Media Sosial : Perlu pandai asingkan antara peribadi dan kerja – Bahagian 1

Assalamualaikum,

Dah lama saya nak tulis pasal topik diatas, media sosial, perlu pandai asingkan perkara peribadi dan kerja. Sekarang ni, laman sosial telah mencemari hidup kita. Ya, perkara yang paling tepat adalah mencemari. Kenapa mencemari? Aku yakin hampa semua tahu apa yang aku maksudkan.

Oleh kerana hidup kita telah dicemari oleh laman sosial, konsep hidup “apa benda yang nak buat, semua nak bagitahu orang”, telah menyebabkan hidup kita menjadi cacat, daripada sebuah kehidupan yang sangat harmoni kepada sebuah kehidupan yang terlalu banyak pendedahan peribadi secara “tidak sengaja”.

Point yang kedua ialah “pendedahan peribadi secara tidak sengaja” merupakan point yang sangat penting buat masa kini kerana kita bebas mengakses dan mengetahui segala – galanya, semua dihujung jari dan kita boleh tahu segala -galanya jika kita mahu.

Apabila hidup sudah dicemari oleh pelbagai faktor yang datangya daripada laman sosial, ia secara langsung akan mengganggu mutu kehidupan seseorang, dari pelbagai segi. Tapi, untuk kali ini aku nak memfokuskan pencemaran laman sosial terhadap kerja.

Sebagai seorang pekerja yang baik dan professional, dia tak seharusnya mencampuradukkan hal kerja dengan kehidupan yakni “personal”. Ya, sejujurnya aku nak cakap kebanyakkan orang Malaysia tak begitu professional dalam mengendalikan pengasingan antara kerja dengan peribadi. Sebab itulah, tak ramai orang Malaysia boleh berkawan dan tambah kawan kerja dalam laman sosial.

Yang paling umum dan selalu jadi bila tambah kawan kerja di laman sosial :

“hmmmmm patutlah tak kerja semalam dan taknak kerja. Rupa – rupanya nak dating dengan awek!”

Apa  benda yang kita buat semuanya nak diceritakan semula di pejabat ataupun ditempat kerja. Apa guna hang ada dalam senarai kawan aku di Facebook? Sesetengah orang hormat akan hak dan kegembiraan orang lain dengan berkongsinya di Facebook.

Tak perlulah nak ulang balik dan sindir seseorang akan status facebook ataupun apa benda yang dia update di laman sosial. Kemana hilang sensitivit hang? Kalau rapat, mungkin tak mengapa. Tapi kalau ia selalu berlaku, pasti tak selesa, bukan?

Bagi aku, oleh kerana “perangai” orang Malaysia yang terlalu kepoh dan tak reti hormat akan privasi dan kebebasan kita untuk “kongsi apa saja” tu membantutkan semua benda. Baik tak payah tambah kawan kawan kerja di mana mana akaun sosial. Pasti akan menyesal.

Okeylah. Sambung lagi di Bahagian kedua 🙂

Terima kasih Facebook!

Facebook memberi banyak kesan dalam hidup seseorang. Tambahan, golongan muda yang terdedah dengan aktiviti dialam maya. Biasalah, bila kenal orang baru pasti akan tanya ada Facebook tak?. Orang yang jauh didekatkan dan yang dekat bertambah erat. Itulah kuasa teknologi.

Sayang, walaupun dah beberapa kali kesal dengan pengguna Facebook saya masih lagi aktif menggunakan Facebook sebagai media untuk berinteraksi dengan kawan kawan. Walaupun dah tiap tiap hari berjumpa, bertegur dan meluangkan masa bersama sama disiang hari tetapi hidup tidak pernah puas. Masih lagi berjumpa, bersembang di Facebook. Kuatnya penangan Facebook.

Terima kasih Facebook.

Itu ayat yang paling bermakna dalam hidup saya sekarang. Ye, PALING BERMAKNA. Walaupun kita punya teman, walaupun kita punya kawan dan walaupun kita punya kekasih bila adanya Facebook adakah mereka masih bergelar teman, kawan, kekasih, tunangan ataupun suami isteri? Dengan Facebook, terserlahlah perwatakan seseorang yang kita kenal dari dunia nyata ke alam maya, dari alam maya ke dunia nyata.

Walaupun tak boleh dilabel dan digunakan secara total, tetapi kebanyakkan orang boleh dinilai dengan perwatakkannya dalam dunia nyata dan maya. Yelah kan, kalau dah depan depan mesti berasa malu, kalau dah depan depan mestilah nak takut dan sorok sesuatu, dan bila depan depan yang marah tak berani nak menunjukkan kemarahan.

Bila dengan Facebook-lah kita boleh tengok orang itu sama ada dia.

  • Dari seorang kekasih yang sangat setia terbongkarlah kecurangannya..
  • Dari seorang yang berwatakan alim dari seorang yang sangat gatal..
  • Dari panggilan kawan boleh menjadi panggilan kekasih yang meloyakan..
  • Dari kepercayaan yang penuh menjadi prajudis dan tidak berkeyakinan..
  • Dari mempunyai ramai kawan tiba tiba dia menjadi kekasih-separuh-masa
  • Dari suka suka dah menjadi gila gila..
  • Dari diberi perhatian menjadi terabai..
  • Dari sayang bertukar benci..
  • Dari benci menjadi dendam..
  • Dari rindu menjadi bara..
  • Dan pelbagai lagi perkara yang tidak dipercayai terus menjadi kenyataan.

Terima kasih Facebook, sekurang kurangnya kau dah mendedahkan buaya yang sedang ngagna mencari mangsa, menunjukkan kekasih yang ditatang penuh menjadi tiada makna, menjelmakan penipu, menunjukkan seorang bermuka muka, membuktikan kebenaran dan menyaksikan penyesalan. Oleh itu, saya sangat sangat menghargai peranan yang Facebook lakukan.

Apa yang hancur biarkan ia terus hancur dan sedang dibina didik dan dorong ia terus kekal kukuh dan boleh dikagumkan. Semoga dapat pelajaran, pengajaran dan penghayatan daripada Facebook yang kita selalu gunakan. Thanks Facebook!

Jangan mudah approve kawan di Facebook

Cerita pasal Facebook, ramai orang sekarang ni ada akaun Facebook. Bila jumpa dan berkenalan dengan orang baru perkataan terakhir sebelum bye ialah ada Facebook tak? Nanti add saya ok?. Tak macam dulu, mintak nombor telefon la, itu la ini la. Hahaha.

Dalam keghairahan ber-facebook, jangan lupa untuk mengawal privasi diri sendiri. Seboleh bolehnya, jangan mudah approve orang yang anda tak kenali di Facebook. Kalau dulu masa zaman Friendster dan Myspace, lagi ramai kawan lagi la orang itu dipandang hebat. Yelakan, kawan sampai ribu ribu. Zaman dulu laman sosial digunakan untuk cari kawan. Tapi sekarang ni Facebook aku rasa tak sesuai buat macam tuh.

(more…)