Pejam celik pejam celik sekejap je dah sebulan!

Pejam celik pejam celik dah sebulan aku ada kat tempat kerja baru. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa aku dan berikan pekerjaan yang baik dan sesuai dengan aku. Nasibla aku ada kelebihan, aku senang nak sesuaikan diri dengankeadaan baru. Aku hanya perlu kurang dari seminggu untuk sesuaikan diri dan hanya perlu beberapa jam untuk sesuaikan diri dengan kawan baru. Ofkos! Kan peramah! Tapi bukan pemarah k.

Kerja dengan syarikat yang berpengkalan di Jerman membuatkan aku teruja melihat begitu ramai orang yang ada disini.Melayu, Cina, India, berkulit hitam gelap putih melepak hidung penyet hidung mancung dan macam macam jenis orangaku dapat lihat disini. Ermmm, nak bandingkan dengan tempat praktikal aku dulu hanya penuh dengan Melayu, Cina dan India saja. Kadang kadang ada la sorang dua orang Jepun datang melawat. Tu pun jarang jarang.

Aku berada di bangunan pentadbiran yang mana menghimpunkan kesemua pekerja dari pangkat tinggi ke rendah. Pangkat rendah macam aku la, pangkat tinggi tu kira boss boss. So, apabila dah berada dikawasan sini tata tertib dan pemakaian kena la jaga. Oleh kerana aku ni orang Engineering dan bukan akauntan ke apa ke, aku pakai cara orang Engineering la.Orang boleh tengok daripada penampilan dan gaya diri.

Penggunaan bahasa Inggeris yang tinggi disini memerlukan aku mahirkan diri dengan cepat. Kesemuanya menggunakan English.Aku bukan tak boleh cakap dan tulis English tapi tahap penggunaan bahasa tersebut dalam hidup aku kurang so akutak berapa cekap la. Mungkin perlu masa untuk terus mahir. Nak fasih macam cakap Melayu ni tak boleh la tapi aku kena cuba semua tu.

Siapa kata kerja swasta tak okey?

Orang kita biasanya terlalu memandang rendah kepada pekerjaan swasta. Alah, biasalahkan kalau kerja bukan gomen susah nak buat macam macam. Nak buat loan susah, nak pinjam itu pinjam ini payah nak lulus tapi orang gomen semua senang. Hah, bagi aku kurang la sikit peluang nak berhutang tu. Hahahhaa Tapi takpa, aku muda lagi dan perlu banyak belajar.

Alhamdulillah, dengan permulaan gaji yang agak okey disini peluang aku untuk terus survive dalam hidup di industri agak cerah bersesuaian kelulusan yang aku dapat. InsyaAllah kalau dah okey nanti rasanya nak sambung belajar lagi. Buat part time okey kot, sekarang ni senang je tak susah macam dulu kan?

Cabaran dan dugaan

Dalam tempoh sebulan aku ada kat sini, dah macam macam benda aku tempuhi. Pertama, haritu motor rosak kemudian motor rosak lagi dan kemudian kereta pulak rosak! Hah, macam macam la eh dah aku tempuh dalam masa kurang sebulan. Kesian kat orang yang aku selalu susahkan tu, sanggup dia datang dari seberang ke Penang balik ambil aku. Walaubagaimanapun, aku tetap ambil semua cabaran tu sebagai satu hikmah. Kalau tak sebab moto dan kereta aku rosak, aku tak akan dapat rasa naik bas dari Penang ke Seberang, dari Bayan Lepas ke Georgetown yang jem tu! Awsome!

Alhamdulillah, semoga aku terus berada disini =)

Blog Luthfi {dot} my

Selamat datang ke blog luthfi.my. Blog yang asalnya dirasmikan pada 31 ogos 2010 yang lepas kini telah bertukar konsep menjadi blog peribadi aku. Sebenarnya, aku membuat keputusan untuk menukar blog ini kepada blog peribadi setelah kekangan masa untuk mengadap blog yang mana 24/7 aku mengadap blog dan wujud aktif dalam dunia maya ini.

Alhamdulillah, 20 Oktober ini genap sebulan aku bekerja di tempat baru. Tempat kerja aku yang pertama menggunakan Diploma yang aku perolehi setelah tiga tahun berusaha mendapatkannya. Aku sekarang bekerja di sebuah kilang di Bayan Lepas. Insya Allah, jika tidak ada apa apa aral yang melintang aku akan berkonvo pada bulan April tahun hadapan.

Segala kandungan berkaitan dengan diri aku akan ditulis di blog ini seperti yang aku tulis di blog lama. Selamat datang ke blog luthfi.my. Semoga kedatangan blog baru ini akan memeriahkan lagi arena blog tempatan