Friday, May 30, 2008

Selamat berjuang rakan-rakanku!

Berikut adalah jadual final exam bagi Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Diploma Teknologi Pembuatan,Politeknik Seberang Perai.


TARIKH SUBJEK MASA TEMPAT

ISNIN
2 JUN 2008 TEKNOLOGI WOKSYOP 2 815-1015 BKM 2

SELASA
3 JUN 2008 SISTEM PEMBUATAN 1045-1245 BKM 8

KHAMIS
5 JUN 2008 TEKNOLOGI ELEKTRIK 2 215-415 BKM9

ISNIN
9 JUN 2008 TERMODINAMIK 1 815-1045 BKM1/6

SELASA
10 JUN 2008 MATEMATIK 2 815-1045 BKM1/6

Tuesday, May 27, 2008

Cara Wanita Berjalan



1. Jika berjalan, dari belakang kelihatan seperti tidak memijak tanah. Golongan wanita yang jalannya berginjat, konon wanita ini adalah wanita yang tidak jujur, kalau berbual, mulutnya laser dan menyinggung perasaan orang lain. Wanita yang berjalan seperti ini juga terkenal dengan sikap egonya. Lebih parah, wanita ini biasanya pemboros atau suka membazir wang tanpa berfikir sebelum berbelanja. Padahal, wang yang dimilikinya itu masih banyak kegunaannya. Tapi jangan berkecil hati, kerana wanita seperti ini biasanya menjadi pujaan ramai lelaki.



2. Jika berjalan, sering menoleh ke kanan and kiri. Wanita seperti ini biasanya pandai menyimpan rahsia. Walaupun ramai yang menganggap wanita seperti ini tidak jujur, suka menipu teman sendiri,dan merugikan teman bualnya, namun, ramai lelaki yang berusaha untuk menakluk hatinya. Konon wanita seperti ini senang diatur dan diuruskan.


3. Jika berjalan suka menunduk. Cara berjalan melambangkan wanita seperti ini memiliki sifat yang tertutup. Ia hanya akan berbual dengan orang-orang yang rapat dengannya dan boleh dipercayai untuk menyimpan rahsianya. Wanita seperti ini biasanya sukar untuk ditakluk hatinya. Disamping sikapnya yang dingin, wanita seperti ini tidak peduli dengan kehidupan cinta. Namun, jika ada lelaki yang berjaya menawan hati wanita dengan cara berjalan menunduk ini, dijamin akan mendapat kebahagiaan. Sebab, wanita jenis ini sangat setia, dan dia tidak akan mengkhianati lelaki yang dicintainya.

4. Jika berjalan menatap lurus ke depan. Wanita seperti ini biasanya memiliki pendirian yang teguh, bukan senang hendak menggoncangkan imannya. Jangan sekali-sekali menentang apa yang pernah dikatanya, jika anda tidak mahu mendengar dia berleter panjang lebar. Meski pendiriannya teguh, tapi dia selalu berselisih pendapat. Jangan hairan jika wanita seperti ini hanya mahu berbual dengan orang yang berpengalaman luas.

5. Jika berjala n badan bergerak ke kanan dan kiri. Wanita yang berjalan dengan gaya yang sedemikian tidak ambil kisah dengan masalah yang berlaku. Apa pun masalah yang ada dihadapannya, dia dianggap kecil. Padahal masalah itu sebenarnya memerlukan kebijaksanaan untuk diselesaikan. Kerana sifatnya yang suka ambil mudah ini, banyak persoalan yang akhirnya tidak dapat diselesaikan dan akibatnya merugikan dirinya sendiri.

6. Jika berjalan badan tampak tegak. Wanita ini tegas menentukan sikapnya sendiri. Dia tidak mahu urusan peribadinya dicampur oleh orang lain. Gaya bicaranya serius seperti ingin menunjukkan dia memiliki pendirian teguh. Yang menarik dari wanita ini, dia bertanggungjawap terhadap apa yang pernah dilakukannya. Dia menyenangi lelaki yang berdikari tanpa meninggalkan sifat-sifat romantiknya.

