Saturday, April 06, 2013

5th Putrajaya International Hot Air Balloon Fiesta 2013

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Kali ni aku nak kongsi pengalaman aku, kali pertama tengok belon panas didepan mata. Sebenarnya, dah lama aku teringin nak tengok festival belon panas Putrajaya ni. Sejak daripada festival ni dilancarkan hampir 5 tahun lalu, setiap tahun aku nak kesana tapi hajat tak kesampaian. Alhamdulillah, sampai pun aku disini dan dapat tengok pelbagai bentuk dan warna belon panas yang menarik!

Aku purposely drive dari Penang ke Putrajaya semata mata nak tengok belon! Gerak dari Plaza Tol Juru pada jam 930 malam, aku sampai di Kuala Lumpur pada jam 2 pagi. Masa tu tak la mengantok sangat. Boleh la ronda ronda KL dan lepak di Dataran Merdeka. Lebih kurang jam 3 pagi, mata dan tak boleh nak angkat dan terus tidur disana. Nasib baik la kereta luas, boleh la turunkan seat dan tidur macam atas katil. Huhu.