Tragedi berdarah bas ekspress di Malaysia

Carian gambar menggunakan kata kunci “kemalangan bas ekspress” di Google.com.my

Salam,

Baru – baru ini kita dikejutkan dengan pelbagai berita kemalangan jalanraya yang sedih melibatkan bas ekspress yang membawa penumpang ke destinasi yang ingin mereka pergi. Kes dan tragedi berdarah melibatkan bas ekspress bukanlah suatu kes yang baharu di Malaysia.

Kita pernah dikejutkan dengan kemalangan maut yang ngeri melibatkan bas ekspress di Ipoh pada lima tahun lepas dan sejak kebelakangan ini kes kemalangan jalanraya melibatkan bas ekspress makin menjadi jadi.

Menurut siasatan dan pembacaan saya, banyak kes yang melibatkan kemalangan bas ekspress disebabkan oleh pemandu bas tersebut dan hanya beberapa peratus sahaja disebabkan masalah teknikal.

Bagi pendapat saya, kes kemalangan jalanraya melibatkan bas ekspress di Malaysia disumbang oleh kegagalan dan kecuaian pemandu bas. Bukannya nak salahkan secara 100% kepada mereka, tetapi mengikut pengalaman saya setakat ni, saya sendiri cukup takut untuk menggunakan perkhdimatan bas ekspress.

Ya, saya akui. Saya dah jadi kurang percaya akan syarikat pengangkutan ekpress tempatan ekoran bacaan didada -dada akhbar. Makin lama makin menjadi.

Mengikut pemerhatian, kebanyakkan pemandu bas ekspress di Malaysia ni memandu melebihi had laju – demi mengejar “trip”. Ini merupakan faktor utama yang saya boleh nampak. Bukan semua, tapi kebanyakkan yang saya tanya, dengar dan nampak.

Apa boleh buat?

Leave a Reply