah berjalan jalan sambil tengok bunga. Untuk pengetahuan hampa, musim bunga masih lagi sejuk iaitu temperature serendah 7 darjah selsius!

Oleh kerana aku keluar awal pagi, memang sangatlah segar untuk berjalan jalan disekitar bandar La Spezia, bandar terbesar yang paling dekat dengan Taman Nasional Cinque Terre atau dalam bahasa tempatan

image
image
image

Kami dekat sana tak lama, ada lah dalam 3 jam. So, selama 3 jam kami kat sana, kami dah puas jalan jalan pekan. Tak sabar rasanya nak pergi ambik angin kat tempat lain pulak.

Kami teruskan perjalanan berjalan kaki ke stesen kereta api La Spezia iaitu La Spezia Centrale dan terus menaiki train ke Riomaggiore.

Ke Riomaggiore

image
Peta perjalanan kami dari La Spezia ke Riomaggiore

Kalau ikut peta Google, perjalanan dari pekan besar La Spezia ke Riomaggiore mengambil masa selama 23 minit, tapi oleh kerana jalan mereka terletak dilereng bukit dan gunung, pelancong tak dinasihatkan untuk memandu. Baik naik pengangkutan awam sebab dah beli tiket one-day-trip untuk Taman Nasional Cinque Terre.

Kami sampai di Riomaggiore, setelah 10 minit menaiki kereta api dari La Spezia Centrale. Masa tu boleh tahan ramai jugak orang yang nak naik train. So, apa lagi, jenuh la bererbut..

Tanah Pertama – Riomaggiore

merupakan pekan yang pertama yang anda akan jumpa untuk ke Cinque Terre. Menurut wikipedia, Riomaggiore mempunyai lebih daripada 1,000 penduduk. Apa yang unik disini, kebanyakkan rumah dibina dilereng bukit dan gunung menghadap laut liguria yang mempunyai air biru pekat.

Permandangan kat sini memang best sebab lebar dan luas menghadap laut.

image
Riomaggiore!!
image
Permandangan menghadap laut
image
Turun kebawah untuk lihat apa yang menarik. Ambik gambar kat sini sebab view cantik

Tak puas sebenarnya ambik gambar dan jalan – jalan dekat sini sebab kebanyakkan tempat menarik dan permandangan menarik sangat tinggi dan memerlukan masa. Untuk kami yang dah buang masa beberapa jam kat La Spezia tu memang rasa sangat rugi sebab tak dapat enjoy lama. Takut tak sempat nak tengok permandangan dan tempat lain pulak.

Masih ada 3 tanah / bandar yang kami harus terokai. Tak cukup masa lah pulak!

Tanah kedua- Manarola

image
Bersama signboard Manarola di Stesen keretapi Manarola

Lepas je jalan dari Riomaggiore, kami terus naik train dan ke Manarola.Tak jauh, 5 minit je dengan train, kami terus keluar dari stesen keretapi ke bandar. Eh, bandar ke? Pekan kot, sebab kecik.

Sampai je Manarola, terus terpegun dengan kecantikkan pekan ni. Kenapa?

Sebab, kat sini pun bangunan rapat – rapat dan sangat tinggi. Ia lebih maju daripada Riomaggiore yang kebanyakkannya rumah orang dan nelayan. Dah la letih berjalan dekat Riomaggiore pun tak habis lagi, ni nak kena panjat pulak dekat Manarola. Tak tahu nak pi mana, kami pun hanya ikut orang berpusu – pusu keluar ke arah laut.

image
Sendat
image
Ghalit tengok family dok main main di kawasan ni

Keluar je daripada “hutan konkrit padat” ni, kami meluru ke tebing laut. Dah puas jalan dan kam paling ke belakang, terkejut lihat permandangan yang kami tengok daripada google kini berada didepan mata kami sendiri. Wah!

image
Gambar macam kat Poskad! Guna iphone 5 je

Subahanallah, cantiknya! Tak sangka manusia begitu cerdik pandai untuk bina rumah yang betul – betul dekat dengan cerun gunung ganang ni. Fuh, memang seriau habis. Apa la yang jadi kat depa kalau bangunan tu runtuh? Gempa bumi ke apa. Haih, macam macam benda yang bermain di fikiran aku.

image
Panorama view

Cantik, tapi orang ramai sangat sampai tak boleh nak duduk lama menghadap permandangan ni. Semua pakat nak ambil gambar kat sini. So, memang duduk kejap je dan kena gerak.

image
Gambar kenangan di Manarola

Ok, dah tak mau buang masa dekat sini. Nak kena terus ke bandar yang seterusnya iaitu Corniglia.

