Thursday, November 17, 2011

Finally, my first anniversary!

Time flies damn fast! I was wondering, i just join B.Braun. A fresh graduated student from local polytechnic now been working with big MNC company in Penang. Yes, since in joined i never stop learning and learning. Got a lot of new thing i have learn from my lovely clique and friends. It was a very wonderful journey for me. I will use this way to gain a lot of experience for myself.

Saturday, November 12, 2011

Ke mana mood blogging saya menghilang?



Sedih.. tetap sedih.

Walaupun dah hampir empat tahun berblogging, tahun ini merupakan tahun yang ter-hampeh untuk aku dan dunia blog. Kebiasaannya, blog akan menjadi tempat aku menulis pelbagai perkara yang terlintas dalam hati dan tempat nak luahkan perasaan. Sekarang ni tak larat nak luahkan perasaan macam dulu dah! Tak larat nak terluah. Hahaha!

Media sosial tempat lepak

Kalau dulu kita selalu mengadap blog apabila mula menekan butang start di komputer masing masing. Tak ada kerja, satu persatu blog pelawat yang telah menjejakkan kaki ke blog kita akan diziarahi kembali. Macam itulah adat berblogging pada satu masa dahulu.

Percambahan media sosial seperti Facebook dan Twitter telah banyak memotong nafsu aku untuk berblogging. Oleh kerana semua benda dah boleh diakses guna telefon dan jari sahaja, kemalasan nak mengemaskini blog dah hampir bermaharajalela. Buktinya, blog aku yang paling lama sekali Luth Textile dot com telah pun luput dari sejarah blogging tempatan. Selamat tinggal blog tu. Hanya tinggal kenangan je la.

Sekarang ni aku dah tak lepak online menggunakan laptop. Tab dah menjadi teman setia, Bb dah menjadi pendamping diri. Apa apa pun yang terjadi semua disampaikan oleh micro-blogging, Twitter. Rasa macam nak syok sikit update-lah status di Facebook. Di mana blog? Apa tujuan blog? semua tu dah kurang nafsu haha.

Tak nak salahkan teknologi, salahkan diri

Walaupun sekarang ni dah ada bermacam macam jenis teknologi yang telah bercambah di pasaran, manusia makin senang dan makin selesa dalam menguruskan hidup, manusia makin malas untuk menguruskannya. So, sama la konsep berblogging pada zaman sekarang ni. Aku dapat benda yang paling mudah dihujung jari sahaja pun masih lagi malas nak update blog. Kalau dulu :

Setiap kali online, pasti nak update blog dulu. Sebab hanya blog sahaja dalam hati dan dalam tumpuan.

Sayang seribu kali sayang. Walau sesibukmanapun aku, aku tak nak lupakan blog dan akan tetap mengemaskini blog ni. Sayang tetap sayang..