Selamat Hari Pekerja 2017

Pekerja di sektor pengeluaran – sumber dari Google

Selamat hari pekerja!!

Setiap 1 hb Mei pada setiap tahun kita meraikan hari cuti untuk pekerja. Tapi, adakah kita betul – betul dihargai dengan meraikan Hari Pekerja?

Hari Pekerja mula disambut bermula pada tahun 1970an apabila Timbalan Perdana Menteri ketika itu iaitu Dr. Ismail Abdul Rahman mengumumkan 1 Mei sebagai hari pelepasan am bagi pekerja di Malaysia. Timbalan Perdana Menteri menyatakan sebab pengistiharan hari pelepasan itu dibuat adalah salah satu hari yang didedikasikan untuk pekerja sesuai dengan cita – cita kerajaan.

Selain dari tu, bagi aku lah kan, hari pekerja disambut untuk mengiktiraf golongan pekerja di negara kita yang sama sama membantu dan bertangungjawab untuk memajukan negara! 

Artikel berkaitan :

Sumber dari Facebook page Pusat Sejarah Rakyat

SEJARAH PERJUANGAN MENUNTUT HARI PEKERJA DI MALAYSIA

Pada hari ini dalam tahun 1973, kaum pekerja Malaysia buat pertama kali merayakan Hari Pekerja sebagai hari kelepasan am di seluruh Malaysia, hasil dari perjuangan kaum pekerja.

Walaupun Hari Pekerja pada 1 Mei sudah mula disambut di Malaya sejak tahun 1921, hanya pada tahun 1973 tuntutan kaum pekerja untuk tarikh 1 Mei ditetapkan secara rasmi sebagai Hari Pekerja dan hari cuti umum telah diterima oleh kerajaan.

Perjuangan dan tuntutan untuk pengiktirafan 1 Mei sebagai Hari Pekerja di Malaysia sudah bermula sejak zaman penjajahan British.

Pada tahun 1947, badan induk gabungan kesatuan sekerja di seluruh Malaya, PMFTU (Pan-Malayan Federation of Trade Union) telah menghantar surat tuntutan mereka untuk cuti Hari Pekerja atau “May Day” pada 1 Mei kepada penjajah British. Pada 1 Mei tahun itu, seramai 50,000 orang pekerja di Singapura telah mengadakan demonstrasi pada Hari Pekerja untuk menyokong tuntutan PMFTU itu.

Pada tahun 1956, NUFGW (National Union of Factory and General Workers) telah membuat tuntutan cuti Hari Buruh pada 1 Mei kepada kerajaan dan dilaporkan akan menjalankan tindakan mogok jika tuntutan mereka tidak diterima.

Selepas Malaya merdeka, pada tahun 1959, badan induk gabungan kesatuan sekerja di seluruh Malaya, MTUC (Malayan Trade Union Congress) telah menyuarakan sokongan mereka supaya 1 Mei diterima sebagai Hari Pekerja.

Pada tahun 1960, V. David, Setiausaha Agung NUFGW yang juga Ahli Parlimen Bangsar dari Parti Socialist Front telah mengemukakan usul supaya 1 Mei ditetapkan sebagai Hari Buruh dan hari kelepasan am di Parlimen. Tetapi usul ini telah ditolak oleh parti pemerintah.

Pada tahun 1962, Parti Buruh Malaya (PBM) telah mengemukakan usul supaya Hari Pekerja 1 Mei dijadikan hari cuti bergaji untuk semua pekerja di bawah Kerajaan Tempatan yang ditadbir oleh PBM.

Setiap tahun dari tahun 1963 hingga 1972, MTUC telah menganjurkan himpunan Hari Pekerja pada 1 Mei yang dihadiri oleh ribuan pekerja setiap tahun yang menuntut supaya kerajaan mengiktiraf 1 Mei sebagai cuti umum.

Akhirnya, pada 20 Mei 1972, Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Ismail telah mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju menjadikan 1 Mei sebagai Hari Pekerja dan hari kelepasan am di seluruh Malaysia.

Hari ini kita dapat menyambut Hari Pekerja sebagai cuti umum di Malaysia hasil daripada perjuangan kaum pekerja yang terdahulu.

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

3 Replies to “Selamat Hari Pekerja 2017”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge