#todayishere : Nafas Baharu Malaysia Airlines!

#todayishere merupakan satu slogan baharu untuk pelancaran Malaysia Airlines Berhad (MAB) | Imej twitter @MAS
Salam,

Hari ini tanggal 1 September 2015, Malaysia Airlines secara rasminya dikenali sebagai Malaysia Airlines Berhad (MAB), membawa satu simbol dan nafas baharu kepada syarikat penerbangan entiti negara Malaysia. Syarikat baharu yang wujud pada hari ini akan membawa 1001 makna dan harapan kepada rakyat Malaysia, semoga MAB dapat bangkit dan naik menjadi salah sebuah syarikat penerbangan terhebat di dunia!

Dengan management baharu yang diterajui oleh CEO Christoph Mueller, diharap akan membawa Malaysia Airlines untuk terbang lebih jauh lagi!

Ucapan CEO MAB ketika sidang media pertamanya pada Jun lalu :

MAS mencatatkan kekerapan kemalangan yang tinggi dalam tempoh tiga tahun yang terakhir ini. Kemalangan pesawat MAS MH370 dan MH17 sering menjadi topik yang dibangkitkan di dalam media-media sosial, sekali gus akan secara berpanjangan menanamkan persepsi buruk terhadap MAS – sumber

Kelahiran Semula

Saya ingatkan mudah je “kelahiran” semua syarikat penerbangan nasional ni mudah, dengan penambahan “Berhad” dibekalang nama, tapi rupanya sebelum organisasi syarikat diubah ia perlu diaudit berbulan lamanya dan syarikat baharu baru boleh beroperasi selepas Sijil Operator Udara (AOC) diluluskan!

Bukan mudah untuk mendapat sijil AOC, syarikat perlu diaudit dari segi operasi penerbangan, penyelenggaraan pesawat serta pematuhan peraturan. Fuhhhh, bukan mudah tu!

Harapan 

Pada Mei 2015, MAS telah mengumumkan untuk fokus dalam laluan jarak sederhana melalui Terma Pemulihan MAS, secara langsung membuat keputusan untuk membatalkan penerbangan ke eropah, salah satunya adalah Frankfurt. Baca lagi laluan Malaysia Airlines yang dibatalkan

Menurut Terma Pemulihan MAS, depa lebih memfokuskan “Hub Transit” berbanding perjalanan jarak jauh.

Harapan saya pada MAB dengan management baharu adalah, dapat membawa imej Malaysia serata dunia, membawa dan mengekalkan konsep MH iaitu Malaysian Hospitality kepada semua.

Saya ada beberapa kali mengambil penerbangan jarak jauh Malaysia Airlines dari Pulau Pinang ke Frankfurt. Sepanjang perjalanan, rasa bangga dan selesa menggunakan perkhidmatan kita sendiri. Hmmm.. alangkah bagusnya kelak MAB dapat naik lagi menggunakan Malaysia Airlines.

Luthfi
01.09.2015

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge