Friday, October 30, 2015

5 tahun bersama Jambatan Pulau Pinang

Duduk di Seberang Perai dan kerja di Pulau.

Itu lah situasi aku setiap hari, berulang alik dari tanah besar ke pulau untuk mencari rezeki. Oleh kerana tempat kerja jauh diselatan pulau, maka jalan terbaik untuk kesana adalah menerusi Jambatan Pulau Pinang yang gagah berdiri selama 30 tahun lamanya.

Menurut laporan Kosmo pada Mei 2015 yang lepas mencatatkan purata jumlah kenderaan yang melalui Jambatan Pulau Pinang adalah 81,000 kenderaan! Pergh, memang ternyatalah dari statistik yang dikeluarkan, Jambatan Pulau Pinang memang sangat sibuk!

Macam tu lah yang aku lalui setiap hari ke tempat kerja berlumba - lumba seawal 6 pagi dan selewat 830 pagi setiap hari. Dan sedar tak sedar dah lima tahun aku berulang alik dan Jambatan memang sangat sinonim dalam diri aku.

Rutin

Kalau nak cakap jauh dan letih, itu dah jadi sebati dalam diri. Kalau nak ikutkan hati memang dah tak mahu nak lalui semua tu tapi aku tak ada pilihan. Rupanya, bukannya aku seorang sahaja yang secara rutin melalui Jambatan Pulau Pinang setiap hari. Ada diantara kawan - kawan sekerja yang tinggal jauh daripada Seberang Perai contohnya Taiping, Parit Buntar dan sejauh Sungai Petani. Tapi, depa semua lebih cekal menempuhi cabaran yang sama.

Trafik merupakan keypoint 

Ratanya semua orang memang sangat bergantung kepada kelancaran trafik diatas Jambatan untuk sampai awal ditempat kerja dan selamat sampai awal dirumah. Masa mula mula kerja dahulu, aku
kerap jugak skodeng trafik Jambatan sebelum keluar dari rumah melalui apps yang pamerkan trafik melalui CCTV live. Dengan ada kemudahan tu aku boleh merancang dan mengelakkan dari terperangkap dalam kesesakan.

Nak sampai awal, kena keluar awal. Kalau sampai di Plaza Tol Jambatan sebelum atau 715 pagi memang boleh sampai sebelum jam 8 pagi di Pulau sana. Kalau sampai je lepas jam 715 pagi, memang trafik akan sibuk dan silap silap kena beratur panjang.

Pengalaman buruk

Dah lima tahun berulang, aku dah tempuhi macam macam perkara. Dah sinonim dalam diri, setiap hari Isnin mesti akan jammed diawal pagi dan setiap petang Jumaat mesti akan jammed gila gila. Tambahan, trafik akan jadi sangat sibuk bila pagi atau malamnya hujan. Biasalah.

Selalunya, kalau ada satu kes kemalangan kat jalan masuk, tengah dan hujung Jambatan pasti akan sesak gila. Dah jadi budaya, bila ada kemalangan yang sesaknya bukan sebab halang jalan tapi masing masing nak tengok kejadian dengan memperlahankan kereta masing masing.

Pengalaman yang tak boleh aku lupa, bila naik motor untuk balik rumah diatas Jambatan, angin ribut serta petir sabung menyabung. Langit masa tu dah jadi gelap gelita, dalam hati hanya berdoa supaya semoga selamat sampai rumah. Angin kuat sangat macam nak terbang, tapi aku perlahankan kenderaan dan bawa dilorong tengah diapit oleh kereta kiri dan kanan.

Pengalaman yang sangat berharga

Apa apa pun, setelah lima tahun aku berulang Seberang - Pulau, lepas kahwin aku buat keputusan untuk terus tinggal di Pulau. Rasanya, dah cukup kot pengalaman dan "tekanan" yang aku dapat sepanjang lima tahun lepas. Sebenarnya, tak nak susahkan isteri untuk dia berulang alik. Cukuplah aku sahaja yang susah berulang daripada nak libatkan dia. Sebab tu aku buat pengiraan dan perancangan, lebih baik tinggal di Pulau untuk elakkan semua komplikasi dijalanan.