Friday, October 31, 2008

Hari Sibuk Sedunia

Disaat diriku sibuk akan quiz, assignment dan test, Luth sempat main dengan Chi, kucing tompk itam putih nih.. Sorila kawan-kawan, tak dapat nak update lagi.. Sibuk sikit..
Laptop yang Luth tengah guna ialah laptop kepunyaan Boy yang rosak driver wireless. Member mintak tolong, kita tolong la kan takat mana yang mampu.. Satu yang best pada laptop Acer Aspire ialah Acer Crystal Eye Webcam..Hahaha..

Tuesday, October 28, 2008

Lawak : KAHWIN Tiga Beradik (18++)

sehari selepas kenduri kahwin...... . .....
Di meja makan sewaktu bersarapan dengan tiga anak perempuannya yang
bernikah serentak semalam.... ...

Ibu: Along kenapa masa mak lalu kat bilik ko...mak dengar ko
terkekek-kekek ketawa.....

Along:....mak. .. kan masa kecil dulu mak pesan kalau SUKA kene
ketawa.....

Ibu:...Oooooo lantas mengajukan soalan pada si Angah...ko plak...kenapa
mak dengar ko nangis...!!

Angah: Mak.... kan masa kecil dulu mak pesan...kalau SAKIT...nangis. ...!!

Ibu:...Oooo terlupa plak. Langsung bertanya pada si Adik...Ko plak
kenapa bilik ko semalam senyap dan sunyi je....Kak Long ko...ketawa
suke...Angah. . ..nangis sakit....Ko je yang sengap...

Adik: MAkkk....... mak dah lupake... kan masa kecil dulu mak selalu
berpesan.... JANGAN BERCAKAP BILA MULUT PENUH....!!

Monday, October 27, 2008

Cerita Semalam - 26/10/08

Ahad, 26 hb Luth, kakak dan parents pegi ke Sungai Petani.. Urm, my mum nak jumpa sepupu dia kat Kampung Pengkalan Him, dekat dengan Masjid Iskandar.. Masjid yang cun kat pekan Sungai Petani

Cerita Satu

Kami sampai kat Sungai Petani pun dah maghrib, sebab keluar rumah je dah pukul 615.. Sampai SP, kami terus solat Maghrib kat Masjid Pengkalan Him.. Masjid tuh besar.. Smart.. Dengar cerita, jemaah kat situ masa bulan puasa (semayang terawikh) lagi ramai daripada masjid-masjid yang ada kat SP nih, sama la dengan solat sunat raya.. Ramai.. Patutla luas je tempat solat masjid tu.. Baru renovate last year.. 


Lepas je solat Maghrib, kami semua pg rumah sepupu mak, belakang masjid tu je.. Walaupon rumah dia dekat dengan masjid, kami sangkut jugak nak masok kampung tuh sebab ada construction apa tah.. Jalan lopak2.. Kat rumah sepupu mak, rumah Mak Ngah ni banyak gile kucing.. So, Luth, kak dan ayah dok main dengan kucing kat umah nih..


 Kucing oren.. Comel.. Tapi penakut..

 
 Dapat jugak tangkap si Oren ni


 
Ayah tangkap kucing oren nih.. dia geram.. comel sangat
Dalam pukul 830pm lebih kurang, kami semua beredar.. Tadi masa sebelum sampai umah Mak Ngah, ada satu expo yang best kat bandar SP. Expo apa eh? Jom kita tengok..
Cerita Dua

Ha.. Kami semua singgah ke Expo Raja Sehari kat Dataran Sungai Petani. Ala, dataran baru tu, dekat dengan Menara Jam dan Sungai Petani Plaza [SP Plaza].. Memang meriah..

 
  
  
  
  
Khemah utama Expo Raja Sehari
  
Antara contoh syarikat sulaman.. Ada kat situ dia tulis sulaman berkomputer
  
Teringin pulak nak berniaga macam depa tu
  
Nak kawin? Jomla.. hehe
  
Banyak khemah pameran kat sini
  
Tu dia Menara Jam Sungai Petani
  
Ramai jugak malam nih..
 
Pada korang yang mana yang nak kawen tuh, leh la berkunjung..

Menarik ke? Ops.. Sayangnya.. Harini last day bagi expo nih.. Luth lambat posting kan? hah.. Posting lambat-lambat baru best.. Korang yang mana tak penah pg Expo nih, tahun depan leh pegi lagi.. Tapi bukan kat SP dah, maybe kat Jitra.. Ok.. Sekian saja untuk posting kali ni..

