Thursday, January 24, 2019

Legal Controversies On Current Election And Succession Of The YangDi-Pertuan Agong


Muhammad Shafee Abdullah, Advocate & Solicitor

Executive Summary

This article is intended to provide useful background pertaining to the election of the Yang di-Pertuan Agong (YDPA). It is written with special reference to the imminent election of the 16th YDPA, paying close attention to the following issues:

(a) What are the underlying principles in the election of the YDPA?

Tuesday, January 15, 2019

Najib Razak berjiwa pembangkang

Aku agak frust bila UMNO dan Barisan Nasional kalah pada PRU14 yang lepas. Jam 4 pagi masa 10 Mei 2018 aku buka tv dan tak percaya dengan keputusan pilihanraya. Lepas sebulan, aku terima hakikat yang UMNO dah hilang kuasa.

Aku adalah ahli biasa. So aku tak ada impak kepada keputusan pilihanraya umum yang lepas. Hidup macam biasa. Kerja macam biasa dan cari makan macam biasa.

Yang tak biasanya adalah tak dapat lagi tengok warta berita di tv sebab aku tak percaya apa lagi yang tv laporkan. Haha

Balik pada topik, sejak kebelakangan ni Najib Razak bekas Perdana Menteri ke 6 dah jadi famous di media sosial. Apa tidak, setiap kali dia update Facebook page, Twitter ataupun Live broadcast mesti dia "troll" kerajaan kaw-kaw punya.

Aku hairan, dalam 2-3 bulan ni kawan-kawan pengikut fanatik tegar kerajaan a.k.a MaHaCai dah banyak U-turn macam kerajaan U-turn jugak. Mau taknya depa buat U-turn sebab banyak benda yang depa buat terutamanya undi PH pada PRU14 yang lepas haritu tak jadi kenyatan. Senang cakap, depa tertipu.

Ada yang cakap depa hanya undi PH nak pastikan Najib Razak jatuh. Ada yang undi PH nak jatuhkan kerajaan UMNO-BN dan ada yang undi PH sebab terpersona dengan janji - janji dalam manifesto pilihanraya. Tak lupa jugak, ada yang undi PH sebab nak kembali ke zaman Tun, RM50 penuh satu troli.

Sejak 2013 lagi ramai yang dakwa kerajaan BN pimpinan Najib Razak ni kejam, zalim dan lain-lain lagi. Aku pun tak faham. Tapi, bila dah dapat kerajaan Malaysia Baharu ni baru depa tau langit tinggi ke rendah dan siapa lagi zalim.

Dari benci jadi suka


Ramai orang muda salahkan Najib sebab ubah UMNO dan BN jadi jentera perisai dia dek serangan dari Dr M. Ramai orang muda salahkan Najib sebab banyak makan duit dan salah guna kuasa dia masa jadi perdana menteri. Dia dah puas terangkan, tapi orang muda yang mana mengundi kali pertama pada PRU14 dan juga lain - lain bertindak untuk mengundi PKR pada PRU14 demi untuk jatuhkan Najib. Kesannya, Najib jatuh dan jatuh sekali UMNO dan BN. Apa yang telah terjadi, berlaku peralihan kuasa daripada BN ke PH. Setiap hari dia dicemuh, dikutuk dan dihina. Dia dimalukan dan diaibkan setiap hari di laman sosial.

Tapi bila dia dah kalah, dah kena dakwa tapi masih lagi bebas diluar sana. Yang paling menarik, Najib lagi aktif, banyak buat perjumpaan langsung dengan rakyat, penyokong dan turun padang. Hebat. Bila dia makin aktif dengan pelbagai aktiviti yang jadi perhatian orang muda, ramai pulak orang muda yang jadi suka.

Sekarang kita boleh lihat komen-komen murni dan menyokong Najib di laman page Facebook beliau. See, dalam tempoh 9 bulan je dah jadi hero

Kenapa Najib masih releven 


Bermula dari detik 9 Mei, Najib non-stop kritik kerajaan pimpinan PH yang diketuai oleh Dr Mahathir dan barisan menteri kabinet. Ada je perkara yang tak kena sejak Malaysia Baharu ni. Daripada entri berkaitan ekonomi, penurunan dan pengeluaran pelabur asing, kejatuhan mata di Bursa Malaysia, kejatuhan harga minyak kelapa sawit, keadaan felda, tabung haji, dan macam - macam lagi.

Tu tak masuk sekali dengan kritikan pedas kepada pak menteri terutamanya menteri kasut dan stokin, Dr Maszlee, menteri perindustrian utama yang suruh rakyat pertingkatkan penggunaan minyak sawit dan macam - macam lagi kritikan yang sangat pedas.

Tak lupa kepada menteri kewangan yang selalu buat silap, salah titik perpuluhan dan propaganda tentang hutang negara yang mencecah 1 trilion ringgit sedangkan dalam laporan rasmi parlimen hanya hampir RM700 bilion sahaja. Ntahlah macam - macam.

Cakap dengan fakta


Oleh disebabkan Najib bercakap dengan fakta, fakta-fakta yang dia keluarkan berdasarkan pengalaman politik dan pemerintahan yang hanya berada didalam poket dia memang membuatkan pimpinan Pakatan Harapan tak senang duduk. Apakah tidak, setiap benda yang Najib tulis dan dakwa tu lah jadi ikutan pak menteri.

Jangan lupa bahawa harga minyak turun beberapa minggu lepas dan rakyat terpaksa membayar subsidi kepada kerajaan Malaysia sebab harga minyak telah di ikat pada RM2.20 seliter. Tu pun lepas Najib kritik, baru lah jemaah menteri buat keputusan untuk buka ikatan harga minyak kepada naik turun seperti kerajaan BN lakukan dahulu.

Terang-terang pulak Najib "balun" PH jangan buat pelarasan harga pada hari Rabu macam BN buat dulu. Hahaha

Raja Troll


Masa kempen di PRK Cameron Highlands, Najib telah "mengaku" dinobatkan sebagai Raja Troll. Haha Hebat! Daripada kena dok caci maki hamun dulu terus jadi hero dan Raja Troll. Apa yang menarik, sejak Najib jadi tumpuan ramai terutamanya troll dia yang menjadi cuitan hati orang ramai, menteri kerajaan dan media pun ambil maklum dengan apa yang Najib cakapkan.

Yela, dalam dok troll tu terdapat mesej yang tersirat. Mesej tu memberi arahan kepada kerajaan dan pihak-pihak tertentu untuk buat perkara yang betul dan baik demi rakyat. Sambil aku dok tulis ni aku dok tergelak dengan troll-ing Najib kat Menteri Pendidikan yang sentiasa kena kecam bila bukak mulut. Haha

Bossku Najib


Pada 14hb Januari lepas, Najib melancarkan program Santai “Malu Apa Bossku”. Program ni jadi viral lepas imej Najib menaiki Yamaha Y15R ataupun "Ysuku" yang popular dikalangan orang muda. Bagi pendapat aku, pendekatan Najib ni sangat baik untuk menaikkan reputasi Najib yang jatuh dek kecaman RASUAH dan PENYALAHGUNAAN KUASA isu 1MDB dan lain - lain lagi.


Kini, Najib disebut "bossku" dikalangan orang muda dan imej dia dah makin popular. Apa yang kita tengok kat Facebook page Najib, responds positif dan tak ada lagi dah komen-komen mencerca macam 9-10 bulan yang lepas. Bagi aku ia adalah satu signal yang baik untuk Najib guna bersihkan imej yang tercalar dengan fitnah jahat PH.

Apa yang aku nampak, perjalanan kes Najib di mahkamah akan membantu mencuci imej Najib. Tapi yang peliknya kenapa si KJ tak suka dengan imej Raja Troll Najib ni.

Najib PM ke 8


Tak susah sebenarnya nak jadi pembangkang, terutamanya di tempat DS Najib yang memang berpengalaman dalam politik dan memipin kerajaan sejak berumur 23 tahun lagi. Aku terima kekalahan UMNO & BN pada PRU14 sebagai "cuti" kepada pimpinan kerajaan BN terlebih dahulu terutamanya Najib dan pembersihan UMNO, BN dan parti komponen lain sebelum berkuasa semula pada PRU15.

Rakyat makan segala manifesto dan janji yang dilontarkan oleh pimpinan PH, orang muda mengundi PKR pada PRU14 sebab percaya jatuhnya Najib akan membolehkan kesengsaraan orang muda akan bertukar menjadi masa indah. Orang muda jatuhkan Najib dengan beri undi kepada PH dalam masa yang sama orang muda yang akan undi BN untuk naikkan Najib balik

Kita tunggu dan lihat

Monday, January 07, 2019

Tahun 2019, Luthfi sudah berusia 30 tahun!


Alhamdulillah, hari ini aku genap berusia 30 tahun. Angka baharu yang aku kena ingat. 3 ya bukannya 2 lagi.

Perjalanan hidup selama 30 tahun ni sangat menarik, dan perjalanan masih panjang. Aku akan teruskan perjalanan ini dengan langkah sendiri bersama - sama dengan keluarga kecilku.

Tadi aku, Mekna dan Rizqi makan di Spice Market Cafe, Shangri-La's Rasa Sayang Resort & Spa. Ini kali kedua aku kesini selepas kali pertama di Feringhi Bar pada tahun 2014. Haha