Thursday, February 27, 2014

Hak pengguna di kedai makan

Salam,

Pada zaman yang moden, mencabar dan kebanyakan dikalangan kita tinggal dikawasan bandar atau pinggir bandar, saya pasti ramai diantara kita kurang makan dirumah dan bayak membelanjakan wang dan masa untuk makan di luar. Kan? Yang pasti, masa la ni trend makan diluar menjadi satu ikutan.

Bagi orang bujang yang tinggal di rumah sewa sudah pasti akan makan diluar tetapi trend sekarang ni walaupun sudah berkahwin, ada suami dan ada isteri dirumah tetap akan keluar makan diluar walaupun dekat rumah sudah pun dilengkapi dengan dapur yang canggih dan alatan masak yang lengkap.

Alasan yang utama kita sering dengar adalah faktor "masa" dan alasan yang kedua pula "tak reti masak" dan tak ada skil untuk masak. Titik!

Oleh itu, bila semua orang dok pakat makan kat luar dan membelanjakan wang untuk pastikan perut masing masing tidak lapar dan kenyang, kita kena bijak berbelanja dan kita kena tahu apa yang kita nak memenuhi citarasa yang ditawarkan.

Berikut ada beberapa situasi di kedai makan.

Situasi 1 :

Pergi ke kawasan yang ada banyak restoran.

Wednesday, February 26, 2014

Produk terbaru Samsung Mobile, Samsung Galaxy S5


Salam,

Wow! Saya rasa baru je Samsung lancarkan Samsung Note III, semalam depa baru je dedahkan model terbaru iaitu Galaxy S5 di Barcelona, Sepanyol.

Secara peribadi, saya agak kagum dengan device Samsung yang terbaru ni dan menarik jugak ciri - ciri baru yang ditawarkan.

Apa yang saya suka, function paparan denyutan nadi yang ditawarkan pada telefon baru ni. Haaa satu lagi function macam iPhone 5S iaitu finger scanner. Itu je. Yang lain boleh tengok video dari samsung ye! :)

Info ringkas :

  •  Skring 5.1" 1080p 
  • 16 MP camera (depan)
  • 2.1 MP (belakang) 
  • 2 GB of RAM
  • LTE-A download speeds
  • 4K video recording 
  • Heart rate sensor 
  • Finger Scanner
  • 2800 mAh - 10 jam web browsing dan 12 jam bila tengok video HD 

Video rasmi dari laman Youtube Samsung Mobile :

Luthfi : Rasa dilemma pulak nak tukar phone baru ni. Nak iPhone ke android phone? :D

Monday, February 24, 2014

Drive ke Florence, Italy

Salam,

Oleh kerana aku dah janji nak sambung cerita aku drive keseorangan ke Florence dan Rome, meh aku sambung cerita tu kat sini.

Sesampai je aku kat Florence berpandukan arah dari GPS dan signboard, alhamdulillah aku berpeluang untuk ke antara bandar yang popular di Itali, Firenze (dalam sebutan bahasa tempatan). Florence yang berada di daerah Tuscany ni mempunyai banyak keunikan dari segi bangunan, adat, sleng dan paling penting makanan!

Aku pergi ke Florence secara gamble. Tak ada book mana mana hotel pun. Dah pergi seorang diri, tak gamak la aku nak duduk kat hotel ataupun motel. Aku ada kereta. Tidur dalam kereta je lah. Sesampai je kat Florence dalam jam 12 tengah malam (waktu Malaysia 6 pagi). Lepas aku check in dan upload gambar di Instagram, ramai pulak dok komen-mengkomen.

Destinasi pertama aku ialah ke McDonalds, sebab nak kencing dan berak punya pasal. Kemudian, makan kerana lapar tak terhingga. Aku lepak di McDonals Florence selama sejam dan tidur didalam kereta sehingga esok pagi.


Lagat rakyat Malaysia

Salam,

Dua tiga hari lepas, kerajaan pimpinan Najib Razak mengumumkan pengagihan wang bantuan rakyat 1 Malaysia (BR1M) kepada rakyat Malaysia. Rata - rata rakyat yang mana meminta bantuan tersebut telah mendapat wang bantuan yang bernilai RM300 bagi bujang dan RM650 bagi keluarga. Special case aku tak nak tulis.

Pada rakyat yang bersyukur tu, dia ucapkan terima kasih kepada kerajaan kerana bagi wang percuma duit tergolek sapa yang tak mahu tapi ada juga yang terima duit berkenaan dengan penuh kata kesat dan makian.

Politik kepartian letak ditepi, buat macam tak ada. Kata duit tu duit rakyat. Ambil je lah.. Tak usah banyak bunyi. Tak payah ucap terima kasih pun kat kerajaan.

Nota : Bukannya semua rakyat Malaysia bayar cukai. Setakat bayar cukai masa makan KFC, MCD dan dikenakan cukai bila beli tiket wayang tu boleh duduk diam diam