Cerita Semalam - 25/10/08

Semalam (Sabtu) merupakan hari yang best + haprak.. Ada banyak benda jadi semalam..

Cerita 1

Ayah suruh Luth tukar tayar belakang ke depan dan tayar depan ke belakang. Mula - mula hati rasa malas nak buat, sebab Luth tak pandai sangat bab-bab kereta nih.. Baru ja kan dapat kereta.. My destinaton is kedai tayar kat Bandar Baru Perda..
Masuk masuk je kedai tuh, Luth tanya budak pekerja tuh. Kalau tukaq taya depan ke belakang berapa RM? Pastu dia habaq, kasi buat la skali allignment ngn balancing kira RM33.. Luth kan tak tau sangat pasal keta nih, so ye ye jela.. Jadi jela RM33 pon. Pada hal, abang ipar Luth kata, kalau tukar tayar tuh kedai besa amek RM2 satu tayar. Tapi kedai nih amek sampai RM33. Apa dia alignment? Balancing gua tau la..

 
Comel lak kan keta nih bila kena angkat gitu.. haha..
 
Boy budak tuh kata kat Luth, ini tayar sudah botak. Dua dua sama saja. Kena tukaq tayar baru.
Luth jawap, takpa.. takpa.. Tukaq saja la depan pg belakang.. 
Ada lagi sekoq boy tuh mai masa lepas alignment tayar:
Bbang.. Pelapik ^@$^&$* dah rosak. Kalau abang tukaq baru, baru tayar pi strett.. Tayar abang tak stret kan? bila stereng lurus dia lari kot kanan kan?
Ha.. betol.. Takpala.. Biaq.. Biaq.. Janji tayar depan tukaq g belakang.. 
Boy tuh muka tensen je.. Bila cakap je pape, Luth jawap biaq la.. biaqla.. haha..Modal takde lagi ar.. Nanti-nanti la..
 Nampak pelik siot.. depan tebal. belakang nipis

Cerita Dua

Lepas ja Luth dan kakak pg tukar tayar kereta dari depan pg belakang, haha.. Sorang member kenal dari Friendster ada call. Dia budak Penang..So,dia tanya nak jumpa ke tak. Semalam masa Luth on9, Luth ada janji nak jumpa ngn dia hari Sabtu petang. So, dia call and kami kompom nak jumpa. Set masa lepas Isyak. Lambat tu. Luth rasa Luth tak dapat stay kat Penang lewat sangat. Paling lewat pun pukul 9 dah on the way balik. Sebab ada hal lain pas tuh. Kami berdua bertolak dari seberang pukul 515pm lebih kurang. 
Bajet bridge tak jem la masa tu. Kan hari ni hari Sabtu. Orang tak keja. So, mesti bridge tak jem. Kalau jem pun sikit-sikit ja.. TAPI, jangkaan kami meleset. Jem gilo masa nak masuk bridge tuh.. Lepas bayaq tol ja, semua kereta bergerak macam belut. Pakat semua nak kedepan. Ni merupakan kali kedua Luth drive ke Penang sejak dapat lesen nih.. Huhuhu..
 
Jem macam ghaplah..
 
Ada sekor keta Waja, bernombor pendaftaran PFJ1312 berperangai gelojoh, penting diri dan tak patriotik langsung ketika memandu! Mentang mentangla hang pakai Waja, aku pakai Iswara, hang nak belagak. Oh.. Mentang2 aku pakai plat Sabah, hang pakai plat Penang hang baguih? Huh! 
Luth bengang tol keta tuh.. Dok sebelah keta orang dekat-dekat, pastu nak nak sangat kedepan! Wei pakcik, bini hang nak beranak ke yang kalut sangat tuh? Geram tol aku. Pastu, dia pegi langgar side mirror keta Luth belah kanan.. Panas ati. Terkeluar cermin macam kacang lupakan kulit. Huh! Biadap tol.
 
See? Kerosakan yang aku alami!
 
Ala Luth... Bape duit je cermin tuh.. (mest korang kata macamni kan??kan??) Tapi Luth nih student je.. Mana nak cekau duit nak repair benda alah macamni.. Sapa nak derma angkat tangan!
- Masa tuh, Luth jenuh menyumpah pakcik gelojoh tu.. hehe

Cerita Tiga
Sesudah sampai pulau, Luth dan kakak pon terus menuju ke Gurney Drive untuk meleraikan lara dihati. Sedih pasal cermin tu tak habis lagi. Plan nak jumpa Rahmat (click to see Rahmat's Friendster) lambat lagi.. Urm.. My sis ada hal pulak malam ni.. Kena balik awal. Lagipun kalau balik lewat, nanti mak risau. So, Luth call Rahmat. Suruh dia mai sekarang, petang tu jugak. Tunggu kat nasi kandar Khaleel Gurney.
Kami sampai pukul 630pm.. Jalan kat Gurney jem.. Ramai sangat orang putih kat sini. Tah pehape la depa ni.. Apasal la datang ramai2 kat Penang. Pegi la Singapore.. Kan best.. Sini takdak papa pon.. 

 
Kami parking dekat dengan 7E Gurney
 
Laut dah kering.. Air surut..

Dalam pukul 650pm gitu, Rahmat sampai.. Sorila to all. Tak amek pic pon masa tuh.. Kami prong prang sembang.. Rancak macam dah kenal lama. Rahmat nih ok orangnya.. Tak sombong.. Cakap pon elok.. Masa tu, Rahmat pun ada make appoinment gak nak jumpa member friendster dia.. Nama dia Abi.. Luth dan kakak masing-masing ada FS dan connect ngn Rahmat. Sama la macam Abi. Adik dia pun ada FS dan depa connect ngn Rahmat. 
 
Ni la Rahmat.. Hensem.. hihihi..
Dalam pukul 8 tu kami bertolak ke seberang.. by bridge.. Perjalanan yang suram tanpa side mirror.. Adoii...
Ada lagi cerita maw kongsi.. tapi dah tak larat nak tulis.. Takpela.. Skadar yang mampu.. Thnkx kerana membaca..






Sunday, October 26, 2008

Lawak : Pompuan Lawa VS Pompuan Tak Lawa

"Kalau perempuan lawa pendiam
Lelaki akan cakap:: woow, ciri-ciri isteri idaman...
kalau perempuan tak lawa pendiam
Lelaki akan cakap: eh tak reti komunikasi
betul...



kalau perempuan lawa berbuat jahat
Lelaki akan kata: musti ada krisis dalaman
nih...kesian
kalau perempuan tak lawa berbuat jahat
Lelaki akan cakap: dah la tak lawa, perangai pulak
huduh...

kalau perempuan lawa menolong Lelaki yg
diganggu
Lelaki akan cakap: heroin sejati...!
kalau perempuan tak lawa menolong Lelaki yang
diganggu
Lelaki akan kata: taktik nak ngorat le tu...

kalau perempuan lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: ok gak la....
kalau perempuan tak lawa dapat Lelaki hensem
Lelaki akan kata: kesian..mesti kena bomoh lelaki
tuh!

kalau perempuan lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata: buta kayu betul mamat tu....
kalau perempuan tak lawa ditinggal kekasih
Lelaki akan kata:...patut pun kena reject...

kalau perempuan lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: perasaannya halus...penuh
kasih sayang
kalau perempuan tak lawa penyayang binatang
Lelaki akan cakap: sesama keluarga memang
harus menyayangi.. .

kalau perempuan lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: ntah dato' mana bela nih....
kalau perempuan tak lawa bawa BMW
Lelaki akan cakap: musti anak org kaya nih.....

kalau perempuan lawa tak mau bergambar
Lelaki akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya
tersebar
kalau perempuan tak lawa tak mau bergambar
Lelaki akan kata: sedar pun diri...

kalau perempuan lawa menuang air ke gelas lelaki
Lelaki akan cakap: caring sungguh....
kalau perempuan tak lawa menuang air ke gelas
lelaki
Lelaki akan cakap: nak tunjuk caring le tu....

kalau perempuan lawa bersedih hati
Lelaki akan cakap: dont worry..i will make u happy
forever
kalau perempuan tak lawa bersedih hati
Lelaki akan kata: sikit2 nak nangis!! mengada2...

kalau perempuan lawa masak
Lelaki akan kata: dah la lawa, pandai masak pulak
tu...
kalau perempuan tak lawa masak
Lelaki akan cakap: ntah sedap ke tak????

kalau perempuan lawa main2 miss call
Lelaki akan kata: takpe...
kalau perempuan tak lawa main2 miss call
Lelaki akan cakap: ko ni takde keja lain ke... sibuk
ni tau..

kalau perempuan lawa hantar2 email
Lelaki akan kata: sukenya....
kalau perempuan tak lawa hantar2 email
Lelaki akan cakap: balik2 email dia...boring aku
huhuhu..betul!

