Tuesday, March 31, 2009

Itu Ini Itu Ini

Dah nak masuk tiga bulan, aku dan dia masih lagi dalam situasi yang sama. Sabar. Sabar. Itu merupakan keyword yang aku gunakan pada setiap hari.

Terima kasih kepada dia yang sanggup menemani aku tika saat ini. Aku amat menghargai kawan yang baik seperti kamu. Aku amat menghargai. Kalau kamu berkawan denganku pada masa ini atas dasar simpati, pls tinggalkan aku dan jika sebaliknya, aku berterima kasih.

Tapi, sampai bila keadaan ini akan terus berlaku? Sampai bila? Tempoh enam bulan akan berakhir lebih kurang dua bulan lagi. Aku harap, selepas tempoh enam bulan ini, dia akan kembali seperti biasa. Itu harapanku.

Monday, March 30, 2009

Terima Kasih Daun Keladi

Terima Kasih diucapkan kepada Perdana Menteri kita yang akan mengakhiri tugasnya tak lama lagi. Tugas beliau akan diteruskan oleh YAB Dato Seri Najib Tun Abdul Razak, yang akan menjadi Perdana Menteri Malaysia yang ke Enam
Terima kasih kerana menjadi pemimpin no 1 Malaysia walaupun tempoh perkhidmatan anda tak lah selama rekod pemerintahan Dr Mahathir. Walaupun dikecam pelbagai pihak, Pak Lah tetap sabar dan sikapnya itu menunjukkan keperibadian beliau yang amat tinggi.
Luth pernah bersalaman dengan Pak Lah semasa beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri pada tahun 2003. Masa tu, Luth baru tingkatan dua. Ada program berbasikal bersama TPM di sekolah Luth, SMK Guar Perahu. Bangga juga Perdana Menteri ke lima merupakan PM dari Pulau Pinang.
Tahniah kerana dapat bersara awal. Luth rasa, orang yang sebaik Pak Lah memang tak dapat memerintah dengan lama sebab kelemah lembutan dan ketinggian agamanya menghalang dia berbuat seperti orang lain.
Zaman pemerintahan Pak Lah dilabel sebagai zaman pemerintahan Si Lembik. Tak mengapa. Segalanya dah berlalu. Luth harap, Dato dapat berehat bersama isteri tersayang.
Semoga sihat selalu dan diberkati Allah. Salam hormat dari Luthtextile.com

Sunday, March 29, 2009

Saturday, March 28, 2009

PS Tool : Bubble Baloon Shape

Dah lama tak share Ps Tool kan. Ok, hari ini Luth nak share dengan anda satu tool yang agak menarik, iaitu Bubble Baloon ataupun orang cakap Cartoon  Dialog.

Haha, Photoshop anda pasti takkan lengkap tanpa shape ini kerana mungkin pada anda yang suka mengedit gambar tu, nak buat macam tengah bercakap or nak buat komik sendiri ke kan, shape ini ada kesemuanya bentuk yang anda hendak.

DOWNLOAD BUBBLE BALOON SHAPE PACK 1

Thursday, March 26, 2009

Apa nak jadi dengan Tulisan Jawi?

Luth amat sedih sekali apabila mengenang nasib tulisan jawi yang makin lama makin dilupakan oleh kita, orang Melayu.

Apa nak jadi dengan tulisan kebanggaan kita tu? Tahula sekarang ni kita menggunakan tulisan Rumi yang mana telah memudahkan kita berkomunikasi dengan rakan - rakan kita yang berlainan bangsa menggunakan bahasa Melayu.

Luth sokong sesetengah pihak yang mana sanggup berjuang sampai turun ke jalanan, mempertahankan bahasa ibunda kita, iaitu bahasa Melayu. Tak kisah makan asap pemedih mata sekalipun, perjuangan mempertahankan bahasa kebangsaan perlu diteruskan.

Tetapi depa semua lupa, dalam diam, kita mengabaikan tulisan kebanggan kita, tulisan Jawi. Lihatlah sekarang, remaja Melayu bukanlah semua pandai membaca tulisan jawi seperti mana rakan - rakan kita berbangsa Cina yang menggunakan tulisan Cina dalam banyak blog - blog mereka.

Kemodenan arus semasa turut menenggelamkan penggunaan tulisan Jawi kan? Mungkin, ada sesetengah orang Melayu kita berkata, "Alah, orang dah tak pakai tulisan jawi la. Hang ni ketinggalan zaman" dan mungkin mereka akan berkata "Ni bukan zaman P.Ramlee, dalam filem Ali Baba Bujang Lapok" Sedih juga mendengar kenyataan macam tu.

** Terlintas Luth nak tulis pasal tulisan Jawi ni sebab setiap hari Isnin, Luth membaca akhbar Utusan Melayu yang mana disertakan sekali dengan Utusan Malaysia setiap minggu. Luth lihat, tak ramai rakan - rakan sekerja di tempat Luth praktikal sekarang membaca akhbar Jawi tersebut.


Mereka hanya melihat dari jauh sahaja dan tidak mempedulikan akhbar tersebut. Kenapa ya? Mungkin, mereka tak tahu nak membacanya. Wallahualam.

 Terima Kasih kepada Kak CuteMiut87 atas award ini. Im in her top 50th Followers

Nanti bagi award lagi eh kak.. Hihi.. Luth akan simpan disini ok.

Wednesday, March 25, 2009

Apa Pencapaian Kamu?

Pejam celik, pejam celik dah nak dekat tiga bulan Luth mempraktikalkan diri di kilang kain ni ha.12 hari bulan April ni, genap la tiga bulan. Cepat kan masa berlalu?

Ada seorang pekerja dikilang ni, senior staff selalu berpesan kepada Luth. "U orang kalau tak mau belajaq, u orang sendiri rugi. Wa tarak rugi" pesan dia. Kemudian, Luth kata pulak pada dia "Kita tak kesah, kita mari sini memang nak belajar. Sapa ajar, kami ikut" 

Dia kadang - kadang marah juga pada staff baru yang lain, sebab banyak tak menghormati boss. Ini menyebabkan mutu kerja seseorang tu amat teruk, dan lepas tu dibuang kerja. bagi Luth, ini tak mungkin akan berlaku pada diri ni. Kita sebagai manusia yang nak belajar, kenalah hormat menghormati pada orang yang lebih tua dan yang lebih berpengalaman.

Semalam pertama kali Luth balik lewat dari tempat praktikal. Habis basah satu badan. Peluh punya pasal. Pertama kali basah teruk - teruk macam tu.

** Dah lama tak update. Agak sibuk ketika ini. Jom dengarkan DesaFM bersama Luth pada jam 8 - 10 malam setiap malam. 

Sunday, March 22, 2009

Tutorial Photoshop Basic : Jom Buat Image ber-boder!

Dah lama tak buat Tutorial Tutorial Photoshop. Haha, tutorial kali ni merupakan tutorial yang direquest oleh Kak Intan yang rajen bermain dengan photoshop!

Tutorial kali ini merupakan tutorial yang amat basic bagi orang yang amat mahir dengan Photoshop, tapi bagi orang yang tak mahir menggunakannya, ia amat sukar diaplikasikan. Ok. Tutorial kali ini amat ringkas dan mudah!


 Ok, itu merupakan gambar yang tak diedit dan tidak dibuat frame. Amat biasa kan? So, kita ikuti langkah - langkah untuk membuat frame biasa - biasa.

PERGI KE LAYER >> LAYER STYLE dan pilih BLENDING OPTION

Kemudian, ada satu kotak akan keluar selepas anda memilih blending option tersebut. ( Pastikan anda telah memilih layer yang anda hendak membuat frame tersebut)


Kemudian, Pilih Stroke dan akan keluar macam ini yer

Ok, Sudah Siap. Senang kan? Gambar anda akan jadi macam ni


Aha, style ini boleh diaplikasikan kepada Tulisan juga. Anda boleh membuat frame atau boder pada tulisan yang anda buat tersebut. Contohnya seperti dibawah ni!

Friday, March 20, 2009

2009 - Tahun Penuh Cabaran

Ramai orang kata, memang tahun 2009 merupakan tahun yang amat mencabar bagi kita semua. Luth tak nafikan kenyataan tersebut.

Kenangan 2008 yang amat manis dan pahit merupakan sokongan bagi kita untuk meneruskan kehidupan yang amat mencabar pada tahun ini. Tahun ini merupakan tahun yang terpedih dalam hidup Luth setelah 20 tahun hidup dimuka bumi ini.

Pelbagai dugaan yang dihadapi, walaupun kita baru sahaja menempuh bulan yang ketiga dalam tahun ini, ia membuatkan Luth berasa amat pedih dan kesabaran teruji.

Semoga "perkara buruk" yang dicanang oleh semua orang mengenai tahun 2009 tak menjadi realiti dan hanya ramalan semata - mata.

* Aku kuat dengan lagu ini. 

Sunday, March 15, 2009

Lagi - Lagi Tag : Tag Birthday dari AhmadSufi

Adoi, Luth dah kena Tagged oleh Sufi. Dah lama da Luth tak layan tag. Dah banyak kali da kena tag, tapi masa tu Luth sebuk. So, sekarang ni ada la masa sikit nak buat tag - tag neh.. Ok.. Ini syarat - syaratnya :

The rules are:

1) Make a list of what u want on your birthday
2) The list should be 10 numbers
3) Post the image of this award to your posting
4) Give it to 10 frens of yours


Untuk pengetahuan u'all dan ekspesiali Ahmad Sufi, birthday Luth dah lepas dah pun pada awal tahun haritu. Kalau nak tengok, klik sini. Luth jawap je la tagged neh, untuk birthday tahun depan. 


  1. Nak dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki. 
  2. Nak celebrate birthday seperti biasa, bersama mak, ayah, abang, kakak dan juga adik. Tak lupa bersama si dia. 
  3. Masa hari tu, nak juga diistiharkan cuti semperna ulangtahun kelahiran Luth. wakakak..
  4. Nak semua orang wish, tapi jangan kata Luth jadi orang tua.
  5. Haritu, nak jugak dapat call dan sms free dari Maxis dan Celcom. (tahun ni tak dapat nak enjoy call free dari Celcom)
  6. Hadiah? Bagi sebijik BMW M6 cukup la.
  7. Tak pun bagi cash rm10k ke, untuk modified kereta kebalku.
  8. Nak Nikon D60 ~ Ubey boleh la bagi hadiah tu kat aku!
  9. Nakkan domain + hosting free ~ Zaki, boleh la..
  10. Dah lama dah guna laptop ni. Nak jugak laptop baru.
Ok, itu merupakan 10 wishlist Luth. Cukup - cukupla untuk wish tahun depan. Kita tengok sapa yang kena :

  1. Cik Flora Allan
  2. Cik Munirah
  3. Cik Intan MGM
  4. Encik One Z 
  5. Encik Ihsan 
  6. Ustaz Yeop 
  7. Cik Zahirah 
  8. Cik Ochie 
  9. Cik Yanie 
  10. Cik Yaya 
Ok, Luth harap anda akan jawap assignment anda ini! Happy blogging!

USHAR WAYANG : DRAGON BALL EVOLUTION 2009

Ramai orang nak tengok citer dragon ball evolution rite? Ok, Luth dah tengok cerita nih. Not bad la.
Apa yang Luth tak suka, ialah pada watak utama cerita ini, iaitu Goku yang amat tak hensem dan tak kena langsung pada gayanya!

Ada ke Goku jepun jadi orang putih! tak kena langsung! Efek dalam movie nih tak la segempak yang di-iklankan. Biasa biasa je. Kalau nak tulis semua, memang tak larat.

Kepada anda yang betul betul gilakan cerita dragon ball tu, pegi la tengok. Jalan cerita dia pun ok la jugak. Nampak macam nak cepat abes je. Terlalu laju. Apa - apa pun, tetap puas dapat tengok cerita neh.

Terima kasihla kepada Villa Hang Tuah kerana belanja tengok cite neh. Next time belanja la lagi eh!

Rating Luth :

tak ada mood nak bloging dan blog walking pada masa ni

Saturday, March 14, 2009

Oh Taman Guar Perahu!


Gawatlah juga hari ini. Kali pertama dalam tempoh tujuh tahun Luth menetap di taman ni, berlaku perkahwinan dan juga kematian dalam satu masa.

Ada orang yang sedang bergembira meraikan hari bahagia masing - masing dan ada daripada mereka yang berduka dan sedih kehilangan orang yang tersayang. Terdapat banyak kenduri kahwin diadakan di taman Luth ni dan ada dua kematian yang berlaku pada hari ini juga.

Kepada mereka yang meraikan perkahwinan mereka, khasnya kepada anak saudara Luth, Nurul dan pasangannya diucapkan tahniah dan semoga hubungan anda akan kekal sehingga keakhir hayat.

Jiran selorong Luth, telah kembali ke rahmatullah pada jam 3 pagi tadi. Dia meninggal akibat sakit jantung dan kencing manis. Sebelum ni, ayah Luth ada ikut dia pegi ke Kelantan, semasa perkahwinan anak pertamanya pada hujung tahun lepas. Sekejap je masa berlalu.

Luth juga kehilangan salah seorang rakan baik Luth, iaitu Hilmi Hassan. Teringat Luth pada Helmi, seorang yang peramah dan suka bergurau. Ada saja je benda dia nak gelak. Memang kalau duduk dengan dia, pasti akan gelak besar. Tapi, sekarang dia dah tak ada. Hari ini merupakan hari terakhir Luth dapat jumpa dia, dan lepas ni Luth tak akan dapat jumpa dia lagi.

Semua itu dah ditentukan tuhan. Kita tak boleh nak lawan takdir tuhan. Hilmi kemalangan semasa menunggag motosikal bersama rakan ke post office.Kawan dia, Fadhirul terlupa nak bawa gambar untuk renew lesen. Then, mereka buat U - turn untuk patah balik dan motor yang mereka tunggang dirempuh oleh sebuah motor yang laju dari arah Bukit Mertajam.

Hilmi jatuh diatas jalan dan rakan dia sempat bangkit lari ketepi. Hilmi mengalami pendarahan didalam kepala dan disahkan meninggal dunia dalam perjalanan ke General Hospital Penang. Kenapala doktor di Hospital Bukit Mertajam tak mau hantar terus ke Penang? Kenapa nak juga hantar ke Hospital Seberang Jaya kalau tahu HSJ tak dapat nak rawat?

Inilah masalah yang dihadapi dihospital kerajaan. Tapi, bukan semua hospital macam tu dan ia bergantung juga pada kes. Kalau kronik macam tu, kenapa tak pegi GH saja. Kan senang?

Apa - apapun, kita sedekahkan Al Fatihah kepada mereka yang pergi pada hari ini.

Thursday, March 12, 2009

Terima kasih jiranku!

Ini merupakan entry khas ditujukan kepada jiran dihadapan rumah Luth.
Luth baru je make up kereta Luth comel - comel. Dan secomel mungkin. Tapi, ada je orang yang nak iri hati. Aduih..

Itu merupakan peta lokasi dimana kereta Luth dicium oleh kakak depan rumah tu. Tak tau nape dia boleh pegi cium pintu kiri kete Luth. Pintu kiri belakang. Pada hal, rumah dia tu jauh dengan tempat Luth parking.

Cerita ni dah lama, tapi Luth simpan je. Tunggu masa free nak post. Tak silap kejadian ni berlaku 6hb March lepas. Pagi - pagi.

Pada malam sebelum kereta Luth dicium, Luth ada sembang dengan kak Luth pasal nak tukar bumper depan dan bumper belakang kereta. Luth la, saja gurau - gurau nak tukar bumper depan/belakang bumper besi. Senang sikit nak sondol kereta orang. Kononnya nak buat jahat la, katakan.

Sebenarnya Luth tak ada niat nak pedajal orang, melawak je. Tut tut besoknya, akak depan rumah ni dia pegi cium pulak! Adeh, pagi tu Luth tepuk tahi je. Menyesal aku sembang "loqlaq" semalam.
Semalam, 11/3 akak depan rumah ni ada jumpa Luth, masa Luth tengah dok pomen kereta. Dia datang tanya pasal pintu. Dah buat ke tak lagi. Luth kata, tak ada duit nak buat. Then, dia suruh Luth buat dulu, lepastu dia bayar.

Mana nak korek duit. Benda memang la tak kemek teruk, tapi nampak jugak tu..

Wednesday, March 11, 2009

Ini Tidak Adil!



Harapkan cempedak nak jadi nangka! Buah lain pulak yang jadi! Last week Luth dapat bercuti pada hari Jummat, 1 : disebabkan ayah kena tahan di wad dan 2 : staff lain turut cuti pada hari Jumaat.

Impian hanya jadi kenyataan sekali sahaja. Baru aritu ada sembang.. 
Adoi.. Tak tahu la.. Daripada hari tu cuti 3 hari, 4 hari kerja kena kerja pulak hari Jumaat.

Jeles la dekat member - member yang mana cuti hari Jumaat. Penfabric Mil 3 dapat cuti 3 hari, tapi Penfabric Mill 4 tak dapat pulak. Adoyai! Rugi mampus.

Ni semua sebab boss Maintanance la pegi tanya dekat boss engineering. Dia tu tak boleh pakai betul! Tak boleh tengok orang senang! Kannei!

Tuesday, March 10, 2009

Raintown With Love

Dari Permatang Pauh ke Taiping. Itu la yang boleh disimpulkan petang semalam. Sebenarnya, Luth hanya nak ke bank, tapi alih - alih dah sampai ke Taiping. 


Haha, semalam Luth ditemani oleh Cik Anor juga ke bank. Dia pun memang nak ke bank untuk bank in duit, Luth nak ke Maybank. Alang - alang, kami pergi la sekali. 


Lepas ke bank, macam boring la pulak. Nak ke pantai, dah bosan.pulak. Dah pergi dah aritu. So, cadangan pertama nak ke Parit Buntar. Sebab nak pegi pasar malam yang besar kat pekan Parit Buntar tu. Sapa yang tahu eh bilanya pasar malam di pekan Parit Buntar tu? Luth pernah pegi sekali je.


Kemudian, dah naik highway, malas pulak nak turun susur keluar Jawi dan Bandar Baru, Luth terus ke Taiping. Anor tak kata apa pun. Dah lama Luth tak ke Taiping. Dah 3 bulan. Rindu.


Kami bertolak jam 410pm dan sampai ke Taiping lebih kurang 450 +- 5 pm. Cepat tul naik highway. Rasa macam berbaloi bayar tol RM8.50 ke Taiping dari bayar tol jambatan, RM7 ke Penang. Bosan!

Masa kami sampai, hujan dah turun. Dan ada sikit renyai - renyai. Best la jugak, dapat tenangkan fikiran disana. Setiap kali ke Taiping, Luth rasa mesti aman. Tenang. Syahdu. Kepala rasa rilex saja. Tak macam di Bkt Mertajam, serabut sangat. 





Monday, March 09, 2009

Gegarkan RNR Bagan Ajam!

Semalam (Malam Sabtu) Luth ada join satu TT yang diadakan oleh SagaIswara Club ataupun dikenali sebagai SIC. Tempat yang dijanjikan, di Subaidah Highway, Seberang Jaya jam 9 malam. Tapi, Luth sampai 30 minit selepas tu. Ingatkan tak ramai malam tu, tengok - tengok dah ada 6 meja.

Jenuh la nak salam sorang - sorang. Tapi tak kesah. Demi menjalinkan hubungan silaturrahim, kami tak kesah. Kan menjalinkan persahabatan dapat pahala.

 Pada malam tu, Luth janji nak ambil stiker rasmi SIC. Dah lama join, tapi hari tu baru je nak beli. Sebelum neh, kami ahli SIC secara haram. Haha, bermula malam tu, Luth dan kawan, Syukri bergelar ahli SIC yang sah! kami bertolak dari Subaidah ke RNR Bagan Ajam jam 11 dan berkonvoi dari Subaidah ke Bandar Perda.

Saja la nak bikin gempak. Segan Luth, depa semua naik kete dah modified. Tapi Luth standat je. Tapi tak la "pekak" sangat.  Kami sampai sana nak dekat 12 tgh malam. Dah ramai rupanya. Malam tu, ada pertandingan lawan sound sistem. Gempak gila.

Geng kami dari SIC pon ada lawan sound juga. Tapi, tak la sehebat orang lain. Diorang yang lain tu semua dah masuk autoshow dan menang pingat lagi. Tapi takpa, layan~


Kat bawah nih ada video lawan soundsystem. Tengok la ok. Visual kurang memuaskan sebab malam. Tak clear loo..

 
 

Sunday, March 08, 2009

PPSMI : Perhimpunan yang memalukan!

Bagi Luth, perhimpunan yang diadakan semalam bermula dari Masjid Negara dan diakhiri di Istana Negara amat memalukan Luth sebagai rakyat Malaysia yang demokrasi.
Malula, satu dunia tengok gelagat orang Malaysia yang menggunakan jalanraya sebagai medium untuk meluahkan perasaan dan nak mempertahankan sesuatu. Dulu, tak ada pon perarakan sebegini, tapi sejak akhir - akhir ni, banyak sangat demonstrasi yang menyebabkan kekecohan berlaku.
Kenapa jadi macam ni? Kalau nak mempertahankan bahasa, kita boleh adakan perhimpunan dengan aman dan tak perlu disakiti oleh polis. Ni dah jadi macam ni, tahu pulak salah dan tuding jari pada pihak berkuasa. Come on la beb, kalau nak berjuang, jangan buat kecoh macam tu. 
Tak guna buat macam tu, penat dapat, sakit pun dapat. Yang rilex pemimpin politik yang berada diatas. Kita rakyat yang dibawah serupa bodoh diperkudakan mereka. Luth tak sokong mana - mana parti politik, tapi sejak akhir - akhir ni, banyak tragedi yang memalukan berlaku di negara kita.
Dimana keamanan dan kestabilan yang kita perolehi dulu? Bantahan semalam tu Luth tak dapat lihat seperti mempertahankan bahasa, tetapi lebih kepada taktik politik. Macam - macam!

Saturday, March 07, 2009

Keluar cari ketenangan


Kenapa orang suka kata, kalau nak release tension, baik pergi ke pantai ha? Anda sokong ke tak, pantai merupakan salah satu tempat untuk melegakan tekanan dan menyejukkan hati?

Luth sokong apa yang dikatakan oleh orang ramai. Bila kita ke pantai, rasa rilex sangat. Tenang dapat tengok air laut. Kalau ke pantai, tak sah kalau tak main air. Tengok ombak, rasa angin di tepi laut, sejuk kepala.

Nasib baik la Luth tinggal di Pulau Pinang, dapat juga nak rasa angin pantai, dapat lepak di tepi pantai dan juga dapat main air laut. Kalau duduk di kawasan yang jauh dengan pantai, mesti tak dapat nak merasa semua nih.

Kalau di Seberang Perai ni, banyak pantai boleh pegi lepak. Yang terkenal dan terpanas, dekat RNR Bagan Ajam. Disitu banyak function. Malam minggu paling meriah. (Malam minggu = Malam Sabtu)
Tak lupa juga pada gath SIC. Dah lama Luth tak turun jumpa.

Kalau pegi sana, tak lupa nak tengok matahari terbenam. Memang cantik. Memang seronok. Tapi, kena tengok kejap ja. Sebab masa tu banyak setan berkeliaran. Takut. Kena la balik cepat - cepat.
Semalam Luth ditemani oleh kawan baik Luth, Anor. Dia baik. Sudi sembang - sembang, sudi share macam - macam. Bagi nasihat. Terima kasih la sudi keluar.

Terima Kasih Jiran!

Argh.. Aku baru je pakai kereta.Tak sampai satu tahun. Huh! Ada saja tak kena. Aku bukan kacau hampa semuua pun. Aku letak kereta aku depan rumah aku je. Tak kacau tanah pak hang pon!



Friday, March 06, 2009

Seronok la tu!

Akhirnya, doktor bagi ayah Luth keluar daripada wad 9, di Hospital Bukit Mertajam. Doktor kata, "battery" yang ayah pakai sekarang ok dan tak ada apa - apa kesan akibat kemalangan dua hari lalu.Alhamdulillah la, akhirnya ok.

Ni semua agenda Luth la bawa ayah ke hospital malam tu. Takut apa - apa jadi punya pasal, baik kita ambil langkah awal, biar kena tahan wad. Asalkan kita puas hati, keadaan ayah macam mana. Sekarang, doktor kata ok, sat lagi boleh la balik.

Lebih kurang pukul 3 ayah dibenarkan pulang. Abang ipar dan kakak Luth dah siap pegi tunggu. Luth tak payah susah susah pegi ambil. Depa yang pegi amek.

 ** Erm, teringat pulak kt arwah ayahSephia. Dulu, ayah dia pun masuk wad yang sama jugak.

Wednesday, March 04, 2009

Cabaran demi Cabaran

Pagi tadi, ayah Luth kemalangan semasa perjalanan menghantar kakak Luth ke tempat kerja. pagi tadi juga, hujan memang lebat gila. Jalan "ban" di Permatang Nibong memang licin. Moto yang dinaiki oleh ayah Luth terbalik dan menyebabkan dia dan kakak Luth terpelanting ke tepi jalan dan ayah Luth masuk ke bendang.

Tak ada luka - luka serius kelihatan. Cuma ada sedikit luka di lutut ayah dan terdapat bengkak ditangan kirinya. Kakak pulak, hanya lenguh lenguh badan. Luth tak tahu, sampailah petang tadi selepas balik dari praktikal, mak memberitahu perkara ni pada Luth.

Petang tadi, Luth tengok tangan kiri ayah dah membengkak, takut betul. Dah jadi hitam sebelah kiri. Untuk pengetahuan anda semua, ayah Luth sedang memakai "battery" yang dikenali sebagai peacemaker, iaitu mesin pengepam darah kedalam jantung. Ayah Luth sakit lemah jantung.

Luth risau akan battery ayah terjejas sebab kemalangan tadi. So, lepas maghrib tadi Luth terus membawa ayah ke Hospital Bukit Mertajam. Takutlah, apa - apa terjadi kemudian, payah. Baik kita cegah daripada benda benda tu dengan pegi memeriksa dengan doktor. Luth bawa ayah ke wad kecemasan. Dan sekarang dia ditahan di Wad dan masih dalam "pemerhatian"

Harap - harap ayah tak apa - apa dan terus sihat. Tak mahu la sejarah yang lalu berulang kembali. Apa - apa pun, aku tetap bersabar dengan segala ujian. Pengalaman dan sejarah yang lalu telah mematangkan diri Luth. Benda ni datang dari Allah. Kita sebagai manusia kenalah meghadapi dengan sabar.


Kalau tak ayah masuk hospital harini, Luth tak berpeluang berjumpa warden sekolah Luth dulu, iaitu Cikgu Rashidi, warden blok Luth masa dekat asrama Teknik Seberang Perai. Dia masuk klinik kecemasan sebab kaki dia dihempap oleh Pemadam Api yang dipasang di tiang sekolah. Dah lama tak jumpa dia. Tut tut tersempak. Tu lah kebetulan.

** Patutlah Luth tak sedap hati nak ke Penang malam ni. Ada sebab rupanya.

Tuesday, March 03, 2009

Gawat Oh Gawat ~ Best ke?

 
Semalam, seperti yang diwarwarkan sebelum ini, pihak syarikat melaksanakan cuti tiga kali seminggu. Bermula semalam, group A bekerja dan dibantu groupC (iaitu pekerja kontrak) manakala group B bercuti. Pada hari jumaat ini, group akan bekerja dan group A akan bercuti.

Luth masuk group mana? Ha, lepas je Luth tanya pada boss Engineering, Mr. Cheng, kami trainee ikut syif normal, iaitu group A. Hah, bagusla macam tu. Luth memang suka kalau cuti hari Jumaat. Lajak terus tiga hari, Jumaat Sabtu Ahad. Wow, bestnya.

Tapi, boss maintanance, Mr. John tak bagitahu apa - apa pun lagi kat kami, cuti ke tak hari Jumaat ni. Korang doa - doakanlah ye Luth dapat cuti hari Jumaat neh, hehehe..

By the way, kilang neh masih boleh dikatakan bertuah berbanding kilang - kilang yang lain. Yela, ada sebuah kilang di Kulim, KERJA SEMINGGU CUTI TIGA MINGGU. Gila, macam mana tu. Habisla orang yang ada anak bini dan yang mana ada hutang keliling pinggang. Teruk la nak tanggung!

Syarikat Luth neh jangka, cuti tiga hari seminggu ni dilaksanakan hanya satu bulan DAN bergantung pada keadaan semasa. Kalau keadaan sekarang semakin pulih, maka, bulan April dah jadi macam biasala. Kalau keadaan makin parah, tak tahu la. Janganla gulung tikar awal - awal, Luth nak praktikal lagi 3 bulan.

Waaaa..

Monday, March 02, 2009

Malam Yang Best!

Malam 28hb yang lepas, Luth dijemput ke Majlis Keraian salah seorang staff di department Maintanance di Penfabric Perai. Malam tu, Pak Long ataupun nama sebenarnya Pak Nahar membelanja kami makan besaq. Memang best! Tempatnya, di BM Tomyam Bandar Baru Perda!

Menunya, Tomyam, Ikan siakap tiga rasa, telur goreng, ayam goreng bercendawan dan juga sawi masak ikan masin. Memang umph. Semua sekali pada malam tu, dalam 25 orang. Memang best kalau ramai - ramai. Suasana tu best.


Majlis kami bermula pada jam 830pm dan berakhir dalam pukul 10 malam. Puas makan. Kenyang perut malam tu. Puas! Luth tak suka sangat tomyam. Tapi, dah orang belanja, kita makan la puas - puas.

Terima Kasih kepada Pak Long kerana membelanja kami semperna persaraan beliau daripada Penfabric. Walaupun kami baru saja kenal, tak sampai dua bulan, tapi Luth dan Pak Long serta rakan - rakan lain rasa macam dah kenal lama.


Kemudian, kami semua pegi ke karaoke di Bandar Perda.Best. Layan je. Dah orang belanja, memang best. Yelakan, gaji dah masuk. Tu la tak kesah nak belanja tu!