Seminggu di Bad Groenenbach

Pintu masuk Landhotel

Salam..

Alhamdulillah aku selamat sampai di Bad Groenenbach, Bavaria Germany untuk business trip selama seminggu. Ini merupakan kali kedua aku pijakkan kaki di bumi Jerman.

Kali ni aku dapat kereta BMW 5 series. Kali pertama aku naik dan pandu BMW. Baru tahu bertapa sedapnya bawak kereta continental ni.

So, sekarang ni suhu dekat luar dah cecah 4darjah selsius dan tak boleh tidur sebab Jetleg. Biasalah, kali ni naik dari KUL pun dah jam 3 pagi, sementara tu transit di Dubai untuk beberapa jam dan sampai di Munich Airport pun dah nak petang. Jetleg tu biasalah kan?

Oleh kerana kami semua sampai sini dah gelap lebih kurang jam 5:45 petang, semuanya gelap tak nampak apa apa kecuali lampu je. Hehe, tapi masa kami sampai je terus check-in hotel apartment kami.

Penyambut tetamu dia, Fatimah Ikli sangat baik dan ramah. Jumaat lepas aku ada call dia tanya bagaimana keadaan di Bad Groenenbach. So dia cakap sejuk dan akuminta dia sediakan makanan untuk sarapan pagi sebab akutak makan makanan hotel. Non halal maaaa.

welcome fruit

So aku duduk dua orang dengan colleague, Zulhisham. Duduk dengan roomate lelaki memang senang. Tak la jadi macam trip lepas, aku pergi dengan colleague perempuan. Sorang sorang duduk dalam bilik. Sunyi!

Dan dia sediakan barang masak seperti susu, spegeti, pasta, dan lain lain lagi. So memang senang!

Ok cukup buat masa ni byeeee

Posted from WordPress for Android

Powered by Samsung Galaxy W

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge