Ragam peniaga online zaman sekarang

image

Salam,

Aku nak kongsi pemerhatian aku di laman sosial, terutamanya pasal perniagaan. Umumnya orang zaman sekarang ramai dok berniaga di atas talian. Katanya lebih mudah, cepat dan memuaskan. Oleh kerana zaman sekarang semua orang dah mampu online sepanjang masa kerana masing masing mampu beli telefon pintar dan langgan data plan, tak macam lapan tahun lepas dimana rata rata pengguna masih terikat dengan laptop dan pc. Manakala smartphone masih tak dapat menawarkan fungsi seperti pc atau laptop.

Bila masing masing mampu, maka laman sosial jadi satu tempat singgah setiap hari untuk mencatat segala macam yang terbuku dihati. Tak seperti dulu, kebanyakkan pengguna internet menumpukan perhatian kepada laman web dan blog. Kini tidak lagi.

Bila dah ramai pengguna laman sosial, maka yang rajin berniaga pun dapat menmanfaatkan peluang yang ada. Mudah untuk peniaga dan pembeli, tambahan pula hampir kesemua bank mempunyai perkhidmatan atas talian, lagi lah mudah urusan pembelian transcaction boleh berlaku tak perlu lagi ke mesin ATM.

Gelagat peniaga di laman sosial aku perhatikan makin lama makin pelik dan menarik. Apa dia? Meh baca dibawah :

Berniaga tapi tak letak tanda harga

Trend ni makin menjadi jadi hampir kepada semua peniaga. Kita masih lagi pegang konsep berniaga di pasar malam, jual barang tapi tak letak tanda harga. Nak beli baru tanya dan penjual bagitahu berapa. Macam itu lah gelagat para peniaga online. Jual barang, upload gambar dan description tapi tak letak harga tapi dengan jelas paparkan “Nak tahu sila PM”.

Bila buat konsep macam ni, bagi aku ia bermaksud peniaga tak jujur dan tak mahu pesaing tahu dan bersaing dalam keadaan sihat. Apa pandangan hampa?

Budaya “PM”

PM merupakan ringkasan daripada private msg yang menyatakan pembeli disuruh hubungi penjual untuk tanya harga yang ditawarkan. Pelik bukan? Kalau buat budaya macam ni, haru la keadaan di pasaraya. Teruk la jadinya bila pelanggan tanya harga. Jenuh nak jawap satu satu.

Sebab itulah dari dulu lagi aku tak gemar dengan budaya PM ni, nak berniaga letak tanda harga yang jelas. Tak ada kerja pula nak masuk ke profile pengguna, tekan inbox dan tulis. Kemudian, tunggu balasan harga. Ada yang betul betul nak berniaga, dia akan balas dengan segera tapi ada yang sebaliknya. Kesan? Hilang pelanggan!

Akaun perniagaan tapi profile dibuat private

Kalau dulu, setiap akaun perniagaan dibuat secara public untuk memudahkan pembeli belek barang yang nak dibeli tapi, zaman makin lama makin canggih bukannya makin logik tapi menyusahkan. Kesannya, nak cari followers! Mula la follow orang itu orang ini dan kemudian bila dah difollow dia pulak unfollow. Hmm, nak berniaga tapi tak ada stragtegi macam ni lah. Ke sebab takut persaingan? Tak salah pun bila jual barang dan produk yang sama. Konsep perniagaan macam ni nampak sangat macam tak cerdik

Sepatutnya jadi mudah tapi menyusahkan

Bagi aku (tak tau la bagi hampa tak ada masalah), peniaga online yang buat konsep kat atas tu memang betul betul menyusahkan benda yang senang. Kalau guna cara yang mudah, lebih senang pelanggan nak hubungi dan secara tak langsung boleh dapat sambutan yang lebih. Ini tidak, dah la pamer iklan di Facebook, minta suruh hubungi melalui Whatsapp dan call / sms tak layan.

Sebagai pengguna, ia merupakan hak untuk pilih cara apa yang hampa nak guna. Kalau suka, beli dan hubungi dan kalau tak suka jangan dok komplen macam macam. 

Bayan Lepas

27.08.2015

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge