Sudah dua bulan, Muhammad Rizqi!

image

Pejam celik, pejam celik dah lebih 60 hari usia Rizqi. Hari demi hari nampak perubahan watak Rizqi yang makin cerdik dan mengenali dunia terutamanya interaksi dengan dia, senyuman dan manja!

Masa sebelum kahwin lagi aku ada wish untuk nak hidup macam orang lain especially hidup macam mak ayah aku yang membesarkan aku dan sekeluarga. Alhamdulillah, lepas hampir setahun jadi suami, Allah bagi rezeki anak, satu lagi tanggungjawab sebagai seorang bapa.

InsyaAllah, tanggungjawab dan rezeki yang Allah bagi ni akan aku jaga sebaik-baiknya demi meneruskan kesinambungan hidup dan generasi baharu keluarga Suib! 

Dialah segalanya

Betul, seperti yang diungkapkan oleh kebanyakkan kawan kawan yang dah berumahtangga dan bercahayamata, enjoylah masa bahagia berdua sebelum ada pihak ketiga. Seperti yang depa dok cakap, lepas je ada anak, masa, tumpuan dan segalanya semua ke anak. Kalau boleh, taknak lepaskan satu saat pun masa untuk berenggang dengan anak sebab nak bagi perhatian dan ada dengan dia, nak pastikan yang terbaik untuk dia.

Sejak ada anak, kehidupan aku dan isteri makin bermakna. Bermaknalah, sebab kami merupakan ibubapa kepada Muhammad Rizqi yang dipertanggungjawabkan untuk jaga dia. Betul orang kata, perkara yang paling penting buat masa ni kalau balik rumah terus nak tengok anak. Nak tengok muka anak. Tu paling penting dan bermakna untuk setiap hari.

Rekod tumbesaran setiap hari

Terima kasih kepada teknologi, kerana teknologilah aku dapat ambil dan rakam detik detik yang berharga sepanjang masa selepas Muhammad Rizqi lahir. Daripada detik keluar daripada bilik bersalin, aku ambik setiap inci gambar anak aku. Tujuan? Untuk simpan, buat kenang-kenangan dan rujukan.

Kawan kawan ramai dok kata, wajah budak terutamanya baby berubah dari hari ke hari. Sebab tu kalau ambik gambar setiap hari, boleh tengok gambar perubahan. Oleh kerana tak percaya *dalam hati sebenarnya excited* nak tengok tumbesaran anak, setiap hari aku dan isteri ambil gambar anak. So far, untuk hari ini dah 60 hari lebih, perubahan wajah tu ketara lah kalau nak dibandingkan masa hari mula mula lahir!

Bila sudah bertiga

Selain diberi keutamaan, suasana hidup berdua aku dan isteri secara automatik berubah. Lepas je pantang, aku bawa anak dan isteri balik ke kampung Terengganu. Biasalah, nak tunjuk anak buah baharu kepada abang, kakak dan adik ipar disana. Nak juga bagi Muhammad Rizqi tahu yang dia ada kampung yang jauhhhhhh di pantai timur *Muhammad Rizqi memiliki IC orang Penang tau*

Dalam perjalanan pertama kami balik kampung bertiga, dalam hati aku terdetik, tak rugi sebenarnya aku beli Perodua Alza yang besar, yang pada dahulunya jadi point kenapa aku bujang tapi beli kereta yang besar? So, sekarang ni aku dah ada jawapannya. Dengan kereta besar, barang barang anak dan isteri mudah aku bawa dan tak jadi masalah untuk kemana – mana. 

Sekarang ni bila kemana mana, bawa baby kecik berjalan jalan kena ada macam macam. Kena bawa stroller, beg susu, dan lain lain lagi semuanya untuk si kecik. Pergi shopping complex, tak boleh dah guna tangga bergerak. Kena naik lift untuk senang bawa stroller baby bersama – sama.

Sebak

Oleh kerana Muhammad Rizqi dilahirkan awal hampir sebulan dan dikategorikan sebagai late premature iaitu lewat pramatang, so dia kena buat pemeriksaan macam bayi pramatang yang lain. Bulan lepas, untuk umur satu bulan, aku ada bawa Muhammad Rizqi berjumpa dengan Pakar Kanak-Kanak Post Natal di Hospital Besar Pulau Pinang. 

Selain daripada pemeriksaan biasa untuk bayi post natal, Muhammad Rizqi kena check mata dan lain lain lagi. Sebagai ibu bapa baru, ini merupakan satu pengalaman dan cabaran yang aku hadapi untuk membesarkan anak. Satu demi satu check up kami jadualkan di kalendar kami untuk pastikan tak ada satu pun pemeriksaan kesihatan anak tak tertinggal.

Masa tengah tunggu giliran, ada lah dua tiga pesakit di Hospital Besar Pulau Pinang ada tegur tentang anak kami, “eh, kenapa baby kecik ni kena cek?”, “Kesiannya, kecik kecik pun kena check” dan macam macam lagi soalan dan perbualan yang dengar di corong teling kami. 

Apa yang buat aku tersentuh adalah, bila ada seorang pakcik datang menghampiri aku dan berbual tetang Muhammad Rizqi. Secara bersahaja dia bagi nasihat kat aku, suruh bersabar dan sambil berkata “Susah tak bela anak? Haa, sekarang baru hang tau macam mana susahnya mak ayah hang bela hang masa kecik. Sekarang, tau lah bertapa besarnya jasa, pengorbanan dan pahit jerit orang tua untuk membesarkan anak”

Syukur, Alhamdulillah

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge