Bak orang kata, kalau tengah dok sakan bercinta, memang tak ingat dunia. Bila dah putus cinta, memang merana gila - gila dan kalau orang tu solo, memang best gila. Tu la manusia, bila masa tengah panas dan kering - kontang, mereka akan minta tuhan turunkan hujan dan bila hujan selalu membasahi bumi, si manusia akan meminta kepada tuhannya, lebih baik panas daripada hujan. Semua serba tak kena.
Masa bercinta memang nak rasa macam lebih baik menjadi solo, dan bila dah solo, rasa macam nak balik ke zaman bercinta. Kah kah kah, kalau difikirkan balik, memang terpehape - hape hidup manusia. Aku pon dah tak larat nak fikir benda - benda macam ni, rasa macam nak enjoy saje.
Lebih baik kita mengsibukkan diri dengan membuat perkara - perkara yang tak berfaedah dan berfaedah. Hahaha. Aku suka hidup aku sekarang walaupun kadang - kala aku rasa aku rasa tak suka hidup macam ni. Tah tak tahu.
Baik keluar bersiar - siar dihujung minggu, menghabiskan duit yang berada didalam bank, berfoya - foya bersama rakan - rakan poli dan juga mengonlinekan diri 24jam sehari itu membuatkan aku bahagia dengan hidup aku. Aku diburu dengan kenangan yang aku cipta dulu, dan sekarang ini aku cuba untuk memadamkanya!