Tentang Luthfi

Membesar di Taiping, saya sukakan keindahan alam yang menghijau dan tempat yang tenang serta damai. Taiping merupakan salah satu tempat yang aku ingin jadikan tempat untuk bersara nanti! Hehehe. Setelah 13 tahun menetap di Taiping, akhirnya saya dan keluarga kembali ke Pulau Pinang setelah ayah pencen. Maka, perjalanan hidup saya di Pulau Pinang bermula pada tahun 2002.

Lulusan Politeknik Seberang Perai dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal Pembuatan memberikan saya sekeping Diploma. Dan dengan diploma yang saya ada (dalam masa yang sama rancang untuk sambung belajar tapi dok tertunggak dari tahun 2010 sampai lah sekarang) saya bekerja di sektor swasta sehingga kini.

Alhamdulillah, saya bergelar suami pada tahun 2015 dan dipanggil Abah pada tahun 2016. Syukur Alhamdulillah dengan kehidupan yang dikurniaNya.

Suka jalan - jalan

Dari kecil, ayah suka bawa saya berjalan - jalan. Kami berjalan bersama - sama tak kira jauh ataupun dekat, "jalan-jalan" dah ditanamkan dalam minda saya. Bila besar je, saya suka kesana dan kemari sampai dapat jolokan "si - pengukur jalan". Masuk je alam pekerjaan, I travel a lot. Saya gunakan kesempatan ni untuk mengambil sebanyakmana pengalaman  berjalan - jalan untuk masa hadapan. Kalau nak tahu kemana saya pergi, boleh la ke sini.


luthfi’s Travel Map

luthfi has been to: France, Germany, Italy, Malaysia, Netherlands, Singapore, Switzerland, Thailand, United Arab Emirates, Vatican.

Aktif di laman sosial

Saya memang aktif di laman sosial especially di Twitter. Pernah menjadi kurator di beberapa akaun iaitu di @twt_penang, @twt_kedah, @twt_backpackers dan terbaharu di @JuruteraMY


Hidup sebagai seorang Blogger

Sejak dari tahun 2007 lagi, saya memang suka bidang penulisan blog dan tak malu untuk gelarkan diri saya sebagai Blogger. Dah banyak blog saya tulis (kebanyakkannya blog peribadi). Saya juga dikenali sebagai Luth Textile, semasa zaman kegemilangan blog bermula tahun 2009-2010, kemudian saya terus menggunakan nama "Luthfi" sebagai identiti diri saya.

Ejen Takaful 

Bermula dari tahun 2018, saya telah pun berkecimpung dalam industri Takaful. Pada mulanya saya hanya bergerak sebagai seorang ejen takaful separuh masa. Kini, alhamdulillah saya dapat fokus secara sepenuh masa. Lanjut boleh ke blog JomTakaful.Online 

Tentang Blog Luthfi 

Blog Luthfi merupakan blog peribadi yang bertemakan "suka-hati", kebanyakkan isi dan tulisan blog ni diambil daripada pelbagai sumber yang dinyatakan, tulisan oleh saya sendiri, berita dan pelbagai artikel yang saya kongsi bersama.

Jika anda ingin hubungi saya bolehlah ke sini

© 2007 – 2020 Blog Luthfi

0 Komen:

Post a Comment