Transit di Dubai

Salam..

Sekarang jam 230pagi waktu Dubai. Aku transit dekat sini untuk ke Kuala Lumpur. Alhamdulillah, perjalanan 6 jam penerbangan dari Munich ke Dubai sangat lancar. Tambahan pulak layanan Emirates sangat sangat memuaskan!

image

Oleh kerana di Munich tadi tak sempat nak beli buah tangan langsung, aku pon borong lah coklat di Dubai ni.
Tukar 50€ dapat 236 Dirham UAE. Bersamaan lebih kurang RM200+. Boleh la beli barang sikit.

Ingatkan nak beli balang shisha tapi duit dah abis sebab beli coklat. Hehe next time la pulak!

image

Tak menyesal rasanya aku rancang untuk transit di Airport Dubai ni. Lain kali boleh rancang lagi! Lain kali nak transit dan tidur semalam kat Dubai. Hehe

Semoga selamat sampai Malaysia!

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge