PM Trudeau : Kanada sedia terima imigran, masyarakat Islam

image

Luthfi Suib

OTTAWA – Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau kelmarin mengalu-alukan kedatangan imigran ke negaranya melalui mesej di akaun Twitternya.

Trudeau membuat pengumuman itu selepas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mengarahkan larangan kemasukan sementara ke atas semua kumpulan pelarian dan masyarakat Islam ke AS.

“Kepada mereka yang lari daripada penyiksaan, keganasan dan pepera–ngan, rakyat Kanada akan menerima anda, tanpa mengira kepercayaan agama. Kepelbagaian adalah kekuatan kami #WelcomeToCanada,” kata Trudeau dalam Twitter.

#WelcomeToCanada pic.twitter.com/47edRsHLJ5

— Justin Trudeau (@JustinTrudeau)
January 28, 2017

Mesej itu dibuat sehari selepas Trump menandatangani perintah eksekutif untuk menggantung kemasukan semua pelarian bagi tempoh sekurang-kurangnya 120 hari.

Bilionair itu juga mengenakan sekatan ketat ke atas penduduk dari Iran, Iraq, Libya, Somalia, Syria dan Yemen dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Sejak perintah itu, pelancong dari negara-negara berkenaan telah dihalang untuk menaiki pesawat ke AS, sekali gus mencetuskan bantahan dan ada juga ditahan di lapangan terbang.

Terdapat juga pelancong yang berada di dalam pesawat di ruang udara ketika Trump menandatangani perintah eksekutif itu. Pelancong itu ditahan sebaik sahaja kapal terbang mendarat, menurut laporan The New York Times.

Bagaimanapun, seorang hakim per–sekutuan menolak sebahagian daripada sekatan imigran oleh Parti Republikan itu kelmarin.

Selepas berbincang dengan Washington, pihak berkuasa Kanada menyatakan rakyat Kanada termasuk mereka yang mempunyai dwikerakyatan, terlepas daripada sekatan Trump.

“Kami diberi kepastian bahawa rak–yat Kanada yang melancong dengan pasport akan dilayan seperti biasa,” kata jurucakap Trudeau, Kate Purchase.

Kelmarin, syarikat penerbangan Kanada, WestJet memaklumkan mereka akan membayar balik penumpang yang disekat mengembara ke AS di bawah polisi baharu negara berkenaan. – AFP

Sumber : KOSMO

Comments

comments

Leave a Reply