Salam Ramadan 1441 H / 2020 M


Alhamdulillah, sebentar tadi Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad telah mengumumkan bahawa tarikh berpuasa pada bulan Ramadan tahun ini jatuh pada 24 April 2020. 

Kali pertama aku lihat Tan Sri Syed Danial membuat pengumuman secara berdiri berbanding secara tradisinya beliau dilihat membuat pengumuman secara duduk diatas sofa. 

Yang paling lawak, netizen siap teka lagi warna baju melayu yang beliau akan pakai pada malam ni. Haha

Jawapannya adalah baju melayu warna HIJAU!



(BH) Puasa bermula esok



KUALA LUMPUR: Umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa esok, demikian diumumkan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Tan Sri Syed Danial Syed Ahmad.

Syed Danial berkata tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia ditetapkan pada hari itu menurut perintah Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah selepas diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman itu disiarkan secara langsung menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM) malam ini.

Sebelum ini, Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja melalui satu kenyataan menetapkan tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa untuk umat Islam di Malaysia ialah pada hari ini bersamaan 29 Syaaban 1441 Hijrah.

Jawatankuasa berkenaan melihat anak bulan Ramadan di 15 kawasan terpilih ketika negara melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan bagi membendung pandemik COVID-19.

Menurut kenyataan itu juga, Majlis Raja-Raja mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan Rukyah serta Hisab. - BERNAMA


Luthfi Suib

No comments:

Post a Comment