Pertama kali di Itali selama sebulan

Alhamdulillah, tak sangka aku diberi peluang dan rezeki datang bergolek sebab bulan lepas aku berada di Itali selama sebulan. Ini merupakan kali pertama aku menjejakkan kaki di Itali setelah ke Jerman pada Febuari lepas dan dua kali pada hujung tahun lepas. Eropah bukan satu tempat baharu bagi aku dan untuk ke Itali, aku amat teruja untuk ke negara yang sangat terkenal dan paling 0rang nak pergi.

Untuk kali ini, oleh disebabkan aku pergi agak lama iaitu sebulan (berbanding dengan beberapa misi kerja yang sebelum ni selalunya seminggu je), aku bawak mak dan ayah untuk teman aku sebelum berangkat naik di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PEN). Hmm, terusik hati bila tengok mak dan ayah teman dekat airport. Rasa sayu je nak tinggal depa. Lepas ni boleh contact melalui phone saja lah.

Dekat Penang airport. Dah selesai check-in dan tengah tunggu turn boarding

Mission possible

Aku mengambil flight dari Penang ke Singapore untuk transit beberapa jam dan terus ke Malpensa Airport, Milan. Flight ke Milan adalah pada tengah malam. So, tak nampak apa – apa lah sebab semuanya gelap. Malam kan! Ini pengalaman pertama aku menaiki penerbangan Singapore Airline (SQ) yang sebelum ni hanya dengar je SQ ni bagus, perkhidmatan tip top dan sebagainya. Nak tau pengalaman pertama aku menaiki SQ dan review, boleh la klik sini.

On top of that, ini merupakan misi pertama aku seorang -seorang je ke Itali. Dah la pertama kali ke sana, lepastu lama pulak tu dan lagi lagi adalah seorang seorang! huh! Tapi aku tak kesah, sebab aku ni jenis on je untuk semua benda ni. Tak ada masalah.

Sebab ni la aku panggil ia Mission Possible, sebab aku tau aku boleh buat. Haha

Lepak di pintu boarding B4

Transit di Changi Airport 

Ini pun kali pertama aku jejakkan kaki di Singapura. Kira dah transit kat airport ni, bermakna aku dah sampai Singapore la kan? Aci tak macam tu? Lepas je flight Silk Air mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi, keluar je dari perut kapal dan masuk kedalam terminal, aku rasa wow bila tengok keadaan sekeliling. Cantik.

Changi Airport Terminal 3 lagi nampak modern dan menarik berbanding KLIA kita. KLIA nampak macam design lama dan mungkin sebab besar daripada Changi, KLIA nampak agak “kosong” tapi apa yang aku tengok di Changi Aiport adalah berbeza dengan KLIA.

Orang ramai, bersesak – sesak kesana kemari, dengan kedai yang menjual pelbagai barangan. Tak lupa jugak, untuk sesiapa yang transit di Changi Airport, aku dapat voucher SGD 20 untuk beli belah didalam airport. Hah! Tak ke buta je dapat duit free.

Yang menarik, di T3 ni ada pelbagai kemudahan untuk semua. Akses Wifi dah la free, boleh connect dengan telefon masing – masing tanpa had ataupun boleh guna PC yang ada di tempat yang disediakan. Aku boarding di pintu B4, oleh kerana aku tak biasa dengan keadaan sekeliling, aku hanya lepak di kedai berhampiran dengan boarding gate tu.

Tengah tunggu ambik bag. Lambat jugak sebab banyak flight yang sampai sekali gus

Ciao Aeporto di Milano Malpensa!

Alhamdulillah, direct flight dari Singapore ke Milan selama 12 jam sangat smooth dan menarik. Oleh kerana ini bukanlah kali pertama aku dok dalam perut kapal terbang selama 12 jam, aku dah biasa dengan bosannya dok ditempat yang sama selama 12 jam. Boring pun boring lah, janji aku tak payah nak buang masa transit 3-4 jam di airport untuk tunggu flight seterusnya.

Milano Malpensa merupakan airport yang besar jugak. Turun je dari flight B777, aku terus cari area Passport control untuk cop keluar dan ambil beg. Macam biasalah, 777 ada ramai penumpang yang mana menyebabkan kawasan Passport Control tu jadi sesak. Tambahan pulak, ada lagi flight lain yang sampai pada waktu tu. Jem!

Di lorong untuk semua passport yang perlu disahkan, diperiksa dan boleh masuk dalam Italiiiiii

Masa cop passport, pegawai yang ada di kaunter tu tak cakap banyak. Biasalah, kalau muka asia ni depa akan pandang atas bawah, tak senyum tak apa dan terus bagi balik passport. Aku ucap terima kasih dan terus melulu ke kawasan pungutan beg.

Nak dijadikan cerita, lepas je aku ambil beg di kawasan menuggu tiba – tiba aku disapa oleh seorang pegawai keselamatan (ataupun pegawai imigresen) untuk ke dalam pejabat. Aku dengan cuaknya terus bertanya sebab apa dan untuk apa dan dia dok jawap “Jangan risau, jangan risau. Ini adalah prosedur biasa. Passport control”.

Aku mula berpeluh. Nak buat macam mana, takkanlah nak lari. Aku terus dengan berani masuk kedalam pejabat dan pegawai tu duduk didepan aku. Aku pegang beg aku bersama – sama sambil ditanya beberapa soalan. Aku ditanya akan tujuan kesini, berapa lama, tiket pergi balik, hotel dan lain lain. Semuanya beres dan lancar sekali. Tapi, bila tiba bab duit aku terkedu.

“Sir, how much do you bring” dan aku mula diam. Aku tanya apa tujuan dia tanya aku macam tu dan dia terus berkata lagi “Don’t worry Sir. Its normal. Passport control” dan aku malas nak cakap apa – apa lagi terus bagitau yang aku bawak duit sebanyak 2,000 Euro. Aku ingat pertanyaan tu berakhir disitu, dia tanya lagi duit kat mana dan minta tujukkan. Dahhhh apa pulak dahhhh! Malas nak sembang banyak, aku terus keluarkan duit aku sebanyak EUR 2,000 dan letakkan diatas meja. Dia tengok, ambil dan kira lalu bawak duit aku dengan dua belah tangan dia ke sebuah bilik. Lepas 5 minit, dia balik ke meja aku dan bawa sekeping borang untuk aku sign.

Dekat sini la aku kena soal siasat. Tak puas hati, aku ambik gambar tempat ni sekali dengan mamat tu. Gambar pun blur blur

Aku tanya dia lagi, kenapa aku kena macam ni? Dia cakap, ni semua prosedur biasa yang dikenakan terhadap sesiapa yang dia rasa nak tanya dan temuduga. Nasib la aku dah siapkan semua dokumen penting, kalau tidak mesti kena macam macam dah. Phewww. Lepas je keluar dari pejabat tu, aku terus cepat – cepat keluar ke ruang ketibaan dan disambut oleh driver untuk bawak ke hotel. Geram pulak rasanya, buang masa dan aku rasa macam buat salah je tapi semuanya takdak apa pun. Hahaha! Nasib lah! Dah la first time sampai Italy, tut tut kena cek macam pesalah. Haha!

Masalah bahasa

Umum kalau kita pi je negara eropah, masalah bahasa adalah masalah utama. Dengan pertama kali dengar orang Itali cakap di lapangan terbang membuatkan aku teruja. Aku memang suka belajar bahasa dan teroka bahasa baharu. Nasib baik aku dah biasa dengan bahasa Itali masa sembang dan kerja dengan rakan – rakan sekerja yang mai Penang. So dah tak kekok dengan basa tu. Cuma cabarannya adalah macam mana nak bergaul dengan masyarakat sana?

Apa yang aku buat adalah beli sim kad tempatan dan langgan internet. Dengan adanya internet, aku gunakan Google Translate untuk terjemah segala perkataan yang aku tak tahu tu dan cakap dengan depa berdasarkan apa yang aku terjemahkan tu. Walaubagaimanapun, memang mencabar sebab cara kita baca dan sebut perkataan Itali tu tak sama. Hahaha

Bahasa Itali adalah bahasa rasmi negara Itali (of kos lah kan) dalam masa yang sama, ada beberapa perbezaan slang yang dituturkan oleh penduduk Itali di beberapa bahagian. Orang bahagian utara cakap slang lain, bahagian selatan lain dan tengah lain. Ala, macam dekat Malaysia la kita cakap loghat utara, loghat selatan, loghat timur dan sabah sarawak. Macam tu la keadaan di Itali.

Tapi loghat dan slang Itali yang aku suka adalah slang orang Parma. Sedap depa cakap macam lagu.

Di perhentian rehat dari Pisa ke Rom. Berhenti sat tengok permandangan ladang bunga matahari yang besar dan luas!

Musim panas di Itali

Ini merupakan kali pertama aku merasa summer iaitu musim panas di Eropah. Sejak beberapa trip yang lepas, aku dah dapat rasa Fall iaitu musim luruh masa pertama kali pi Jerman, kemudian musim sejuk di Jerman jugak dan yang ketiga musim bunga juga di Jerman. Dan kali ni lengkap la pengalaman aku untuk negara 4 musim.

Masa perjalan aku ke Florence & Rome, aku terkandas di atas lebuhraya Autostrada pada jam 6-7 petang sebab jalan jem. Seriously, masa tu jem sangat sampai semua kenderaan berhenti diatas lebuhraya sampai 5-10 minit. Lepas dah dok melengung dalam kereta, aku baru teringat yang aku sekarang ni ada pada musim panas. Semua orang nak keluar jalan – jalan dan sekolah pun cuti panjang.

Apa yang ketara pada musim panas adalah hari yang panjang. Matahari terbit pada jam 530 pagi dan terbenam pada jam 9 malam. Pheww, satu hari matahari bersinar selama 15 jam. Apa yang menarik, cuaca yang cantik dan tenang. Tak ada sangat awan dan langit sentiasa kosong dan biru. Ni rupanya langit pada musim panas.

Pada musim panas, banyak sangat aktiviti yang orang tempatan buat. Apa yang aku perhatikan, seawal jam 6 pagi dah panas terik macam pukul 8, so masa tu ramai lah yang dok berjogging dan bersenam. Pada petang pulak, lepas kerja je mesti tengok orang ramai dok berlari sana sini, berbasikal dan dekat pusat bandar pun ramai orang lepak – lepak.

Suhu yang paling panas aku pernah rasa pada waktu panas di Itali adalah setinggi 40 deg.C. Memang panas tapi tak seterik kita di Malaysia. Hehe

Kali pertama berpuasa di luar negara

Dah la aku fly ke sana lagi 2 minggu nak puasa. So, memang la mencabar bila aku siap beli barang makan untuk dimasak ketika bulan puasa. Tak mau tulis banyak – banyak, baca entry ni.

Bersama dengan Fiat 500 yang berjasa membawa aku merata – rata di Itali

Memandu di Itali sejauh lebih 3,000 km!

Ini kali pertama aku memandu kereta di belah kiri menggunakan kereta manual transmission. Hmm, mencabar jugak rupanya bila memandu dengan kereta manual sebab aku dah terbiasa bawak kereta auto kan. Cuba bayangkan gear ada di belah kanan, selalunya kita tukar gear di belah kiri. Hahaha

Aku diberi sebuah kereta sewa yang didaftarkan diatas nama aku, kereta Fiat 500. Kecil dan comel. Nasib baik depa bagi kereta kecil sebab lepas beberapa minggu aku disana, aku baru sedar yang keadaan suasana jalanraya di Itali memang kecil dan sempit. Memang tak berapa best kalau bawa kenderaan besar sebab kena lebih berhati – hati.

Untuk rekod, sepanjang aku di Itali, aku memandu lebih dari 3,000 km. Pertama, long distance driving aku dari Milan ke Rome sejauh 590 km (1200 km pergi – balik), kemudiannya ke Milan, Pisa dan ke Rome sekali lagi dengan kawan kawan sejauh 1200 km, Paris melalui Zurich sejauh 2000 km dan beberapa lagi perjalanan dekat yang kerap contohnya aku drive ke Milan, Bergamo, Brescia, dan Garda. Hehe

Entahla aku tak ambil pulak bacaan kilometer di dashboard kereta. Kat situ boleh la tengok berapa kilometer yang aku dah pandu selama sebulan di Itali. Kawan – kawan tempatan kata aku gila sebab pergi balik ke Paris pada waktu hujung minggu dan memandu sorang – sorang ke Rome.

Aku syukur sebab dapat memandu di serata Itali sebab pemanduan di Itali sangatlah ohsem, bukannya kecantikan autostrada, dapat tengok macam – macam disepanjang jalanraya tak kira la di pekan, bandar mahupun di kawasan pertanian.

Aku dan Alberto makan Gelato

Makanan yang menarik

Perjalanan hidup aku selama sebulan sangat – sangat mengajar aku apa dia makanan Itali. Selalunya kita tengok di TV tentang keunikan dan kesedapan makanan Itali. Berbanding perjalanan aku di Jerman yang lalu, aku tengok makanan Itali ni lebih menerujakan sebab aku boleh makan! Haha

Sejujurnya, aku ada bawa bekalan makanan yang banyak dari Malaysia sebab aku nak masak dan “mungkin tak lalu dan tak boleh makan” makanan Itali tapi semua tu tak habis pun sebab aku banyak habiskan masa dan tenaga makan di luar.

Aku ada tulis beberapa perkara tentang makanan Itali disini. Hampa boleh la klik dan baca.

Koleksi baju – baju Hard Rock Cafe baharu aku, Venice 13 Julai, Rome 14 June, Florence 6 Julai dan Paris. Berlin dan Dubai tu hat lama

Koleksi baju Hard Rock Cafe

Setelah sebulan lebih aku di Itali, aku berjaya mengumpul beberapa baju Hard Rock Cafe seperti yang berikut :

  1. Hard Rock Cafe Venice – EUR 23
  2. Hard Rock Cafe Florence – EUR 23
  3. Hard Rock Cafe Rome – EUR 23
  4. Hard Rock Cafe Paris – EUR 23

Fuh, nak dekat EUR 100 aku habiskan untuk beli baju HRC ni. Takpala, sebab nak buat koleksi dan simpan kenangan, aku sanggup keluar duit untuk baju – baju ni. Baju yang aku beli semuanya warna putih yang ada lukisan di belakang. Setiap lukisan bertemakan tempatan. Cantik.

Selain daripada makan dan berjalan – jalan, baju ni jadi tanda yang aku dah sampai ke tempat yang aku pergi. Setiap helai baju ada jalan ceritanya. Hehe



Di Milan Airport, perjalanan balik Penang setelah puas berjalan di Itali

Permulaan yang huru – hara dan berakhir dengan kenangan manis

Tak semestinya permulaan yang spoil tu berakhir dengan spoil jugak kan! Aku tak rasa dengan “tertangkapnya” aku di lapangan terbang, semuanya akan jadi teruk. Tapi, dengan semangat dan fikiran positif aku dapat mengananginya.

35 hari, 840 jam dan 3,024,000 saat berada di bumi itali. Setiap detik hidup aku di tanah dan bumi Itali aku enjoy dan biarlah ia jadi satu kenangan manis aku sepanjang hayat.

Perjalanan balik aku ditemani oleh kawan, tak lah sunyi macam pergi haritu. Sekurang – kurangnya aku ada peneman untuk cakap dan bergurau. Tak la bosan kan?

Sampai je kat Airport, terus ambil gambar. Hmm, bila lagi la boleh pi lama – lama macam ni?
Dah selesai check in bag di kaunter Singapore Airlines
Tiket balik

Sekurang – kurangnya, ada lah cerita yang aku boleh kongsi dengan anak dan cucu aku nanti 🙂

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge