Selamat Hari Kebangsaan 2015!

Salam,

Alhamdulillah, hari ini tanggal 31 Ogos 2015 bermakna sudah pun 58 tahun negara kita telah mengecapi nikmat Merdeka. Alhamdulillah juga dipanjatkan pada ilahi kerana masih lagi memberikan kita nikmat keamanan dalam hidup dan keharmonian yang kita kecapi masa ini.

Syukur pada hadrat ilahi kerana merahmati negara kita, Malaysia kerana masih lagi stabil dari segi perpaduan, politik dan lain lain lagi. Aku memohon keredhaan mu ya-Allah untuk terus memberikan nikmat ini selama – lamanya pada bumi Malaysia.

Hari Kebangsaan

Buat pertama kali, tanggal 31 Ogos tidak lagi dirayakan sebagai Hari Merdeka atau Hari Kemerdekaan tapi ia telahpun diubah menjadi Hari Kebangsaan dan pada 16 September merupakan Hari Malaysia seperti kenyataan DS Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia pada 10hb Ogos 2015 :

‘‘Buat pertama kalinya, sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia tidak akan menyebut ulang tahun kali ke berapa sebaliknya hanya dikenali sebagai sambutan Hari Kebangsaan 2015 dan Hari Malaysia 2015.

‘‘Hal ini bertujuan merapatkan hubungan antara rakyat tanpa mengira mereka dari Semenanjung, Sabah atau Sarawak kerana 31 Ogos 1957 lebih menumpukan kepada tarikh kemerdekaan Malaya manakala 16 September 1963 lebih dirasa oleh Sabah dan Sarawak,’’

#SehatiSejiwa

Tema Hari Kemerdekaan pada tahun ini adalah #SehatiSejiwa yang dipilih untuk sambutan kali ke 58

Selain dari itu, kerajaan melalui Kementerian Komunikasi dan Multimedia telah membuka sebuah laman web khas untuk sambutan #SehatiSejiwa di 31ogos.my

Bentuk HATI merupakan perlambangan kesatuan rakyat Malaysia yang sekian lama hidup dalam aman, toleransi dan harmoni.

BULAN pula adalah metafora keluhuran Islam sebagai agama rasmi negara manakala BINTANG pecah 14 adalah cerminan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan.

PETA Malaysia menggambarkan keakraban semua negeri di bawah payung negara.

GARIS MERAH di bawah adalah imejan rakyat Malaysia yang berjiwa besar dan berani, di samping rentetan warna BIRU, MERAH PUTIH, KUNING yang merupakan kombinasi warna Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

Sedih
Sejak kecil, kita sudah pun diasuh dan dididik untuk menghayati serta menyambut Hari Kemerdekaan yang saban tahun diraikan pada 31 Ogos. Masa dibangku sekolah rendah, sesetengah daripada kita menyertai kawad dipadang semperna Merdeka, ada yang keluar menyertai pelbagai aktiviti semperna Merdeka, dan macam macam lagi. Tapi, bila dah besar dan ada “akal” sendiri, mula lah nak tunjuk perasaan dan luahkan apa yang berada dalam hati.
Tahun ini, sambutan Hari Kemerdekaan dicalarkan oleh sebuah gerakan demonstrasi yang menghakis semangat cintakan negara kepada membenci kerajaan. Bagi aku, tak usah buat masa ni. Tak perlu nak alihkan segala perhatian rakyat kepada isu membenci kerajaan.
Sedih. Tak tahu apa nak jadi pada anak cucu aku nanti kemudian hari. Aku harap, Malaysia masih merdeka.
Luthfi
31. 08.2015

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge