Setengah hari di bandar cinta Verona, Itali

 

Assalamualaikum

Baru baru ni aku berpeluang untuk melawat bandar Verona yang terletak di utara semenanjung Itali, lebih kurang 3 jam perjalanan dari Milan dan 45min dari bandar Venice.
Bandar Verona merupakan bandar ikon cinta selepas Venice, yang disebut sebagai bandar yang harus dilawati bagi pasangan yang berbulan madu. Bagi aku, setelah melawat kedua dua tempat “romantik” di eropah ni, aku lebih suka Verona kerana dua sebab.

Apa benda dua sebab tu?
Pertama : Verona mempunyai banyak bangunan lama dan senibina bandar seolah olah Venice (kerana Verona dikuasai oleh kerajaan Venice satu masa dahulu) dan Verona tak ada banyak air serta jambatan yang menyerabutkan macam Venice. Kat sini yang aku paling suka adalah Arena di Verona.
Sebuah stadium lama sejak zaman Roman lagi seolah olah Colleseum di Rom!
Harga asal tiket untuk masuk kedalam Arena di Verona ni ialah 10€ tapi masa kami datang sini semua muzium dan tempat pelancongan dikenakan sebanyak 1€ sahaja!! Dah jimat 9€ tu!
Aku tak lepaskan peluang untuk ronda sepuas-puasnya dalam stadium roman tu! Walaupun hujan renyai renyai, aku tetap berjaya melihat 360 darjah kawasan ni. Sungguh cantik.
Berdiri berlatarbelakangkan Arena di Verona
Menunjuk sikit tiket masuk Teatro Romano atau Arena di Verona nih!
Yaaaaaaaaaaaaaaa saya sudah sampai!
Duduk kejap kat tempat duduk batu yang diperbuat daripada blok marmar yang besar dan sejuk
Sebab kedua aku suka bandar Verona ni ialah kepopularitiannya sebagai bandar romantik lagenda Romeo dan Juliet. Sebab keromantikan depa dua tu aku rasa banyak couple yang duduk kat sini dan dating. Perasaanya rasa macam kat Paris haritu. Menarik.
Beranda Rumah Juliet
Pelancong yang datang berpusu – pusu. Terpaksa berhimpit – himpit dengan depa
Punyalah banyak orang yang berpusu pusu nak masu kedalam Muzium rumah si Juliet tu. Bagi aku tak payahla nak masuk dengan keadaan yang bersesak, ambik gambar sekeping dua sudah cukup sebagai ingatan dan tanda aku dah mai sini.
Masa kami jalan balik ke tempat letak kereta, adalah ambik beberapa gambar disekitar Verona Centro
Market di tengah Verona Centro
Di pintu masuk kota Verona yang masih kukuh

Dan yang lawaknya kami tersesat masa nak cari tempat letak kereta sebab terlalu hanyak jalan. Walaubagaimanapun pengalaman sesat tu harus diberi keutamaan sebab dengan sesat tu la kami dapat tengok banyak benda baru dan terjumpa dengan Kubur Juliet atau disebut dalam bahasa Itali sebagai Tomba di Giuletta.

Kat sini terletaknya kubur Juliet, pelbagai arca zaman roman dan hiasan dalam rumah Juliet yang dipindahkan kesini. Tak sia sia mai sebab tiket pun 1€ juga.
Walaupun trip kali ni sangat singkat, aku puas hati sebab dapat juga kesini. Alhamdulillah, rezeki dan dapat tambah pengalaman jalan jalan di bumi Itali.
Sehingga berjumpa lagi ..
Luthfi
24.02.2015
1:30 PM

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge