Pertama kali naik kapal terbang PEN KUL DXB MUN!

@ Dubai International Airport

Salam,

Sebagai salah satu entry yang dijanjikan, rentetan daripada entry kick off, aku nak share pengalaman pertama aku menaiki pesawat yang boleh terbang yakni kapal terbang semasa trip ke Germany dua minggu lepas. Oleh kerana aku bukannya datang daripada keluarga yang berkemampuan nak bawak anak anak naik kapal terbang, alhamdulillah dapat juga aku menaiki kapal terbang pada usia 23 tahun. Bagi aku, usia 23 tahun tak la begitu tua kalau nak dibandingkan orang lain yang dah masuk 3 siri ataupun 4 siri baru nak naik kapal terbang, yekan? apa apa pun, alhamdulillah syukur.

Aku bertolak pada jam 945 malam di Penang International Airport (PEN), Jumaat 21hb September lepas. Pada hari tu aku ambil cuti oleh kerana banyak lagi barang barang keperluan yang tak siap lagi macam baju sejuk, baju nak pakai, makanan, duit pun tak tukar lagi dan macam macam lagi. Aku parking kereta kat company pada petang Jumaat dan kawan tolong bawakan ke lapangan terbang. Oleh kerana aku tak pernah naik kapal terbang, aku pun tak tahu apa yang perlu dilakukan masa nak check in diri dan beg.

So, bila dah check in beg terus ke ruang legar airport Penang. Buat masa ni airport penang masih dalam renovation. Memang sempit. Aku checked in dua jam awal. so tak ada masalah. Luggage akan terus sampai ke Munich Airport, Germany tapi aku akan ke Kuala Lumpur International Airport (KLIA) dan Dubai Airport (DXB) sebelum sampai ke Munich Airport (MUN).

me and her. from dubai to munich

Alhamdulillah, perjalanan pertama dari PEN ke KLIA sangat lancar. Aku berlepas dari PEN pada waktu malam, so tak la rasa takut sangat sebab bila tengok tingkap kecil kapal terbang, semuanya gelap. hanya nampak lampu jambatan Pulau Pinang, bandaraya Ipoh dan lain lain lagi. Masa yang takut sekali apabila kapal terbang merempuh awan! Serammmm! Tapi, masih lagi rasa okey. Hehe

Dari KLIA, perasaan excited sangat nak transit ke DXB. So, dalam kapalterbang agak kagum dengan A380 Emirates yang sangat besar dan luas! Perasaan berbeza dengan MAS domestic flight yang kecil dan mudah bergoyang. Hehe

6 jam perjalanan dari DXB ke MUN sangat lancar. Ditemani oleh kamera pelbagai pandangan dari bawah kapal terbang, depan muncung kapal terbang dan atas ekor kapal terbang yang smart!

actually i wanna to focus on emirates stewardess

Total perjalanan, 22 jam termasuk masa transit aku sampai di MUN pada jam 130 tengah hari, 22 September. Perasaan lagi bertambah excited sebab dah sampai Germany. Lepas je cek imigresen Germany, terus ke kaunter luggage untuk amek beg. Yuhuuuuuu sampai Germany dahhh!

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge