Ulangtahun Perkahwinan yang Pertama

image

Alhamdulillah, 365 hari telah pun berlalu dengan begitu pantas! Rasa macam baru je menikah dua tiga bulan yang lepas tapi sebenarnya dah 12 bulan dah berlalu.

Ada kawan kawan kata, bagi seorang lelaki sepatutnya tak boleh nak gembira sangat masa hari kahwin sebab ia merupakan hari yang hang kena ambik tanggungjawab sebagai seorang suami dan ketua keluarga. 

16hb Mei 2015, bersamaan 27 Rejab 1436 H..

Mulai daripada saat akad nikah “sah”, dah tak boleh fikir pasal diri sendiri dan mak ayah, tanggungjawab yang lebih besar kena dipikul bersama.

Menakutkan bukan? Tapi ini adalah hakikat yang kita kena hadapi dan kena lalui sepertimana ayah kita, datuk kita dan lelaki lain diluar sana.

Alam perkahwinan memang tak boleh lari dengan pasang surutnya, sebagai seorang suami, kena tabah menghadapi dan tenang menghadapinya. Sebab tu Allah SWT letak tanggungjawab dan “kuasa” seorang lelaki lebih besar daripada isteri sebab tahu akan karekter dan emosi seorang lelaki.

Untuk isteri, terima kasih kerana jadi isteri yang terbaik. InsyaAllah, kehidupan kita bakal diceriakan oleh seorang ahli keluarga baharu 🙂

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge