Perjalanan Penang-KL-JB sejauh 1,600km!

Dua tiga bulan lepas dok mengadu otak dah tepu. Katanya dah tak boleh duduk diam sebab dah lama tak bercuti. Masa cuti raya cina baru ni aku tak kemana pun, masa dihabiskan untuk kerja, kerja dan kerja.

Lepas pada tu, aku dan wife dok plan nak bercuti dekat mana. Kira dan plan, maka jadi la percutian kami di Kuala Lumpur dan Johor Bharu. Percutian kami hanya 4 hari 3 malam yang sangat memberi 1001 makna dalam hidup kami. 

Percutian pertama bersama Muhammad Rizqi 

Ya, ini merupakan percutian pertama kami dengan anak yang telah berusia 6 bulan. Kalau dulu kami selalu jalan – jalan berdua, tapi kali ni dah bertiga! Alhamdulillah, Rizqi memang seorang anak yang baik. Dalam sepanjang perjalanan didalam kereta, dia tak buat hal pun. Hanya banyak tidur, minum susu, main dan sangat sporting. Kalau macam ni boleh la Abah bawak Rizqi jalan – jalan lagi ya!

Ronda – ronda Kuala Lumpur 

Sebenarnya, tak ada pun tujuan kami nak jalan jalan di KL. Perjalanan kali ni tak lah rushing nak kesana dan kemari. Banyak masa kami habiskan didalam tempat tertutup sebab takmau nak dedahkan anak dengan masyarakat di luar sana sebab banyak dah kes terjadi, terutamanya dekat kawasan tumpuan ramai.

Sebelum sampai bandar Kuala Lumpur tu, kami singgah dulu di IKEA Damansara. Alasan? Sebab nak makan meatball dan nak beli barang sikit. Kalau ada IKEA dekat Pulau Pinang, tak payahlah nak drive 300km ke selatan untuk makan meatball. Takpalah, bukan selalu kan? Kali terakhir kami di Kuala Lumpur adalah pada 2 tahun lepas. Dah lama tak mai KL!

Kesian sebenarnya dekat budak kecik ni. Dia teringin nak makan tapi nak buat macam mana, bila suap je bukannya nak makan sangat pun!

Lepas je makan, kami terus ke hotel untuk rehat. Dah lama tak jalan jauh, tambahan sekarang ni keadaan badan dan mata rasanya tak macam 3-4 tahun lepas. Dulu boleh je drive jauh – jauh. Tapi sekarang ni rasa macam tak boleh sangat. Faktor umur kot. Dah makin tua! 😝

Kami tinggal di WP Hotel, yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman yang hanya beberapa tapak je dengan stesen LRT. Kami purposely cari hotel yang ada kolam renang, dan kebetulan pula WP Hotel ni tawarkan kolam renang yany berada di rooftop hotel dan yang paling best, ia menghadap bandaraya Kuala Lumpur, bangunan ikonik KLCC dan KL tower! Cantik!

Kolam renang dibuka bermula jam 10 pagi dan ditutup pada jam 10 malam. So sesiapa yang nak pergi mandi tu boleh la pilih nak tengok permandangan KL siang atau malam. Memang menarik.

Dekat atas ni ada kerusi boleh lepak santai sambil pesan air dekat mini bar
Permandangan dari atas bumbung menghadap KLCC dan Menara Kuala Lumpur
Rizqi dan ibu tak sabar nak mandi kolam sebenarnya!

Ini merupakan kali pertama aku bawak Rizqi main air kolam. Pada umur 6 bulan, aku rasa Rizqi dah cukup besar untuk tau apa tu air dan rasa seronok bila main air. Dengan kedalaman kolam yang munasabah, aku rasa tak berapa risau untuk bawak anak main air. Cuma, kena pegang betul betul takut terlepas dalam air.

Pada permulaannya Rizqi nampak risau dan nak menangis tapi  tak sampai 5 minit selepas tu dia mula seronok dan senyum! Kalau macam ni boleh la bawak lagi!

Muka cuak sebab takut air!
Tengok tu, dalam air pun masih lagi nak makan tangan!
Selfie sekeluarga! Rizqi je takmau tengok kamera

Berkenaan dengan bilik, dengan harga bawah RM200, bilik di WP Hotel ni sangat baik. Cuma, kami tak dapat katil besar sebab masa tu hanya dua katil bujang je yang ada. Tapi takpalah. Tak kesah pun.

Esok hari, kami ke KLCC dan berjalan – jalan disekitar KLCC. Niat dihati nak masuk dalam Akuaria KLCC, itu lah ini lah tapi sebenarnya nak kena chow cepat sebab nak bertolak ke Johor Bharu pulak. Kalau lambat gerak, maka lambat lah sampai.

Pertama kaki menjejakkan kaki di JB

Seingat aku, 6 tahun lepas aku hanya ke Batu Pahat semperna kenduri perkahwinan kawan sekelas masa belajar di Politeknik dulu. Itulah kali pertama dan terakhir aku ke Johor. Boleh dikatakan kali pertama lah ke Johor dengan isteri dan anak. Perjalanan kami dari KL ke JB mengambil masa lebih kurang hampir 4 jam menggunakan Lebuhraya Utata Selatan (PLUS) dari Plaza Tol Sungai Besi dan keluar di Plaza Tol Sekudai.

 

Masa masuk je bumi Johor, tengah drive, tiba – tiba je hujan turun dengan lebatnya! Amboih, macam mengalu-alukan kedatangan aku dan keluarga. Haha! Takpalah, slow slow aku drive sampai JB. Alhamdulillah, lebih kurang jam 6 petang kami selamat sampai di JB dan menginap di Straits View Hotel.

Sebelum sampai hotel, rupanya on the way ke hotel tu memang dekat dengan Istana Bukit Serene yakni istana Sultan Johor yang terkenal dengan pintu gerbang besar dan mahkota Sultan Johor yang besar tu. Apa lagi, kami berhenti turun untuk jalan- jalan disekitar pintu gerbang tu dan ambil gambar kenang kenangan.

Sebenarnya, aku dah cancel booking untuk stay dekat Straits View Hotel ni seminggu lebih sebelum bercuti. Yelah, tiba tiba Rizqi demam dan terus naik ruam satu badan. Aku rasa macam tak jadi je nak pergi bercuti, tapi alhamdulillah anak dah makin sihat dan ruam pun dah hilang, bincang dengan wife kami teruskan juga plan bercuti 😇

Permandangan dari bilik menghadap Selat

Nasib baik ada kosong lagi di Straits View Hotel ni, masa dekat KL haritu sempat book dan dapat harga yang jauh lebih murah dari booking haritu. So, rezekilah kan? Permandangan bilik  hotel ni sangat cantik menghadap Singapura. Bilik pun besar. Memang selesa.

Malam pertama kami di JB, kami hanya makan disekitar hotel. Terjumpa sebuah kompleks makanan yang bernama Astaka Tepian Teberau. Orang ramai. Kami confused nak makan dekat gerai yang mana satu. So, last sekali kami makan di gerai “abang payung”.

Wife minta Nasi putih dengan sup tulang. Aku pesan Nasi goreng ikan masin. Lepas 30mins, baru sampai nasi dan sup dan tunggu lagi 15mins nasi aku tak sampai – sampai. Memang panas hati. Dahla dari jauh mai nak makan, lapar, terkena pulak dengan peniaga macam ni. Haih! Last sekali cancel order dan hanya makan nasi putih dengan sup tulang. Tu pun sup tulang rasa cair dan betul betul bagi tulang tanpa isi!

Sumpah menyesal dan buang duit makan kat situ. Buat tambah dosa aku je mengata kat orang. Aku nak nasihatkan kat peniaga tu, jangan la meniaga. Berhentilah berniaga dan jangan aniya orang lain. Kesian la dekat orang ramai yang nak makan tapi terkena dengan kualiti makanan hang yang hancur, servis yang lembab dan juga ketidakcekapan pengendalian makanan kepada pelanggan. Overall dari 5 aku bagi 0. Memang hancus!

Ingat nak ronda malam dekat JB, tapi oleh disebabkan anak kecil lagi, aku taknak cari pasal. Kami hanya duduk lepak di dalam bilik dan sekitar hotel. Keesokkan hari, kami turun makan sarapan pagi yang ditawarkan sekali dengan harga bilik. Ingat kan ok breakfast kat situ, rupanya tempat makan dia teruk dan makanan yang dia sediakan ser sangat!

Minum pagi – teh halia tarik dan kopi O

Kami terus keluar cari makanan di pekan lama JB. Sempat ronda ronda pekan JB untuk tengok apa yang ada. Menarik juga pekan lama JB. Balik hotel, kami terus bersiap dan checked out untuk ke destinasi seterusnya iaitu Desaru!

Desaru, jauh tapi berbaloi

Sebenarnya, Desaru bukannya dalam plan aku untuk percutian kali ni. Tapi bila dah alang alang sampai di negeri selatan semenanjung ni, apa lagi mesti nak tengok keadaan laut dan pantai dekat sini, lalu aku buat keputusan untuk ke Desaru yang mengambil masa hampir 2 jam memandu dari JB.

Sebelum ke Desaru, kami sempat singgah makan dan jalan – jalan di AEON Teberau City untuk tengok apa yang ada. Datang jauh jauh mai masuk mall! Apa daaa! Tapi, kami bukan pergi situ saja saja. Sebenarnya nak beli pelampung untuk Rizqi mandi di kolam renang masa dekat Desaru nanti. Then, kami beli pelampung untuk Rizqi di Toys-R-Us. Ibu Rizqi pun kalut nak pelampung jugak 😂

Kami menggunakan lebuhraya JB-Desaru. Pertama kali guna jalan berbayar di JB. Cantik dan besar lebuhraya ni. Tapi, sampai je dekat kilometer berapa ntah daripada 4 lorong terus jadi dua lorong sehinggalah ke Plaza Tol Penawar. Phewww!

Apa yang mengagumkan ketika memandu di Lebuhraya JB-Desaru ni adalah jambatan besar yang merentas Sungai Johor! Besar betul sungai dan rekaan jambatan tu memang menarik. Hebat! Terus teringat dekat rekaan jambatan Pulau Pinang.

Lebih kurang jam 3 lebih kami sampai dan mendaftar masuk ke hotel yang kami tempah last minit iaitu Desaru Tunamaya Hotel! Terima kasih TripAdvisor sebab bagi recommendation tapi aku buat booking terus ke hotel sebab beza harga banyak. Hehehe. Cerita pasal Desaru Tunamaya lebih detail akan aku tulis di entry berikutnya.

Malam tu, kami bertolak ke Pengerang untuk makan malam. Search punya search, dapat jugak jumpak kedai makan sempoi iaitu di Sungai Rengit. Hmm, puas makan! Jauh la jugak perjalanan nak ke sana dari Desaru, iaitu 30 minit tapi rasanya macam 3 jam. Sebab, perjalanan pergi balik kat sana teruk, dengan jalan yang berlubang dan dalam construction. Hmm, tak pergi sana dah kot. Takut.

Singgah KL makan meatball lagi!

Wife cakap tak puas makan meatball. So, lepas je check out dari hotel lebih kurang jam 10 pagi kami terus gerak balik ke KL. Kali ni, masuk je Plaza Tol Penawar terus menyusur diatas Leburaya Senai – Desaru (E22), kami terus menggunakan exit Plaza Tol Senai menghubungkan ke Lebuhraya Utara-Selatan! Lebih kurang 390 km selama hampir 4 jam, kami sampai je KL dan terus ke IKEA baharu di Cheras.

Sampai je IKEA Cheras, nampaknya bangunan IKEA ni bangunan baharu yang menghubungkan dengan pusat beli belah besar MyTown. Tempat dia tak la susah sangat nak cari dan strategik jugak. Keluar je dari lebuhraya boleh sampai terus ke IKEA. Nampak dah signboard besar IKEA kat situ.

Perjalanan balik Utara

Bila dah berjalan jauh dan fikir balik esok nak kena kerja, hmm terpaksalah bawak kereta dengan cermat dan cepat. Perjalanan balik memang cepat berbanding masa perjalan pergi haritu, biasalah adat dalam berjalan – jalan. Cuma kali ni aku dapat rasa perubahan diri aku, tak berapa larat nak bawa kereta sejauh 2-3 tahun lepas. Bawa 12 jam non-stop pun tak ada masalah.

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge