Ulangtahun perkahwinan kali kedua!

Makan malam di The Ship Batu Feringhi, Penang

Alhamdulillah, masuk je 16hb Mei bermakna dah dua tahun aku berkahwin. Cepat masa berlalu, cepat lagi kehidupan berlalu hari demi hari. Yang penting, setiap hari bersama dengan insan yang tersayang.
Semua pasangan didunia ni nak akhiri hubungan dengan perkahwinan tapi tak semua orang tahu alam perkahwinan merupakan satu masa yang sangat mencabar bagi semua.  Masing – masing ada tahap cabarannya. 

Sabar

Perkahwinan yang terbina 2 tahun lepas memang mencabar dan memerlukan kesabaran yang tinggi. Ramai orang cakap dan pesan dari awal – awal kahwin lagi, gelak dan seronoklah puas – puas masa jadi Raja Sehari. Lepas tu tahu la hidup turun naik berumahtangga.


Anak hadiah ulangtahun kedua yang terbaik

Alhamdulillah, rezeki untuk ada anak cepat. Lepas kahwin 1 tahun lebih terus dikurniakan anak. Akan aku jaga tanggungjawab terbesar ini, selain isteri.

Comments

comments

Leave a Reply