Monday, July 09, 2012

Selamat pengantin baru Amirul Hafidzi Hafizah Zaihan!

Salam,

Semalam sempurna juga hajat aku nak melihat majlis perkahwinan kedua dua orang kawan baik aku ni, Amirul Hafidzi dan jugak Hafizah Zaihan yang berlangsung di Dewan MPT Kemunting, Taiping Perak. Kedua duanya sekarang ni dah bekerja sebagai jururawat di sebuah hospital di Johor Bharu.

Perkahwinan kawan kawan yang paling bersejarah dalam hidup aku kerana si pengantin lelaki merupakan kawan baik semasa sekolah rendah di Taiping dan si pengantin perempuan pula sama kelas di Sekolah Agama Madrasah Ad-Diniah Al-Islamiah, Denaro Line Taiping.

Ada sedikit sejarah bagaimana depa dua ni boleh kenal dan jugak macam mana ntah boleh berkahwin. Ermmm.. Ada jodoh tu tak kemana la yer!

Tak silap aku pada tahun 2005, lepas je aku dapat lesen motor, aku dengan bersemangat bersama kawan kawan terus naik motor dari Pulau Pinang ke Taiping. Dalam perjalanan tu, kami singgah ke kampung kawan di Ijok dan bermalam di rumah Amirul di Simpang, Taiping. Keesokkan harinya, aku teringin nak jumpa Hafizah yang selama ni aku dan dia berhubung melalui email saja. Dah alang alang aku kat Taiping, aku ajak Hafizah jumpa dan aku pon bawak Amirul serta kawan aku yang berkonvoi dari Pulau Pinang.

Kiranya, tak silap itu merupakan pertemuan pertama antara Amirul dengan Hafizah. Pada masa tu si Fizah ni belajar dekat MRSM Gopeng dan Amirul dekat SMK Taman Tasik. Then, kami dah tak jumpa lama sebab lepas SPM si keluarga Amirul berpindah ke Johor dan kami lost contact.

Kejadian yang menyanyat hati semasa aku dan ayah bercuti di Taiping. Kami naik moto dari Bukit Mertajam dan bermalam di hotel tengah bandar Taiping. Keesokkan harinya, ayah pengsan semasa nak siap balik. Aku dengan panik tak ada orang lain yang kenal terus telefon Hafizah minta bantuan dia bawak ayah ke hospital. Oleh kerana kejadian tersebut, kami sekelurga terhutang budi atas bantuan Hafizah sekeluarga. Tambahan pada masa tu pun Amirul ada datang berkunjung ke hospital untuk ziarah ayah. Malam tu ayah admitted, mak datang tengok ayah dan kami bermalam diruangan menunggu Hospital Taiping. Besoknya, ayah dihantar ke Hospital Besar Pulau Pinang diiringi mak dalam ambulan. Abang balik dari Terengganu bawak balik motor ayah ke BM dan aku balik naik bas ke Butterworth. Tu pon Amirul yang tolong hantar.

Kemudian, lepas tu Cuma aku dengan Hafizah je masih berhubung seperti biasa. Amirul ntah ghaib kemana.

Masa tahun 2010, Facebook dah jadi top dan aku jumpa balik dengan Amirul. Dia tengah belajar kejururawatan di Sungai Buloh. Pada tahun yang sama aku ada turun KL dan hajat nak berjumpa dengan dia. Namun, tak kesampaian. Aku dapat berjumpa dengan Hafizah pada tahun 2011 masa pergi kenduri perkahwinan kawan Politeknik di Batu Pahat. Malam tu aku bermalam di Melaka dan masa tu Hafizah pon belajar Nursing dekat Hospital Melaka.

Awal tahun ni, aku dikejutkan oleh panggilan Hafizah. Dia cakap, dia dapat posting ke Hospital Johor Baru. Pada masa yang sama, dia nampak Amirul dan tanya aku betul ke tu Amirul. Aku pon just ia ia kan apa yang dia tanya. Tak syak apa apa yang berlaku.

Tiga bulan lepas tu Hafizah call aku lagi. Dia cakap, dia nak kahwin dengan Amirul. Aku terkejut. Wei, hang biaq betul? Jangan main mainlah dan macam macam lagi. Aku ambil kenyataan Hafizah tu sebagai satu gurauan.

March 2012, Hafizah call aku. Dia cakap dia dah akad nikah dengan Amirul. Aku tak percaya. Hang jangan nak main mainkan aku kemudian dia gelak dan terus putuskan talian telefon dan henfon aku berbunyi lagi. MMS dari Hafizah, gambar dia dan Amirul duduk diatas pelamin dan kedua dua jari mereka merah berinai. Aku terus call depa. Amirul jawab dan bagitahu kenduri nanti hujung bulan June untuk belah Hafizah dan Awal July untuk belah dirinya.

Aku happy. Suka tengok kedua dua mereka bahagia dan selamat dilangsungkan. Kenduri semalam memang hebat. Makanan sedap dan juga pelamin sangat cantik. Terharu.

Selamat pengantin baru kepada Amirul dan Hafizah. Semoga kekal hingga akhir hayat dan dikurniakan anak yang soleh dan solehah. Amin.

Luthfi : Sentap bila mak Amirul tanya mak aku, Kak bila nak dapat menantu baru?

Posted from WordPress for Android
Powered by Samsung Galaxy Tab