Tanah ketiga – Corniglia

Macam mana nak sebut nama tempat ni? Haaa, cara yang betul adalah “corn-ni-la”. Kami ambik kereta api dari Manarola ke Corniglia. Kali ni tak lima minit sebab jauh sikit perjalanan dari Manarola. Takpa, dalam train kami boleh rehat – rehat sekejap. Letih kaki dah dok jalan.

image
Muka letih
image
Cantik
image
Serius masa ni letih sangat. Ntah la kenapa tak senyum

Sampai je Corniglia, matahari dah hampir cenderung untuk terbenam. So, kalau nak ke pekan Corniglia jugak, kami kena naik dan panjat bukit sebab Corniglia ni dok kat hujung bukit. Takpala, tak kesah kalau tak pi sebab dah tak larat nak mendaki. So, kami ambik gambar dan duduk rehat di train station saja sambil tunggu train ke pekan seterusnya.

Tanah keempat – Vernazza

Pekan kecil yang memang bergantung kepada train untuk berhubung, Vernazza merupakan pekan untuk nelayan. Kat sini ada teluk yang sangat cantik menghadap laut.

image
Panorama view di Vernazza

Oleh kerana aku dah sampai pun senja, tak banyak tempat yang kami boleh pergi pun. Hanya tengok dikawasan sekeliling saja sambil ambik gambar.

Ramai sangat pelancong kat sini. Rasa macam dikelilingi oleh pelancong dan tak dapat nak hayati kehidupan orang asal kat sini. Nak buat macam mana, aku pun pelancong jugak. Hehe

image
Permandangan tipikal pekan itali
image
Saya di teluk vernazza
image
Terowong misteri

Kami secara tak sengaja terpergi satu terowong kecik yang mempunyai jalan ke laut. Di bahagian atas terowong tu ada binaan rumah yang dibina dekat dekat dan dibawahnya pulak ada rongga!

Wah, excited jugak nak tahu apa benda yang ada disebalik bukit tu.

image
Kagum!

Setelah tunggu matahari terbenam, kami pun ambik keputusan untuk ke pekan yang seterusnya iaitu Monterosso.

Tanah kelima – Monterosso al Mare 

Kami tak buang masa terus ambik train ke Monterosso. Kena cepat, sebab jam dah 7 lebih, tak mau sampai lambat nanti kena tinggal dengan last train lagi haru.

Di Monterosso, keadaan dah gelap. Tak dapat nak tengok kecerian orang ramai di pantai. Kat sini tak berapa menarik macam pekan yang lepas (yeke?) sebab dah mordern. Ada juga kawasan pekan lama yang jauh kedalam sikit.

Yang paling popular di sini adalah pantai yang landai menghadap laut. Air hijau. Perghhh tapi dah malam, mana nak nampak apa. Kan?

image
Pintu stesen keretapi
image
Bendera Itali di kaki lima pantai Monterosso
image
Pekan lama Monterosso

Kami cuba nak dapatkan makanan dan minum untuk lapik perut, tapi tengok keadaan pekan yang sunyi, tak berani pulak nak lepak minum. Tambahan pulak, masa dah lewat dan kami pun dah letih.

Kami buat keputusan untuk terus balik. Lepas kami ambik beberapa keping gambar sebagai kenang – kenangan, kami terus tunggu train berikutnya untuk balik ke Levanto.

image
Muka letih dalam kereta api. Rehat jap

Malam makin sejuk, sampai je di Levanto, kami terus ambik kereta dan drive balik ke Milan. Aku kena drive pada malam tu. Sambil drive, mengantok sangat. Tak tahan. Aku pun berhenti rehat di Autogrill, Autostrada. Tak boleh nak memandu masa mengantuk sebab ubat dia tidur je.

Masa ni, untuk pertama kali aku experience perubahan masa iaitu Daylight saving Time, iaitu masa dipercepatkan sebanyak sejam pada jam 2 pagi. Aku rugi sejam. Sampai je di R&R tu jam 3 pagi tapi sebenarnya dah jadi jam 4 pagi.

Tips untuk ke Cinque Terre, Itali

So, inilah ringkasan daripada perjalanan seharian aku di Cinque Terre. Siapa yang nak pergi ke Cinque Terre ni, aku nasihatkan seperti dibawah :

1. Kena pakai kasut untuk jalan. Jangan guna kasut tinggi sebab hampa akan jalan banyak.

2. Bawa air secukupnya sebab peluh dan perlukan banyak air.

3. Rancang perjalanan dan buat kerja rumah untuk ke tempat yang menarik tanpa buang masa nganga sana sini.

4. Kalau naik train, pastikan on time takut tertinggal train nanti susah nak balik sebab main transportation dia hanya kereta api.

5. Kalau ada masa dan bajet lebih, tidur la di salah satu pekan di 5 tanah. Untung kalau boleh tengok suasana pagi dan kehidupan orang tempatan. Menarik!

6. Jangan bawak beg yang berat ataupun carry barang barang lain. Menyusahkan

7. Bawa bateri dan kamera yang comel, untuk ambik permandangan cantik dan unik kat sini

Leave a Reply