Wednesday, May 07, 2008

Ushar Wayang: IronMan


Filem nih baru ditayangkan di pawagam Malaysia 5 hari lepas. Secara keseluruhan, movie nih memang best dan puas hati. First, jalan cerita dia yang menarik dan tak boring. Banyak aksi yang menarik penonton supaya tak tidor dalam panggung. Yang penting, Ironman nih banyak aksi dan cara dia berubah ala ala cerita Transfomers yang top dulu. Bagi gua, gua bagi 5 bintang bagi filem nih, dan for all readers, mesti tonton okeh??

Lagi best tengok kat panggung dari tengok cd cetak rompak! Puas hati beb!

Tuesday, May 06, 2008

Assalamualaikum.. www.luthtextile.blogspot.com kembali bernafas..


Setelah meminggirkan blog ini, saya kembali memberi nafas baru kepada blog ini untuk hidupan... Apa yang berlaku dan yang telah berlaku dalam diri saya, saya akan paparkan disini, untuk kenangan, rujukan dan lain-lain. Saya harap kehadiran saya di arena blog ini dapat disambut oleh rakan-rakan blog sekalian. Cukup buat kali ini, Wassalam..


Thursday, May 01, 2008

TENTANG LUTH TEXTILE

S : Apa itu Luth Textile?
J : Luth bukanlah Lembaga Urusan Tabung Haji ataupun gelaran yang lain. Luth itu singkatan nama saya, iaitu Luthfi. Banyak kawan - kawan cina dengan India panggil Luffy. Kalau orang yang rapat dengan saya, depa panggil Fie. Ikut suka hati anda la nak panggil apa.

S : Kenapa Textile?
J : Textile itu satu bidang yang menarik. Luth didedahkan dengan dunia Textile sejak bekerja di Kamdar Bukit Mertajam sebagai seorang Salseman. Disitu, nama Luth Textile terjadi sebab Luth bekerja di Textile Departmen. Luth memang terkenal dikalangan customernya ini bukan perasan ok dengan keramahan dan servis yang baik. Kemudian, pada Januari 2009 - June 2009, Luth ditugaskan training di kilang kain Penfabric Sdn Bhd. Ada la hubung kait antara penjualan kain dan pengeluaran kain. Tapi, Luth training di kilang kain tu dalam bidang Mekanikal, bukannya Textile.

Umur : Hujung tahun 1980an
Tempat Tinggal : Somewhere di Bukit Mertajam Pulau Pinang.
Hobi : Bercakap banyak (Desa FM), melayan karenah kawan - kawan di YM (yeop_xx) dan gemar memblog (www.luthtextile.com) serta bersosial di laman web sosial.
Contact Number : 013-4032925