Saturday, October 25, 2008

Lagi - Lagi Tag : 30 Soalan Tah tepehape..

Tag kali nih datang dari Cik Farah Fafau.. Rajen tol dia men-tag Luth.. Orang takde keje , memang lagu tu kan..
Ok Fau, Luth dah jawap soalan dari Fau.. Arap berpuas hati..

1.Bekas kekasih saya adalah :
urm.. biarlah rahsia..

2.Saya sedang mendengar :
hujan turun dengan lebat..



3.Mungkin saya patut :
jawap soalan tag nih dan pegi makan.. Lapaq r..

4.Saya suka :

tak larat la nak senarai apa yang aku suka kat sini..
-suka online lelama..
- suka tido lambat
- suka pegi ronda - ronda..
- suka window shoping (jalan je.. padahal takdak benda pon nak beli)
dan bla-bla bla...

5.Sahabat-sahabat baik saya :

ramai.. kawan kawan yang selalu kontek dengan aku

6.Saya tak paham :
aku tak paham soalan ni.. Tak paham

7.Saya kehilangan :
Kawan baik 

8.Ramai yang berkata :
Hang ni makin kuruih la

9.Makna nama saya :
Kelembutan (tapi tak lembut pon.. hahhaa)

10.Cinta itu adalah:
kasih sayang antara dua insan.. 

11.Di suatu tempat, seseorang sedang :
bukak friendster dia dan puji seorang awek yang cun dalam tu..

12.Saya akan cuba :

dapat pointer yang tinggi dalam final exam bulan 12 nanti
 
13.Ayat SELAMANYA membawa maksud :

SELAMANYA??  Bermaksud berkekalan la..

14.Telefon bimbit saya :

banyak r.. tapi fon yang aku suka (sembilu) masuk klinik pulak..

15.Bila saya terjaga dari tidur :
aku bukak laptop, dan tengok berita terkini. Pastu baru bersiap-siap 

16.Saya paling meluat apabila :
orang yang suka cakap besaq dan buat best.. takleh blah btoi..

17.Pesta/Parti adalah :
parti SELALUNYA menganjurkan dosa.. Tak baek woo.. Kalau parti tu bercirikan adat ketimuran, ok la..

18.Haiwan yang paling comel yang saya pernah temui ialah :

Cicak Kobeng.. hahaha
19.Peringkat umur yang paling menyeronokkan bagi saya ialah :

Masa tadika.. Rilex je.. Blaja sambel main..

20.Hari ini :
takdak kelas.. Aku rasa macam tak sihat je.. dua hari berturut-turut kena hujan

21.Malam ini saya akan :

taktau la nak buat apa..

22.Esok pula saya akan :
ingat nakg ronda-ronda sok.. ngan kak.. Nakg penang kot..

23.Saya betul2 inginkan :

sebuah kereta yang sempoi.. Audio smart.. n luaran dia memang cool.. yang penting kaler oren..

4.Ketika anda lihat wajah anda di hadapan cermin pagi ini :

bila la aku nak hensem..
 
5.Pusat membeli-belah atau arked permainan :

pusat beli - belah.. selalu gak pg.. sampai tak larat nak jalan.. 

26.Makanan Barat atau Jepun :
Makanan barat.. Sushi?? Wekk.. wekk .. 

27.Bilik yang terang atau gelap :

kalau dok bawah katil (katil dua tingkat), gelap sikit.. Kalau dok kat meja, terang la..

28.Makanan segera adalah :
Megi.. cepat je..

29.Ayat terakhir yang anda katakan pada seseorang?

b pegi la tido.. B kan letih..

30. Adakah anda ingin panjangkan TAG ini??
xmo.. xmo..

Friday, October 24, 2008

Bengkel Minggu Ini : Tahniah kepada Kumpulan Nor Amirul!


BUKIT MERTAJAM - 20 OKTOBER
Akhirnya penantian pelajar DTP 3A kumpulan Grinding berakhir apabila kumpulan Nor Amirul memenangi bengkel Grinding pada minggu 6 ~ 20 Oktober 2008. Ketua kumpulan, Nor Amirul begitu tekun menyiapkan projek yang diberikan dalam masa 2 minggu dan berjaya menyiapkan furnishing pada minggu terakhir, 20 hb Oktober.

Kegembiraan terpancar diraut wajah ahli kumpulan Nor Amirul, iaitu Shahril, Luthfi dan Hadi kerana mereka dapat pulang awal pada hari itu iaitu pukul 1030 pagi, dua jam lebih awal seperti yang ditetapkan. Sebaliknya, kumpulan yang diketuai oleh Syamsul Qamar tidak bernasib baik kerana mereka gagal menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan. Mereka sekali lagi telah membuat kesilapan dan terlalu "gopoh" untuk menyiapkan projek pada masa yang ditetapkan.

Mereka telah merosakkan satu grinding wheel yang berharga lebih kurang RM150 pada hari tersebut kerana kesilapan Syamsul mengendali mesin pencanai terlalu cepat dan ingin habis awal. Pada hari tersebut, kumpulan Syamsul yang disertai oleh Refandi, Yahudi dan Nurul Ain ditahan dan balik agak lambat iaitu pada pukul 1230 tengah hari.

Amat malang sekali pada kumpulan Syamsul Qamar. Kesimpulan yang dapat dibuat pada buliten hari ini, kita tidak perlu terlalu terburu-buru dalam menyiapkan sesuatu kerja. Walaubagaimanapun ada lambat, pastikan diri anda dalam keadaan cool dan releks. Jika anda terlalu terburu-buru, akibatnya, segala pekerjaan anda akan berhenti ditengah jalan dan mungkin akan gagal.

Sekian saja laporan daripada Luth Textile

Thursday, October 23, 2008

Selamat ke tak ha??

Anda sudah pasti akan memastikan kenderaan anda dalam keadaan selamat dan tidak hilang bukan? Kalau nak safety sekalipon, janganla buat lagu ni.. Malu sangat aih.. Klik 'baca lagi' untuk selanjtnya.. hehehe...

 
yang ni mamang selamat.. Kalau orang nak curi la kan, mesti pening punya mau bukak.. Hahaha.. Nak try?

 
Salah satu pencegahan awal.. Kita mangga kan pintu.. Lagi best.. hahahha...

 
Kalau korang kurang mampu nak rantai stereng macam gambaq kedua tadi, wat gini pun dah memadai kan.. hahahha...


 
Hah.. Kalau rim sukan kereta anda mahal sangat dan takut dicuri.. BuAt macam nih.. Gerenti takkan hilang, melainkan perompak tuh potong rantai besi korang..




Apa yang Luth post kan kat sini adalah salah satu langkah keselamatan untuk kereta anda.. Nak try? Pikir dulu sebelum buang!

Wednesday, October 22, 2008

Umum : 12 Sifat Sahabat

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan membantumu
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu( membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu)

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.


Sungguhpun begitu, kita seharusnya individu yang perlu memiliki sifat-sifat di atas. Semoga persahabatan dan persaudaraan sesama kita sentiasa berkekalan dan menguatkan lagi ukhuwah Islamiah.

PETUA KEKAL LAMA - TERBUKA KEPADA SEMUA

Sesuai untuk yang dah berkeluarga mahupun yang masih solo.......
Ewah ewah ewah... korang suka betul kalau bab-bab nak tahan lama nie, ya?
Kat bawah nie ada petua untuk 'tahan lama'.

KELAPA PARUT

Untuk lebih tahan lama selama 2 tahun.

Belah kelapa dan ambik sebelah sahaja.

Gunakan sebelah pada 31 December 2008. Dan sebelah lagi

pada 1 January 2009. Wah...tahan sampai 2 tahun kan ?

NASI/LAUK

Biar tahan lebih lama,

Jangan gunakan jari pasal jari korang ada bakteria.

Sebab tu lauk cepat basi. Ceduk la pakai sudu ke, sudip ke.

BARANGAN KEMAS TERUTAMA EMAS

Kalau untuk lebih 'tahan lama',

Bayarle zakat utk barang kemas tu atau pakai saja.

Barangan emas bila dah terlalu banyak, kena bayar zakat.

Kalau tak, tetiba hilang atau kena curi, padan muka korang, ha haa...

PAKAIAN.

Nak tahan lama

Jangan rendam dalam serbuk pencuci lama sangat elak guna washing mach.

Jangan jemur bawah mentari terik elak guna bleach.

Jangan bawa mandi kat beach.

Gantung bila disimpan.

Cuci guna air jeram/hujan.

Jangan bagi pinjam kat kawan!!!.

Kalau nak tahan lagi lama PINJAMLAH BAJU MEMBER...

BAJU SENDIRI SIMPAN.


KERETA


Nak tahan lama.

Lepas beli, simpan kat garaj. tutup elok2. jangan bagi angin masuk.

jangan bagi abuk masuk. jangan bagi wap air masuk.

bayar loan bulan2. sampai abis loan. gerenti tahan lama.


KENYANG

Kalau nak tahan lama,

Sebelum makan - baca bismillallah dan doa

Akhir makan - doa dan ucap alhamdullillah. ..

UMUR

Umur nak tahan lama?

Banyak kan senyum, jangan fikir semua masalah dan

jangan merokok!!! (bukan sebab rokok tu bahaya tapi

bazirkan duit saja, kalau duit tak ada banyakkan lagi masalah).

ROKOK

Rokok nak tahan lama?

Jangan hisapplah... ...!!!!, letak atas meja dan pandang saja.

P/S: jangan hisap benda-benda yang dilarang...sendiri mau ingat

hahaaa....

TIDUR

Nak tahan lama tak tidur malam

Rajin-rajinlah tidur siang.

HUBUNGAN

Bertahan lama dalam persahabatan/ hubungan,

Jujur dan ikhlas je!!!!

Last word:

SELAMAT BERTAHAN LAMA...

............ ...sentiasa terbuka dan rasional.

ada lagi..

PETUA BUAH BETIK TIDAK AKAN GUGUR..

Monday, October 20, 2008

Lagi - Lagi Tagged : Soalan pecah kepala!

Lagi - Lagi Tagged kembali.. Tag kali nih datangya dari Saudari cantik manis, Cik Violet a.k.a Fafau.
Urm.. banyak tol soalan nih.. Nampaknye soalan nih banyak tanya soalan "privacy" Luth.. Adoi.. Nih Cik Fafau, Luth jawap soalannye eh..


 [01] Real name: 
 Mohammad Luthfi bin Suib

[02] Nickname: 
Pi ~ kat umah
Fie ~ Member - member rapat
Luth ~ Bloggers

[03] Status: 
Single and not avaiable

[04] Zodiac Sign: 
Capricorn 

[05] Gender:
 Lelaki ~ Men ~ Bro

[06] Age: 
19 tahun 10 bulan 

[07] High School: 
SMT Seberang Perai Pulau Pinang (05-06)
SMK Guar Perahu (04 - 02)
SMK King Edward VII Taiping (02)


[08] Collage
Politeknik Seberang Perai (PSP)

[09] Height: 
178cm/1.78m
[10] Weight: 
I donno (BMI x cukup)

[11] Do you like yourself: 
of coz r..

[12] Piercings: 
lantang?? Tah pelik punya soalan..


[13] Right or left: 
dah kate xde, xde la..

[14] Are you a freak : 
 nop.. Normal..

[15] Hair: 
itam bersinar..

[16] Skin:
sawo matang (kulit penduduk Tanah Melayu)

[17] Allergic: 
 Seafood [ketam, kerang, udang, dll]

[18] What are you doing now: 
jawap soalan pelik nih ha..

[19] What will you doing 1 hour later: 
pegi jusco perda.. jalan-jalan..

[20] What will you doing 10 years later: 
Kawen da ko.. da ada kerja tetap  
 
THE FAMILY
[21] Live with mother/father/parents/family: 
Family loo..

[22] Siblings(included you): 
6 orang [ 3 hero 3 heroin]

[23] Eldest:
Abang

[24] Youngest: 
Adik laki 

[25] Love/hate your family:
Mestila sayang.. asal nak benci lak.. adoi..

THE LOVE
[26] You found your another half: 
yew..

[27] If yes, who is he/she: 
my Miss Sephia

[28]Who you want he/she to be: 
wife [kalau ada jodoh r..]

[29] Time(s) you in relationship: 
baru lagik.. bout a year..

[30] Ever woo boy/girl: 
ada.. hehehe.. 
 
[31] Anyone woo you before: 
rahsia r.. mana leh gitaw..

[32] Did anything wrong to your other half: 
 ish3.. bagi soklan lain r.. 

[33] What was/were the wrong you had done: 
 ish3.. bagi soklan lain r.. 
[34] Ever argue with your other half: 
ish3.. bagi soklan lain r.. 
[35] You with your other half since: 
ntahla..  

[36] Are you straight/lesbo: 
mestilaa straight.. ee.. kena laknat nanti..

[37] Reasons you love your other half: 
sayang.. cinta.. tu je la..

[38] You and your other half in which stage:
ish3.. bagi soklan lain r.. 

[39] You woo he/she or he/she woo you: 
of coz me..

[40] Ever think of marry he/she:
adala jugak.. yang pasti bukan dalam pembentangan Bajet 2009

THE FRIENDS
[41] Your first best friend: 
First? Dulu kat sekolah rendah rapat dengan Zulkifli Adjis

[42] Your first enemy: 
urm.. tak ingat dah.. tah mati ke tah budak tuh..

[43] The friends you love the most: 
urm.. sapa dia eh.. takdak kot.. suma besa-besa ja..

[44] The enemy you hate the most(1only): 

[45] Your most beautiful girl friend: 
My Miss Sephia (gel pren gua.. haha)


[46] Your most handsome boy friend: 
Hensem a.k.a Syamsul


[47] The kind of girl you hate the most: 
buat best, suka kaver cun padahal tak cun pon, minah pokpek, kedekut, tak sporting, sombong bila aku ajak kuaq.. haha..


[48] The kind of boy you hate the most: 
buat pala, juah (cakap besaq), suka menunjuk, ingat dia ja yang best.. n more.. 

[49] You fall in love with your close friend before:
dulu-dulu ada r.. cerita lama..

[50] Your best friend is your ex-lover: 
Nop.. tidak sama sekali..


[51] If your friend backstabbing you: 
ada la jugak.. sial betol..

[52] If your friend betray you: 
ada.. bila kita buat baik ngn depa, depa kianat kita balik.. ala.. manusia kan..

[53] If your friend woo your lover: 
try tengok.. nak kena flying kick meh r..

[54] If your friends fall in love with you: 
sory,, not avaiable.. carik jantan len r..

[55] If you fall in love with your best friend:
mintak2 la tak gini.. kawan g best kan?

THE STUDIES
[56] Are you a good student:
sometimes.. depands la jugak.. kalau masa tuh rajin je, baik la.. 
bila arituh rasa baloq (malas) jadi setan r.. hehehhe..

[57] You always done your homeworks/assignments: 
Musti..Kalau tak sempat siap, pinjam asgmnt member.. copy kan senang.. hahaha

[58] The teacher/tutor you love the most: 
Cik Kapal @ Ajmir..
mengajar tak paham langsong.. Tensen je dalam kelas dia.. Paham2 jela..

[59] Always late to school/college:
 Late? sometimes.. Kalau dah lewat sangat, better xpyah p kelas.. right?

[60] Your class: 
Mechanical Engineering in Manifacturing

[61] You love your seniors:
Tak dop..

[62] Senior who you love the most:
Tak dop..

[63] Your classmates good/bad: 
suma ok.. tapi sorang ja yang tak ok..

[64] Excellent result classmate: 
Hadi [Skema jawapan]


[65] Laziest classmate: 
Tah... tak baik kata kat orang.. 
Mok kot..

THE PEOPLE
[66] Smart people:
Smart people bila depa dressing smart.. urm.. bila seseorang tuh bijak handle sesebuah perkara dan dapat mengatasinya dengan cool..
 
[67] Stupid people: 
Bila otak depa letak di kepala lutut.. Hampeh..

[68] Good looking people: 
camna eh nak jawap.. seseorang tuh yang berwatak menarik je la.. tak tau nak describe r..

[69] Ugly people: 
Takde manusia yang ugly.. semua ok..

[70] Funny people: 
Mr Bean.. haha

[71] Cute people: 
Cute?.. ramai sangat la.. Cik Fafau cute gak.. :P

[72] Bad people: 
bila sesorang tuh kuar dalam paper or dekat tv.. bad la tuh.. wat jenayah kew.. korap ke.. salahguna kuasa ke.. gila kuasa ke.. tak sabaq nak jadi PM ke.. 

[73] Honest people: 
Bila sesorang tuh dia buat sesuatu perkara yang dia dah janji.. Kalau pada satu masa tuh dia naikkan harga minyak, pastu dia dah janji akan turunkan harga minyak , bila dia dah turunkan harga minyak, dia tuh orang yang honest r.. 
ayat berterabor.. pening..

[74] Acting people: 
bila orang tuh dia cakap tak serupa bikin.. Cakap lain, bikin lain.. Cakap bukan main gah, tapi habok pon tarak.. Itu macam Sevaji the Boss da..

[75] You are what kind of people:
Banyak berbakti kepada kita, banyak buat baik dan berjasa.
Orang nih betol2 baik dan dihormati.. banyak g spec yang nak tulis.. tak larat dah nih..

THE PREFER
[76] Lip or eyes: 
Nak dua dua r.. Mula-mula eyes, pastu baru lips.. 
tamak tol

[77] Hugs or kisses: 
dua-dua nak.. Tapi preffer kiss lagi.. 
gatai

[78] Shorter or taller:
Taller.. rasa best je

[79] Hesitant or spontaneous:
Spontaneous.. Rilex je orang gini.. Cooll..
[80] Nice stomach or nice arms:
Arm.. Macam kuat je.. 

[81] Listener or talker: 
Talker.. Listener xbest..

[82] Romantic or rich: 
Biaq romantik walaupun kita tak kaya.. Kekayaan tak akan kekal lama..

[83] Good husband or Good Father:
Good Father

THE FUTURE
[84] Age to get marry:
10 taon lagik.. dalam 29 ok kot.. 30 ke.. bujang dulu puas - puas.. 
 
[85] Numbers of kid(s):
oleh krana harga barang sekarang nih makin lama makin naik, 4 orang ckop r.. 2laki 2pompuan..
brangan...

[86] Career: 
Nak jadik Engineer terhormat.. Insyaallah

[87] Salary:
6k keatas..

[88] Retirement age:
55 dah r.. standat..

[89] Properties value: 
tah.. no komen..

[90] Wishes:
Semoga Allah meredhai setiap apa yang aku lakukan dan merahmati aku sekeluarga..
Mintak-mintak aku berjaya dalam pelajaran ...
Nak bahagiakan parents dengan hasil usha aku sendirik..

THE VICTIMS

[91] Marzuki Jalil - Dilarang Melarang

[92] Neo - Si Makcik Potpek

[93] Dady Cool - Cikgu skolah yang riang

[94] Nur Najihah -Gadis yang suka reformasi

[95] Zara - the black emo

[96] Ixora - Makcik yang suka akan kecantikan

[97] Arip yakub - dok bersyair jer...

[98] Cik Pijah - dok opis diam-diam noooh..

[99] Zahirah - Makcik cintan cinton

[100] Honey - nah amek tag nih.. jawap

[101] Farina - dah abes raya kan.. jawap tag ambo k..

[102] Ihsan - Ko borink kan?

[103] Ezo - Jejaka hensem dari UKM

[104] brader CM - lapaq cendoi lagi kaa?

[105] Anap Ilmi - dengar kata hang rilex kn?

[106] Kacipo - jom tenangkan fikiran bersama tag

[107] Hana - dah lama tak blogging? meh jawap

[108] Idz - brader macho.. cool je..

[109] Fadli Khan - Raya dah abes dah..

[110] Ikhwan Fikri - Jawap weyy...

[111] dan sesapa yang nak jawap tag nih, dipersilakan!

                  

Sunday, October 19, 2008

Chi's Sweet Home : Anime Terbaik untuk Pencinta Kucing

 
Luth betul betul tertarik akan jalan cerita anime nih.. Memang best! Chi's Sweet Home mengisahkan kehidupan seekor kucing liar yang kehilangan ibunya ketika berjalan-jalan. Apabila Chi kehilangan ibunya, Chi pergi ke sebuah padang permainan berdekatan lalu menangis teringatkan ibunya. Kemudian, dia terserempak dengan seorang budak lelaki yang jatuh dihadapannya dan lalu budak tersebut mengambil Chil dan Chi dipelihara oleh keluarga budak tersebut. Chi, seekor kucing yang malang.. [tak rugi baca posting nih]

Chi pada mulanya tidak sesuai tinggal bersama manusia pada mulanya agak ganjal dan takut pada isi rumah keluarga tersebut. Kisah ini memang lucu. Perasaan Chi ditonjolkan dalam setiap episod Chi's Sweet Home.Cerita ni asalnya daripada manga dan dijadikan anime oleh Tokyo TV
  
 
Nah Luth sertakan Chi's Sweet Home Episod 01
Tengok, Jangan tak tengok k! 
 
Kepada member-member yang tak pernah lagi tengok anime Chi's Sweet Home, boleh dapatinya disini... Jom tengok Chi...