Review : Makan malam di restoran Le Boss, Sungai Petani

Ahad minggu lepas, lepas je balik dari Alor Star, aku dan Mekna buat keputusan untuk singgah makan malam di Sungai Petani sebelum balik Pulau Pinang. Dalam kereta, kami berbincang dimana tempat yang kami nak tuju sebab sepanjang perjalanan di atas lebuhraya PLUS hujan dan tampak macam hampir nak berhenti.

So, bincang punya bincang kami bersetuju untuk ke restoran LeBoss yang kami berhajat untuk kunjungi tahun lepas tapi tak dapat sebab restoran full house. Alhamdullilah rupanya kali ni rezeki kami untuk makan disini.

Hiasan kedai dan keadaan sekeliling

Masa masuk tu pun keadaan sangat penuh dan sangat happening. Tambahan pula, kedai makan ni dihiasi oleh tema Krismas. Tak silap aku, towkey kedai ni adalah Muslim (rasanya lah) dan konsep hiasan kedai ni pun menarik, ceria dan santai. Yang penting, ia tak keterlaluan macam kedai makan yang lain. Sesuai untuk seisi keluarga. Masa sampai kami hanya dapat meja diluar tapi lepas 15 minit ada beberapa meja yang kosong didalam terus kami berubah meja betul betul dihadapan kaunter.

Mekna dan Rizqi
Antara hiasan di dalam kedai makan

Makanan yang kami pesan

Lepas duduk, terus kami tengok menu dan buat pesanan. Oleh kerana keadaan disini ramai, aku dah bagitau Mekna yang kita takkan dapat makanan dengan cepat sebab tengok pelanggan lain di kiri dan kanan pun tak dapat makanan yang dipesan lagi.

Secara ringkas, di Restoran LeBoss menawarkan Western Food, disamping tu ada jugak makanan Asia dan jugak tempatan. Selain tu, ada jugak dessert dan pelbagai jenis minuman. Tak mau sembang banyak, untuk tengok senarai menu, hampa boleh klik sini untuk tengok details menu yang ada. Senang!

Aku pesan Trex Platter a.k.a mix grill (ada lamb, beef and chicken) dan Mekna mintak Lamb Chop. Untuk si kecik Rizqi tak order apa apa pun sebab dia tak makan sangat. Oleh kerana kami order mix grill dan lamb chop, kami diberi 2 sides secara percuma untuk setiap seorang. Aku mintak french fries dan garlic bread, dan Mekna mintak cheese macaroni dengan mix salad.

Dalam 20 minit lebih, makanan yang dipesan telah sampai. Nasib baik lah air sampai dulu. Kalau tidak, jenuh la melengung tunggu minuman dan makanan tera nak sampai. Air kami order satu je jus Laici berharga RM10.90.

Ulasan T-Rex Platter dan Lamb chop 

Ulasan mix grill a.k.a T-rex Platter aku adalah seperti dibawah :

Size hidangan (portion) : Memuaskan, dapat sekeping stik daging lembu, dua keping stik kambing dan dua keping stik ayam. Mashed potato dan dua sides. Bagi aku, dengan RM47.00 rasanya OK kot. Berbaloi

Kualiti daging : Memuaskan. Ayam dan kambing lembut elok cuma daging kena bahagian liat. Mungkin tang urat kot?

Masakan daging : Medium done, tak terlalu kering. Just nice. Semua dimasak elok tak ada yang tak masak atau overcook.

Sos : Blackpaper, aku rasa home made kot. Tak pedas dan boleh lah untuk makan. Siap boleh suapkan ke Rizqi lagi.

Sides : Setiap steak akan dapat mashed potato, secara jujurnya mashed potato dia agak lembik. French fries aku digoreng masak tapi terlalu lembik dan sejuk mungkin dah digoreng awal. Tak menyelerakan langsung dan Garlic Bread tak rasa garlic pun dan sejuk serta keras. Overall, tak berpuas hati dengan sides dia.

Komen keseluruhan : Memuaskan.

Rating peribadi aku : 4/5

Ni pulak komen dan review Lamb Chop Mekna :

Size hidangan (portion) : Puas hati. Dengan harga RM40, dapat 3 keping daging kambing. Bahagian kepingan daging besar dan banyak.

Kualiti daging : OK

Masakan daging : Medium done, Daging kambing tak kering dan masih juicy!

Sos : Blackpaper. Sedap

Sides : Mashed potato pun lembik (Rasanya dia buat banyak banyak sekali kot), Mixed salad tak seperti yang digambarkan. Sugul. Dan Cheese macaroni sedap.

Rating Mekna : 4/5

Berbaloi ke makan di Le Boss?  

Bagi aku, secara peribadi lepas makan dan minum di restoran ni, adalah di-recommend-kan hampa semua untuk makan dekat sini. Selain daripada makanan dia yang sedap, suasana kedai ni sangat sesuai untuk bawak family ataupun yang tersayang.

Hampa boleh refer ke location dibawah :

Comments

comments

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

CommentLuv badge