Tahun ni tak puas makan durian!

Durian Balik Pulau, kuning oren dan berkedut!

Tahun ni hampir dua tahun aku pindah dan duduk di Balik Pulau. Sejak dua tahun lepas, dan tahun tahun sebelumnya aku dan wife memang pulun makan durian, tak kira la durian dari mana sekalipun. Kami dua memang hantu durian. Nasib baik dapat bini yang kaki makan durian jugak, kalau dia tak makan durian mati kutu la aku makan durian sorang – sorang.

Balik Pulau memang terkenal dengan duriannya yang sedap.

Deretan gerai durian yang terletak di Jalan Tun Sardon, Balik Pulau

Teringin nak makan durian

Sebelum puasa haritu, Balik Pulau dah dibanjiri oleh durian. Kalau tengok start dari Teluk Kumbar dah ada ramai orang jual durian di sebelah kanan dan kiri jalan. Oleh kerana masa tu aku dan wife teringin sangat nak beli, kami pun ronda lah satu pekan Balik Pulau untuk cari dekat mana yang paling murah dan elok.

Ronda punya ronda, rupa – rupanya durian yang dok ada dikawasan tu semuanya durian siam yang bukan durian tempatan. Sebab nak makan punya pasal, beli lah dua biji RM60.

Durian tempatan yang menggamit pelanggan

Tahun 2017 durian tak menjadi 

Tahun ni 2017 kebanyakkan dusun durian di Balik Pulau tak berapa menjadi. Kenapa? Entahlah, mungkin tahun lepas buah durian terlalu “lebat” dan kesannya tahun ni jadi tak banyak.

Tambahan pula, bila aku sembang dengan beberapa orang peniaga dan pemilik dusun di Balik Pulau ni, rata – rata depa cakap putik keluar terlalu lambat dan cuaca pada tahun ni pun tak ok. So, result dia adalah buah tak berapa menjadi.  

Kebanyakkan buah durian tahun ni banyak menjadi di belah Pulau Betong. Sebab tu kalau hampa lalu je dekat Jalan Balik Pulau (jalan lama) tak nampak sangat pokok durian yang berbuah, sama la kalau mai Balik Pulau melalui Teluk Bahang / Batu Feringhi pun tak nampak sangat pokok yang berbuah.

Durian yang “bergayutan” di pokok, Balik Pulau, Pulau Pinang

Musim buah durian tempatan

Buah durian tempatan, Balik Pulau mula memenuhi pasaran lebih kurang penghujung Jun 2017, masa tu dah nak hujung bulan puasa dan awal Julai. Rasanya, masa tu lah baru boleh tengok berapa banyak je durian tempatan yang dijual di sekitar Balik Pulau.

Sebenarnya, ada perbezaan antara buah durian tempatan dengan buah durian siam. Pada masa musim durian tempatan, sepanjang jalan di Balik Pulau atau kawasan sekitar terutamanya kiri dan kanan jalan dipenuhi oleh gerai – gerai menjual durian diserikan dengan bau durian. Berbeza dengan durian siam, letak la banyak masa sekalipun tepi jalan tu, tak bau wangi pun sewangi durian tempatan!

Yang paling ketara bila follow belakang apek bawak durian dalam raga, sepanjang perjalanan apek ke pusat jualan memang bau harum yang menggoda! Tau dah ada orang bawak durian!

Durian “gemok”

Mahal

Tahun ni harga durian Balik Pulau melambung tinggi dan tak masuk akal. Apa tidaknya, sebelum ni (to be exact tahun lepas) durian jenis Musang King hanya berharga RM70/kg, tapi tahun ni harganya mencecah RM120/kg! Tak ke gila!?

Dah la jual durian kira timbang kilo (yang mana aku tak setuju 200% kewajaran jual durian ikut timbang kilo ni!), harga durian yang makin lama makin naik semasa awal musim, harga tak turun turun walaupun dah tiba musim dan naik balik bila dah penghujung musim.

Untuk tahun ni, oleh disebabkan harga durian terlalu mahal dan rasanya tak mampu nak makan durian “branded” yang sedap tu, aku dan wife hanya makan durian “biasa – biasa” saja dan durian kampung.

