Untunglah ada orang sayang..

Untunglah ada orang sayang..

Bangun pagi je, ada ucapan selamat pagi sayang..

Kemudian, ditanyakan soalan soalan berkaitan diri; kesehatan, perasaan, keselamatan dan lain lain.. Terasa diri begitu dihargai dan disayangi..

Setiap masa akan ditanya, sudah sarapan? dah makan tengah hari dan lain lain.. Terasa diri betul betul dekat..

Walaupun jauh, ia terasa dekat. Bila dekat terasa erat..

Sebelum melelapkan mata, juga ditanyakan segala perkara yang terjadi pada hari itu. Berkongsi suka dan duka. Diharap esok kembali berjumpa..

Tetapi sayang.. Seribu kali sayang..

Walaupun dah sebegitu rupa disayangi dan diambil berat..

Tak sangka, dia masih memerlukan kasih sayang dan jagaan dari orang lain..

Sungguh tidak sangka..

Nescaya benarlah, dia memang tak menghargai orang yang menyayanginya..

Biarkan dia berlalu pergi..

Kelak, percaya.. ia kan berlaku lagi, lagi dan lagi..

Kerana tak tahu nak menghargai orang yang sentiasa berada disisi..

Penang Malaysia. Love to eat, travel and share opinion throughout social media.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge