Pulau Pinang dilanda banjir – tapi kali ni lagi teruk!

Penang dan banjir tak dapat dipisahkan. Setiap kali hujan, mesti rakyat Pulau Pinang takut dan doa minta jauhkan segala musibah. Tapi, malangnya rakyat tak dapat nak buat apa – apa sebab banjir di Penang bukan satu perkara baharu. Dah 119 kali dah dok banjir.

Tak mau cakap banyak, meh tengok berita dan gambar – gambar yang aku cilop dari laman sosial. Sebelum tu, mai kita tengok apa yang Ketua Menteri Pulau Pinang, YB Lim Guan Eng cakap :

 _”Beliau harus ingat, masalah banjir di Kelantan bukan kerana ada banjir tetapi puncanya kerana 100 ribu hektar, hutan simpan telah diratah dan ditebang. Ini menyebabkan banjir jadi lebih serius. Selepas itu ada mangsa banjir 2014 masih belum dapat rumah”_

Up video lama, skdar prngatan spy kita tak sombong #Penang#banjir#flashfloodspic.twitter.com/x0FSGtIJyA

Hujan lebat, beberapa kawasan di P. Pinang mula dilanda banjir kilat

Menurutnya, selain taburan hujan tinggi, bencana banjir kilat turut berpunca daripada pertembungan air pasang sekali gus menyebabkan air beberapa batang sungai melimpah.

Amaran hujan lebat, angin kencang peringkat jingga di Pulau Pinang

KUALA LUMPUR 5 Nov. – Jabatan Meteorologi Malaysia mengeluarkan amaran hujan lebat dan angin kencang peringkat jingga untuk sepanjang hari ini di negeri-negeri di utara termasuk Pulau Pinang yang kini dilanda banjir sejak awal pagi tadi.

Menurut kenyataan itu, amaran yang sama turut dikeluarkan kepada negeri Kedah, Perlis dan beberapa daerah di utara Perak seperti Kerian, Selama, Hulu Perak dan Kuala Kangsar.

“Pada masa yang sama, amaran hujan dan angin kencang peringkat kuning turut dikeluarkan bagi beberapa daerah di negeri Kelantan dan Terengganu seperti Besut, Setiu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang dan Hulu Terengganu,” katanya.

2 warga emas ditemukan maut akibat banjir

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, mayat pertama seorang lelaki berusia 75 tahun ditemukan mati lemas di rumahnya di Jalan Perak, Georgetown di sini, kira-kira pukul 7 pagi tadi.

Sementara itu, tambah beliau, mayat kedua seorang wanita Cina yang dipercayai berusia awal 80-an ditemukan lemas di Pusat Penjagaan Orang-Orang Tua, Jalan P. Ramlee, di sini awal pagi tadi.

Banjir, 104 pesakit, 4 bayi dipindahkan di HPP

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. M. Sukumar berkata, arahan pengungsian pesakit dilaksanakan sekitar pukul 2.30 pagi sehingga 5.30 pagi tadi membabitkan empat wad pesakit dan wad Rawatan Rapi Neonatal.

1,968 orang dipindahkan akibat banjir di P. Pinang

Banjir kali ke-22 untuk tahun ini bermula sejak petang semalam selepas hujan lebat dan ribut berlaku sejak awal pagi yang turut menyaksikan puluhan pokok tumbang dan beberapa kejadian tanah runtuh.

Bencana ribut: Pulau Pinang mohon bantuan ATM

Dalam pada itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau telah memohon bantuan Kerajaan Pusat khususnya Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi menghulurkan bantuan kecemasan dengan segera kepada penduduk negeri ini.

Tambahnya, beliau berjaya menghubungi Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi kira-kira pukul 3.30 pagi tadi selepas keadaan banjir semakin buruk.

Berikut merupakan banjir banjir di merata – rata tempat di Penang

Padang lalang, bukit mertajam. #Pray4Penangpic.twitter.com/sQLR0jg1w8

It’s easy to criticise and not do anything. What’s harder is getting the job done.#pray4penang Help is on the way pic.twitter.com/Xta4cp6CI4

#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr

#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr

#PrayForPenangpic.twitter.com/32dtjlOWYr

From top view pic.twitter.com/AU3U02FMPx

Comments

comments

Leave a Reply