Untuk harga durian “biasa – biasa” dan kampung pun dah mencecah RM100 untuk 2-3 bijik. Memang mahal. Aku rasa, sampai satu tahap nanti kerajaan kena umumkan yang durian Penang atau durian Balik Pulau dikategorikan sebagai durian ekslusif dan “makanan orang ada ada” sahaja.

Kecik tapi sedappp!

Tahun lepas memang puas makan durian! 

Kenangan memburu durian tahun lepas merupakan highlight utama untuk tahun 2016 untuk kategori Durian. Ya, aku berpeluang untuk mencari durian di dusun milik kawan di Pulau Betong, Balik Pulau. Dah nama pun Luthfi, pelik la kalau tak join sekali cari durian.

Kesemuanya dalam 20 orang, kami bahagi kepada beberapa kumpulan untuk mencari durian di kawasan dusun yang berbukit. Memang pokok durian suka duduk kat kawasan berbukit kot? Kat sini, majoriti dusun durian terletak di lereng – lereng bukit. Susah betul nak panjat naik sebab kecerunan bukit tu boleh tahan!

Alhamdulillah, ini kali pertama aku makan durian mahal sepuas – puasnya. Banyak jenis durian dekat sini, semua ada cuma yang tak ada durian jenis baharu iaitu “Duri Hitam” atau Black thorn. Kegemaran aku adalah udang merah, ang her dan jugak ho lor.

Alhamdulillah, ini kali pertama aku makan durian mahal sepuas – puasnya. Banyak jenis durian dekat sini, semua ada cuma yang tak ada durian jenis baharu iaitu “Duri Hitam” atau Black thorn. Kegemaran aku adalah udang merah, ang her dan jugak ho lor.

Tahun lepas juga, aku dan wife memang makan durian gila gila. Boleh dikatakan masa musim durian tu, setiap minggu kami beli durian. Tambahan pula masa tu dia tengah mengandungkan Rizqi. Mau tau la mengidam durian macam mana. Sebut je, dapat. Sanggup ronda satu Balik Pulau untuk cari durian yang dia suka.

Musang King, sebelum ni adalah yang paling popular tapi dah jadi nombor dua lepas Duri Hitam menjadi tumpuan orang ramai

Gerai jual durian di Balik Pulau

Suka aku nak kongsikan beberapa tempat untuk rujukan hampa kat mana nak beli durian di Balik Pulau ni :

1) Anjung Indah, Balik Pulau – Koordinat : 5.350420, 100.253464

Terdapat pelbagai gerai yang menjual durian. kat sini harga dia boleh “tahan” lah. Macam macam jenis durian boleh ada dekat sini.

2) Jalan Tun Sardon, Balik Pulau – Koordinat : 5.351136, 100.237109

Disepanjang jalan turun “bukit baru”, hampa boleh tengok gerai durian di kiri jalan. Banyak pilihan. Boleh pilih suka hati yang mana berkenan.

3) Jalan Balik Pulau – Koordinat : 5.339265, 100.223144

Ada banyak jugak gerai yang jual durian. Selalunya ramai orang beli kat sini jugak sebab mudah ditepi jalan.

4) Pulau Betong – Koordinat : 5.305131, 100.194867

Tak pernah beli tapi haritu lalu punya la ramai orang makan kat sini. Dengar cerita kat sini adalah antara yang termurah dan baik kualitinya.

5) Jalan Sungai Pinang – Koordinat : 5.362586, 100.220520

Antara gerai durian yang terdekat dengan rumah aku. Boleh tahan. Ramai jugak orang beli dan makan kat sini.

6) Pekan Balik Pulau – Koordinat : 5.350672, 100.234964

Masa musim durian, ada pakcik jual durian kampung murah murah. Kadangkadang jual ikut bijik dan longgok, Boleh la nak makan. Hint dia adalah berhadapan bulatan Balik Pulau. Hehe

Harap perkongsian ni memberi manfaat! 🙂

Comments

comments

Leave a Reply