7. Jika berjalan seperti zirafah. Maksudnya, ketika melangkahkan kaki, badannya ia kelihatan bergerak ke depan dan ke belakang. Wanita jenis ini sangat lemah perasaannya. Dia seorang yang mudah terasa dan mudah tersinggung. Jadi, jika anda berbual dengan wanita seperti ini kenalah menjaga perasaannya agar tidak tersinggung, kerana wanita ini mudah mengalirkan air mata.

Harga minyak naik 87% di Indonesia!



Jangan terkejut dengat khabar ini kerana ia tidak aneh. Memang waktu sekarang, harga minyak di US melonjak tinggi ke paras AS$ 135 setong! Ia betol betol membuatkan rakyat Malaysia dan khasnya di Indonesia, harga bahan api itu melonjak pada harga Rp 4,500 (RM1.65) daripada harga asal, Rp 2,400 (RM0.88..

wow! ia suatu yang membebankan!
untuk diesel pula, ia melonjak kepada Rp 4,300 (RM1.58) daripada harga asal Rp 2,100 (RM0.77)seliter!

Rakyat Malaysia harus bersyukur kerana dapat subsidi kerajaan yang dapat menampung perbelanjaan seharian kita!

Wednesday, May 21, 2008

10 hadiah yg sering dilupai..

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita, sila ubahsuai jika ditujukan kepada orang lain. Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar:
Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih:
Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota:
Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa:
Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian:
Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan:
Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian:
Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan:
Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah:
Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa:
Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita. inilah hadiah yg paling penting..

Rahsia taik lalat dibadan! Chek it out!

Mengikut hukum Islam, tak baik kita percaya ramalan-ramalan ni. tapi, saja Luth nk share dengan kawan-kawan rahsia tahi lalat di badan.. Just for fun..



TEMPAT RAMALAN

Bibir atas kanan Banyak rezeki, pandai

bibir atas kiri Banyak kawan , baik hati

bibir bawah kanan Disegani orang, banyak yg suka

bibir bawah kiri Pandai bicara, tak mudah kalah

leher kanan Cerdas, jujur, berani mencuba

leher kiri Cerdas dlm segala hal dan banyak pengetahuan

leher di tengah Tercapai cita-cita

biji mata kanan Suka bohong

biji mata kiri Pembohong tetapi baik hati

ujung mata kanan baik hati, sopan santun, cerdas

ujung mata kiri baik budi, murah rezeki

punggung kanan agak mengalami kesulitan

punggung kiri malas dan suka duduk

betis kanan suka berhibur, boros

betis kiri rajin, tidak suka menganggur

lutut kanan : bersikap tidak peduli dan tak mahu berusaha

lutut kiri : kurang kuat berusaha

kepala sebelah kanan : terkabul cita-cita

kepala sebelah kiri : sering menemui kesusahan

kepala sebelah belakang : jujur, sabar dan tekun

kening kanan : cerdas dan cekap

kening kiri : cerdas, sopan santun

tengah kening : keras hati, berani segala hal

ujung mulut kanan : kecil rezeki, tak mudah kalah

ujung mulut kiri : suka berfoya-foya

ketiak kanan : dapat menyimpan rahasia

ketiak kiri : jujur, banyak yang cinta

pergelangan kaki kanan : suka berpergian (keluar rumah)

pergelangan kaki kiri : kehendak nya kuat

batang hidung : banyak dicintai orang dan dapat menjadi kaya

di hidung : banyak rezeki

dagu bawah kanan : jujur dan baik hati

dagu bawah kiri : bijak sana dan berbudi luhur

kemaluan kanan atau kiri : baik, suka bersetubuh (weleh...baik periksa
yew...hihihi )

di kepala kemaluan (lelaki) : bakal beristeri 2

tumit kanan : jujur dan banyak kawan

tumit kiri : baik budi

alis kanan : suka menolong, baik hati

alis kiri : ramai yang suka

pangkal paha kanan : kemahuan kuat

pangkal paha kiri : suka kerja apa pun

telapak kaki kanan : tak mudah mengeluh

jari kaki kanan : suka menolong

jari kaki kiri : berbudi, suka berbuat baik

bahu kanan : cermat dlm membuat keputusan, banyak tanggungan

bahu kiri : suka kerja keras, banyak tanggungjawab

buah dada kanan : baik hati, pendiam,simpan rahsia

buah dada kiri : ramai kawan, setia pada pasangan

lengan kanan : setia dan taat pada atasan

lengan kiri : menepati janji dan rajin

pipi kanan : banyak teman

> tengah-tengah pipi kanan : banyak yg suka
> tengah-tengah pipi kiri : banyak teman
> ubun-ubun : kurang jujur
> pusar : cerdas, tangkas, tekun
> pusar bahagian kanan sejahtera dalam hidup
> pusar bahagian kiri : beroleh kemuliaan
> pinggang kanan : sayang pada pasangan hidup
> pinggang kiri : disayang pasangan hidup
> dada kanan : dapat mengatasi masalah
> dada kiri : berani, jujur dan sabar
> telapak kaki kiri : baik budi pekertinya
> siku tangan kanan : kuat ingin memiliki kekayaan
> siku tangan kiri : baik hati, suka menolong
> jari tangan kanan : serba beroleh keuntungan
> jari tangan kiri : serba baik bekerja
> jari telapak tangan kanan : banyak rezeki tapi boros
> jari telapak tangan kiri : banyak rezeki dan cermat
> perut bawah kanan : banyak rezeki, suka memberi maaf
> perut bawah kiri : baik hati, tenang hidupnya
> sudut mata kanan dalam : disayang suami atau isteri
> sudut mata kiri dalam : tidak mudah dilupakan pasangan
> sudut mata kanan luar : baik budi, ramai yg cinta
> pelipis kiri : murah rezeki, dpt jadi kaya
> pelipis kanan : serba berhasil dalam usaha
> kelopak mata kanan atas : baik hati, ramah, berjaya
> kelopak mata kiri atas : baik budi, ramai yg suka
> kelopak mata kanan bawah : agak malas
> kelopak mata kiri bawah : agak bodoh.

Sunday, May 18, 2008

EX-change Link!

Abang Chik
Kak Cik
Photographer:
Cikgu Cikgi
Blog Best:
Kedai Online:

Exchange Banner Aku:
Hampa kalau nak tukar banner, display banner aku dan aku akan letak banner hampa kat bawah ni
Komuniti Bloggers Penang

Banner korang akan aku letak kat sini ok?

Thursday, May 15, 2008

Monday, May 12, 2008

Perjalanan ke utara.. Seribu kenangan...

Semalam (11/05/2008) Luth dipaksa mengikut rombongan ke Perlis, dengan seorang makcik driver bas kilang. Dia la anjurkan rombongan tuh dengan berbudgetkan RM25/Seorang. Sebenarnya, ayah Luth dengan adik juga mau ikut rombongan ni, tapi, atas sebab sebab tertentu, diorang tak dapat ikut rombongan tu.

Dengan semangat yang berkobar-kobar, Luth pon ikut rombongan tuh, bertolak pada pukul 730am, pagi 11hb, kami berempat (my mum, my sis, me and my little bro) pon bertolak dari rumah kami, tmn guar perahu.

Saturday, May 10, 2008

Thursday, May 08, 2008

Kelas Bahasa Jepun: Nombor Asas, Puluh dan Ratus

Untuk bahagian yang pertama di dalam topik nombor ini kita akan mempelajari cara penggunaan untuk nombor asas, digit puluh dan juga ratus.

Nombor Asas

1 = Ichi
2 = Ni
3 = San
4 = Yon ataupun shi
5 = Go
6 = Roku
7 = Nana ataupun shichi
8 = Hachi
9 = Ku ataupun kyuu
10 = Juu
100 = Hyaku ( ataupun -byaku, -pyaku mengikut jenis nombornya)

Puluh

Untuk digit puluh cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Juu___

Contohnya :-
11 = Juu-Ichi
20 = Ni-Juu
32 = San-Juu-Ni
88 = Hachi-Juu-Hachi
99 = Kyuu-Juu-Kyuu

Ratus

Untuk digit ratus cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Hyaku___ ( untuk 100, 200, 400, 500, 700, 900)
___Byaku___ ( untuk 300)
___Pyaku___ ( untuk 600 dan 800)

Contohnya :-
101 = Hyaku-Ichi
200 = Ni-Hyaku
323 = San-Byaku-Ni-Juu-San
678 = Rop-Pyaku-Nana-Juu-Hachi
800 = Hap-Pyaku
880 = Hap-Pyaku-Hachi-Juu
995 = Kyuu-Hyaku-Kyuu-Juu-Go

Kelas Bahasa Jepun: Nombor ribu, puluh ribu dan ratus ribu

Untuk bahagian yang kedua di dalam topik nombor ini kita akan mempelajari cara penggunaan untuk digit ribu, digit puluh ribu dan juga ratus ribu.

Ribu

Untuk digit ribu cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Sen___ ( untuk selain drp 3,000)
___Zen___ ( untuk 3,000)

Contohnya :-
1,000 = Sen
2,000 = Ni-Sen
3,000 = San-Zen
8,000 = Has-Sen
9,900 = Kyuu-Sen-Kyuu-Hyaku

Puluh Ribu

Untuk digit puluh ribu cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Man___


Contohnya :-
10,000 = Ichi-Man
20,000 = Ni-Man
32,300 = San-Man-Ni-Sen-San-Byaku
67,801 = Roku-Man-Nana-Sen-Hap-Pyaku-Ichi
80,003 = Hachi-Man-San
99,523 = Kyuu-Man-Kyuu-Sen-Go-Hyaku-Ni-Juu-San

Ratus Ribu

Untuk digit ratus ribu cara penggunaanya adalah seperti berikut:-
___Juu___-Man___


Contohnya :-
100,000 = Juu-Man
200,000 = Ni-Juu-Man
302,300 = San-Juu-Man-Ni-Sen-San-Byaku
670,801 = Roku-Juu-Nana-Man-Hap-Pyaku-Ichi
700,203 = Nana-Juu-Man-Ni-Hyaku-San
990,523 = Kyuu-Juu-Kyuu-Man-Go-Hyaku-Ni-Juu-San

Ok setakat ini kita telah belajar dari nombor asas sehingga ke digit ratus ribu. Dengan menggunakan apa yg telah di pelajari sebelum ini, cuba tulis di dalam bahasa jepun untuk nombor-nombor yang berikut:-

1) 567
2) 346
3) 5,678
4) 8,767
5) 45,671
6) 14,567
7) 679,000
8) 999,567

Kelas Bahasa Jepun: Penjodoh Bilangan (Haiwan - kucing, arnab dan lain-lain)

Hari ini mari kita tinjau berkenaan penjodoh bilangan untuk haiwan seperti kucing, arnab dan lain-lain lagi. Di dalam bahasa jepun mengikut jenis haiwan tersebut ada beberapa jenis penjodoh bilangan yang di guna pakai. Hari ini mari kita lihat penjodoh bilangan "hiki" yang di guna pakai untuk kucing, arnab, anjing dan juga lain-lain lagi. "hiki" adalah penjodoh bilangan yang boleh di guna pakai untuk banyak jenis haiwan. Cara penggunaannya adalah seperti berikut
_______hiki = _______ekor
Ip-piki = Se-ekor
Ni-hiki = Dua-ekor
San-biki = Tiga-ekor
Yon-hiki = Empat-ekor
Go-hiki = Lima-ekor
Rop-piki = Enam-ekor
Nana-hiki = Tujuh-ekor
Hap-piki = Lapan-ekor
Kyuu-hiki = Sembilan-ekor
Jup-piki = Sepuluh-ekor

Nan-biki = Berapa-ekor

Contoh Ayat

Watashi-wa petto-toshite ippiki-no-usagi to ni-hiki-no neko wo katteimasu
Saya memelihara se-ekor arnab dan dua-ekor kucing sebagai haiwan peliharaan

Sakki, kaeru ni-hiki wo mitsukemashita
Tadi, saya jumpa dua ekor katak

Perkataan Baru

Petto = Haiwan peliharaan
Usagi = Arnab
Neko = Kucing
Kau = Pelihara
Kaeru = Katak

Wednesday, May 07, 2008

Kelas Bahasa Jepun:

BAHASA JEPUN
Bahasa Jepun adalah bahasa yang dituturkan oleh 126 juta penutur bukan sahaja di Jepun tetapi juga di 26 buah negara lain yang antaranya adalah Amerika Samoa, Argentina, Mongolia, New Zealand dan banyak lagi.
Rumpun bahasanya tidak begitu diketahui tetapi dipercayai ia mempunyai kaitan rapat dengan rumpun bahasa Altaic yagn serumpun dengan bahasa Korea, Mongolia dan Turki. Walau pun tidak mempunyai hubungan dengan bahasa Cina namun hampir 50 peratus perkataan yang digunakan adalah berasal dari bahasa Cina.


Hombun (Perbendaharaan Kata)
Watashi
Saya
Watashi no
Saya, kepunyaan saya
Anata
Awak
Anata no
Awak (kepunyaan)
Hai
Ya
Lie
Tidak
Namae
Nama
Nichijo Kaiwa (Perbualan Harian)
Ohaiyo gonzaimasu
Selamat pagi
Konnichiwa
Selamat tengah hari
Konbanwa
Selamat petang
Oyasuminasai
Selamat malam
Domo arigatoo gonzaimasu
Terima kasih
Doitashimashite
Sama-sama
Ogenki desuka? / Ikaga desuka?
Apa khabar?
Hai, genki desu. Domo arigatoo
Baik, terima kasih
Anata wa do desuka?
Macam mana dengan awak
Irasshai mase
Selamat datang
Doozo haite kudasai
Sila masuk
Chotto matte kudasai /
Shooshoo omachi kudasai
Sila tunggu sebentar
Omatase shimashita
Minta maaf kerana lewat
Hajimemashite. Watashi wa Izaharu desu. Doozo yoroshiku.
Saya Izhar. Saya gembira kerana dapat bertemu anda.
Anata no namae wa nan desuka?
Siapa nama awak?

Ushar Wayang: IronMan


Filem nih baru ditayangkan di pawagam Malaysia 5 hari lepas. Secara keseluruhan, movie nih memang best dan puas hati. First, jalan cerita dia yang menarik dan tak boring. Banyak aksi yang menarik penonton supaya tak tidor dalam panggung. Yang penting, Ironman nih banyak aksi dan cara dia berubah ala ala cerita Transfomers yang top dulu. Bagi gua, gua bagi 5 bintang bagi filem nih, dan for all readers, mesti tonton okeh??

Lagi best tengok kat panggung dari tengok cd cetak rompak! Puas hati beb!

Tuesday, May 06, 2008

Assalamualaikum.. www.luthtextile.blogspot.com kembali bernafas..


Setelah meminggirkan blog ini, saya kembali memberi nafas baru kepada blog ini untuk hidupan... Apa yang berlaku dan yang telah berlaku dalam diri saya, saya akan paparkan disini, untuk kenangan, rujukan dan lain-lain. Saya harap kehadiran saya di arena blog ini dapat disambut oleh rakan-rakan blog sekalian. Cukup buat kali ini, Wassalam..


Thursday, May 01, 2008

TENTANG LUTH TEXTILE

S : Apa itu Luth Textile?
J : Luth bukanlah Lembaga Urusan Tabung Haji ataupun gelaran yang lain. Luth itu singkatan nama saya, iaitu Luthfi. Banyak kawan - kawan cina dengan India panggil Luffy. Kalau orang yang rapat dengan saya, depa panggil Fie. Ikut suka hati anda la nak panggil apa.

S : Kenapa Textile?
J : Textile itu satu bidang yang menarik. Luth didedahkan dengan dunia Textile sejak bekerja di Kamdar Bukit Mertajam sebagai seorang Salseman. Disitu, nama Luth Textile terjadi sebab Luth bekerja di Textile Departmen. Luth memang terkenal dikalangan customernya ini bukan perasan ok dengan keramahan dan servis yang baik. Kemudian, pada Januari 2009 - June 2009, Luth ditugaskan training di kilang kain Penfabric Sdn Bhd. Ada la hubung kait antara penjualan kain dan pengeluaran kain. Tapi, Luth training di kilang kain tu dalam bidang Mekanikal, bukannya Textile.

Umur : Hujung tahun 1980an
Tempat Tinggal : Somewhere di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Hobi : Bercakap banyak (Desa FM), melayan karenah kawan - kawan di YM (yeop_xx) dan gemar memblog (www.luthtextile.com) serta bersosial di laman web sosial.
Contact Number : 013-4032925